`Berakhir' pilihan terbaik |
- `Berakhir' pilihan terbaik
- Korban cinta di Nepal
- Kurang telemetri
- Mana Wan Zack?
- Enggan bicara kisah peribadi
Posted: 02 Apr 2014 01:50 PM PDT KUALA LUMPUR: Perkataan "berakhir" di selatan Lautan Hindi yang dipilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang. Bercakap dalam sidang akhbar di kedutaan China di sini hari ini, Huikang mempertahankan perkataan yang digunakan oleh Najib dalam usaha bagi mengelakkan makna yang mendatangkan keburukan dalam kalangan anggota keluarga penumpang. "Saya faham, Najib berhati-hati memilih perkataan "berakhir" daripada jatuh, terhempas atau tiada siapa yang terselamat kerana jika beliau memilih perkataan itu ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada anggota keluarga . "Anggota keluarga (warga) China masih berharap orang yang mereka sayangi masih selamat," katanya. Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang ketika menyampaikan taklimat dan sidang akhbar kepada wakil media tempatan di Kedutaannya di sini. Foto Bernama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut oleh Menteri Pertahanan Australia, David Johnston (kanan) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth kira-kira jam 11.00 malam tadi. Foto Bernama
"Sebelum ini, kita mempunyai dua kawasan carian iaitu koridor utara dan koridor selatan. Tetapi dengan kesimpulan yang dibuat oleh Najib, kita mengecilkan kawasan mencari dan menyelamat dan memberi tumpuan di selatan," katanya. Di peringkat awal operasi mencari dan menyelamat, usaha itu dibahagikan kepada dua koridor - koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan, meliputi Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi. Duta itu juga menyelar tindakan media asing atas laporan penuh kontroversi dan berat sebelah berhubung kehilangan pesawat malang itu menyebabkan anggota keluarga warga Chia begitu marah dan menuduh kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab. "Kami ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa laporan sedemikian boleh menjejaskan hubungan Malaysia-China memandangkan semua orang tahu bahawa Malaysia telah melakukan usaha mereka yang terbaik terutama bagi anggota keluarga (penumpang dan anak kapal)," katanya. - BERNAMA Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/02 |
Posted: 02 Apr 2014 12:01 PM PDT Sungai Buloh: Cinta sejati membawanya ke Nepal untuk tinggal bersama suami dengan meninggalkan ibu bapa di tanah air, namun pengorbanan itu akhirnya membawa penderitaan apabila hidupnya bertukar ibarat hamba abdi di bumi asing. Itulah nasib menimpa Nur Sri Rahayu Marimon, 24, yang kini terpaksa bekerja sebagai pemecah batu dan mencari kayu api untuk menyara kehidupannya bersama dua anak di Pathari 1 Morang, kira-kira 450 kilometer dari Kathmandu, Nepal. Menceritakan kisah anaknya itu, ibunya, Jaliah Tamin, 52, berkata anak keenam daripada sembilan beradik itu terkandas di kampung suami di kawasan pedalaman berkenaan sejak empat tahun lalu. Menurutnya, Nur Sri Rahayu atau lebih mesra dipanggil Ayu berkahwin dengan suaminya, seorang lelaki warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang di sini pada 2006 atas dasar cinta, biarpun dia keberatan membenarkan perkahwinan itu dilangsungkan. GAMBAR Ayu bersama suami dan anaknya. JALIAH Tamin
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03 |
Posted: 02 Apr 2014 11:35 AM PDT Oleh Mohd Jamilul Anbia Mohd Denin, Iskandar Shah Mohamed, Gaddafi Musli, Kalidevi Mogan Kummarappa dan Nur Lela Zulkipli Perth: Ketua Pegawai Udara (Bersara) Australia Angus Houston yang mengetuai Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, kekurangan telemetri penerbangan yang boleh dipercayai dan keadaan laut yang bergelora menjadikan operasi mengesan MH370 lebih mencabar. Beliau dalam temubual bersama Australia Broadcasting Corporation itu berkata, kekangan mendapatkan lokasi tepat pesawat jatuh ke dalam laut turut menambah kesukaran operasi. Katanya, operasi mencari yang masuk hari ke-26 diteruskan meskipun diberi amaran mengenai keadaan cuaca yang buruk. Menurutnya, pasukan pencari dan penyelamat terpaksa berlumba dengan masa mengesan kotak hitam pesawat itu berikutan jangka hayat bateri kotak hitam hanya mampu bertahan untuk 30 hari dan ia petunjuk tunggal untuk mengesan misteri kehilangan pesawat berkenaan. KAPAL milik Tentera Laut Australia, HMAS Success meneruskan usaha pencarian di selatan Lautan Hindi.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03 |
Posted: 02 Apr 2014 10:39 AM PDT Kelana Jaya: Status Wan Zack Haikal Wan Noor untuk beraksi dengan Kelantan pada saingan Liga M masih lagi menjadi tanda tanya apabila FAM mengesahkan nama bekas pemain kelab Jepun FC Ryukyu itu masih belum didaftarkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Setakat ini KAFA hanya mendaftarkan dua pemain tempatan Brendan Gan dan Mohd Fitri Omar pada tempoh perpindahan pemain kedua Liga M bermula 22 Mac lalu walaupun The Red Warriors (TRW) itu menamatkan khidmat seorang pemain pertahanan Lim Choon Wee. Dengan kehadiran Brendan dan Fitri, Kelantan masih mempunyai seorang lagi pemain untuk disenaraikan dan jika KAFA tidak mendaftarkan Wan Zack Haikal sehingga 20 April ini, pemain sayap kebangsaan berusia 23 tahun itu yang masih dalam proses pemulihan kecederaan Anterior Cruciate Liga ment (ACL) terpaksa menunggu sehingga musim depan untuk kembali beraksi. Ada kemungkinan KAFA masih belum mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada kelab lamanya dan Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah ketika ditanya mengenai persoalan itu juga gagal memberikan sebarang penjelasan. KELIBAT Wan Zack (tengah) menjadi tanda tanya, sedangkan Brendan (kiri) dan Fitri sudah didaftarkan KAFA.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03 |
Posted: 02 Apr 2014 07:00 AM PDT Ketara benar bahasa tubuhnya kurang selesa menyambut topik perbualan kami yang menjurus aspek paling peribadi dalam hidup personaliti TV3 bergelar Fiza Sabjahan ini. Memang ia bukan perkara asing bagi seorang selebriti seperti Fiza yang pada asasnya sudah lazim dengan publisiti dan perhatian umum namun akuinya soal peribadi tetap memberikan impak setiap kali ia diajukan. Bagaimanapun, Fiza atau nama sebenarnya Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan, 32, tetap kemas dan cerdik menyusun jawapan. Malah, pintanya penuh sopan dia lebih senang jika perbualan itu menghala pada kehidupan semasa berbanding cerita lama.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |