LPT2 siap Disember

LPT2 siap Disember


LPT2 siap Disember

Posted: 15 Apr 2014 03:26 PM PDT

LPT2 siap DisemberLPT2 dibina dengan kos RM4.25 bilion kini hanya beberapa pakej belum siap.

Kuala Terengganu: Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) sepanjang 184 kilometer yang menghubungkan Jabor ke Kuala Terengganu, akan siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir Rosli Othman, berkata pembinaan LPT2 yang dianggarkan membabitkan perbelanjaan RM4.25 billion itu hampir siap dan hanya berbaki beberapa pakej saja yang belum selesai.

"Pembinaan LPT2 hampir siap.. cuma tinggal tiga atau empat daripada 15 pakej yang belum siap dan ia akan lengkap sepenuhnya pada Disember tahun ini," katanya ketika menjawab soalan lisan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN- Air Putih) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini, semalam.

Menjawab soalan tambahan, katanya, kerajaan negeri berpuas hati dengan ciri-ciri keselamatan di LPT2 termasuk aspek reka bentuk, kecerunan, pencahayaan dan kaki lima.

"Untuk makluman, reka bentuk LPT2 mempunyai ciri keselamatan lebih baik daripada fasa satu daripada semua aspek termasuk pencahayaan, kaki lima dan kecerunan.

"Daripada aspek kerja, kerajaan berpuas hati dengan hasilnya kerana memiliki ciri keselamatan yang baik," katanya.
Menjawab soalan tambahan Datuk Sabri Mohd Noor (BN-Langkap) sama ada LPT akan diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan Persekutuan selepas siap kelak, Rosli berkata, pembinaan LPT2 adalah unik kerana ia ditanggung oleh kerajaan Persekutuan dan negeri.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini