Palsu kad ATM @Thailand

Palsu kad ATM @Thailand


Palsu kad ATM @Thailand

Posted: 28 Apr 2014 01:53 PM PDT

Songkhla (Selatan Thailand): Lima rakyat Malaysia berusia antara 22 hingga 35 tahun ditahan polis Thailand selepas disyaki melarikan wang tunai lebih 5 juta Baht (RM500,000) menggunakan kad ATM yang dipalsukan menggunakan data curi.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Mohd Faizal Razali berkata, kumpulan lelaki itu dicekup polis tempatan di lokasi berasingan sejak semalam hingga petang tadi.

"Kesemua mereka dipercayai beroperasi di sini sebelum memindahkan wang berkenaan kepada 'taiko' (ketua) mereka di Malaysia dan mendapat upah 10 peratus daripada hasil wang curi itu.

"Mangsa kebanyakan terdiri daripada pelancong warga Perancis," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Foto


Katanya, serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Polis Thailand itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada Kedutaan Perancis mengenai laporan kehilangan kad kredit milik warganya di Hatyai sejak beberapa bulan lalu.


Menurutnya, hasil serbuan polis merampas 732 kad kredit palsu, kad debit, komputer riba, penyiring kad (skimmer) serta wang tunai hasil curi.

Beliau berkata, polis juga sedang memburu tiga lagi rakan suspek yang bersama-sama melakukan kegiatan itu selepas dikesan memasuki Thailand 2 April lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29

Jumpa MH370 di Teluk Benggala

Posted: 28 Apr 2014 01:52 PM PDT

Adelaide : Sebuah syarikat pencarian yang berpengkalan di Adelaide percaya mereka mengesan satu lokasi disyaki tempat persemadian pesawat MH370 di Teluk Benggala kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi pencarian sekarang di Lautan Hindi.

Syarikat berkenaan, GeoResonance memberitahu 7News, hasil pencarian dan penyelidikan pihaknya berjaya mengesan beberapa elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan pesawat MH370.

Sudah enam minggu berlalu sejak pesawat MH370 dan operasi pencarian di Lautan Hindi gagal mengesan serpihan pesawat itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott hari ini, mengakui peluang tipis untuk menemui serpihan pesawat di permukaan laut.

Foto

LOKASI yang dikesan GeoResonance. FOTO 7news Adelaide

Foto

VISUAL radar dari GeoResonance. FOTO 7news Adelaide


GeoResonance percaya pihak berkuasa sedang mencari di kawasan yang silap dan pihaknya melakukan inisiatif sendiri mencari MH370 sejak 10 Mac.


"Teknologi yang kami gunakan sebenarnya direka untuk mencari bahan perang nuklear, kapal selam...pasukan kami di Ukraine mencadangkan kami patut cuba membantu," kata jurucakap GeoResonance David Pope.

Syarikat itu sudah menganalisa 2,000,000 kilometer persegi kawasan yang dipercayai kawasan pesawat terhempas menggunakan imej yang diperoleh dari satelit dan pesawat.

Saintis pula memfokuskan pencarian di utara lokasi terakhir pesawat dikesan menggunakan lebih 20 peralatan berteknologi tinggi untuk menganalisis data.

"Kami bagai tidak percaya apa yang kami temui di Teluk Benggala.

"Pasukan kami teruja selepas menemui sesuatu yang dipercayai bangkai pesawat komersial," kata Pope.

Sementara itu, Pavel Kursa dari syarikat yang sama memberitahu stesen televisyen itu yang mereka mengesan elemen kimia dan bahan membuat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, gangsa, besi aloi dan bahan lain.

Laporan juga sudah dihantar kepada pihak berkuasa ketika kotak hitam masih mempunyai jangka hayat selama dua minggu lagi.

Pasukan itu turut mengesahkan penemuan dengan membuat analisa perbezaan imej di kawasan berkenaan pada 5 Mac iaitu tiga hari sebelum pesawat itu hilang.

Laporan lengkap diserahkan pada 15 April lalu.

"Kami tidak mengatakan ianya sah adalah MH370 tetapi kami berpendapat ia adalah petunjuk yang patut diberi perhatian," kata Pope.

7News cuba menghubungi Angus Houston dari JACC namun gagal.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

Kumpulan militan 'nomad' digempur

Posted: 28 Apr 2014 11:05 AM PDT

Kuala Lumpur: Polis menahan sembilan individu termasuk seorang janda dalam serbuan berasingan di Kedah dan Selangor semalam selepas semua suspek disyaki terbabit kegiatan militan di negara ini.

Menurut sumber, segelintir suspek ditahan di rumah masing-masing dengan sebahagiannya adalah pelajar madrasah, penjual burger serta pembantu restoran.

Serbuan dilakukan Pasukan Petugas Khas (operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari semalam selepas pihak polis mendapat maklumat suspek sudah menjalani latihan ala ketenteraan untuk melakukan keganasan.

"Dianggarkan 30 individu menganggotai kumpulan militan itu yang dipercayai bergiat aktif sejak tahun lalu.

Foto

KUMPULAN suspek yang ditahan dalam serbuan berasingan di Selangor dan Kedah dipercayai terbabit dalam kegiatan militan.

Foto

KUMPULAN suspek yang ditahan dalam serbuan berasingan di Selangor dan Kedah dipercayai terbabit dalam kegiatan militan.

Foto

KUMPULAN suspek yang ditahan dalam serbuan berasingan di Selangor dan Kedah dipercayai terbabit dalam kegiatan militan.


"Buat masa ini nama kumpulan berkenaan tidak boleh didedahkan supaya tidak mengganggu siasatan polis," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29

Kem hoki negara bergolak?

Posted: 28 Apr 2014 10:46 AM PDT

Kuantan: Aktiviti memupuk semangat berpasukan tinggi menjadi tumpuan utama ketua jurulatih negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah selepas situasi semakin parah menimpa skuad hoki Malaysia pada kejohanan Cabaran Juara-Juara 1.

Dhaarma membuat tindakan drastik dengan membatalkan sesi latihan malam semalam untuk membolehkan aktiviti berkumpulan dilakukan 18 pemain negara di samping pembabitan seorang pakar psikologi Institut Sukan Negara (ISN).

"Ada yang mendakwa pasukan ini tidak mempunyai semangat berpasukan, ada masalah antara pemain junior dan senior, jurulatih skuad junior melatih skuad utama dan terdapat pemain senior disisihkan hingga ada pemain tidak gembira.

"Bagi saya ini semua tiada dalam fikiran saya, (kekalahan) itu hanya kerana pemain melakukan kesilapan.

Foto

SKUAD negara jalani latihan ringan di gelanggang tenis Hyatt Regency Resort menjelang perlawanan menentang Kanada, malam ini.


"Orang bercerita mengenai perkara ini namun kami mengambilnya dengan serius kerana ia boleh memberi kesan kepada pasukan. Kami membatalkan sesi latihan dan melakukan aktiviti bersama serta membabitkan pakar psikologi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29

Dayana Roza nafi kejar duit

Posted: 28 Apr 2014 07:50 AM PDT

Kalau diukur sejak kemunculannya dalam program realiti Anak Wayang terbitan Astro pada 2009 hingga kini, sudah enam tahun pelakon Dayana Roza membina nama sebagai anak seni. Namun baru kini namanya mendapat perhatian.

Ia sekali gus membantu�nya melupakan kisah dukanya beberapa tahun lalu apabila terpaksa menganggur selama enam bulan kerana tidak ada tawaran berlakon. Ketika itu, Dayana, 23, mengakui dia hanya pasrah pada nasibnya yang sudah jatuh terduduk.

Enggan menuding jari pada orang lain, baginya apa yang berlaku itu adalah silap sendiri dan dia harus berubah. Kini dengan menjadi lebih serius, fokus dan bertanggungjawab pada karier nampaknya ia membuahkan hasil.

Namun meskipun sekarang namanya dalam proses meningkat naik sebagai pelakon berjaya, kisah cinta Dayana juga tiada rahsia. Siapa yang tidak tahu, dia kini hanya menjalin kasih dengan pemain bola sepak terkenal.


Jejaka kacak yang berjaya bertakhta di hati Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin itu pastinya kapten pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd Muslim Ahmad, 25. Bahkan, sudah setahun pasangan ini bercinta.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29