Tragedi percutian keluarga |
- Tragedi percutian keluarga
- Robot Titanic teroka MH370
- Keluarga kaki belit
- Ditendang cikgu sampai pengsan
- Perkemas pertahanan
- Nurul mengidam nasi Arab
Posted: 17 Apr 2014 02:47 PM PDT Ipoh: ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, 57, sebenarnya dalam perjalanan hendak bercuti bersama keluarganya apabila berlaku kemalangan yang meragut nyawa isterinya di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, Nozula ketika itu bersama sembilan ahli keluarga dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Ipoh. Menurutnya, keluarga berkenaan berkonvoi menaiki dua kenderaan iaitu Nissan Murano dan Toyota Harrier, ketika kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang Katanya, Nissan Murano dinaiki enam orang termasuk Nozula dan isterinya Datin Maziah Din, 57, manakala Toyota Harier dinaiki empat individu. KEADAAN Murano yang dinaiki ADUN Paloh, selepas kemalangan di Kilometer 23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai.
Katanya, turut berada dalam kenderaan yang terbabas itu adalah anak lelaki Nozula berusia 19 tahun dan seorang lagi anak perempuan berusia sembilan tahun serta srorang bayi yang juga anak saudara Nozula, 20 bulan. "Nozula bersama anaknya yang cedera dihantar ke Unit Kecemasan HRPB untuk rawatan dan stabil manakala anaknya hanya cedera ringan di tangan. "Sebuah lagi kenderaan dinaiki keluarga mangsa yang mengikut di belakang kenderaan mangsa tidak mengalami kemalangan," katanya. Sementara itu, anak perempuannya, Norfatma Nabila, 23, yang memandu Murano ditemui berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di kampung mereka di Felda Chiku 3, Gua Musang, pagi ini. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/18 |
Posted: 17 Apr 2014 02:46 PM PDT London: Pengarah filem dan peneroka laut dalam James Cameron sedia menawarkan robot penyelam yang digunakan untuk meneroka kapal Titanic bagi memeriksa bangkai pesawat MH370 jika ia ditemui di dasar Lautan Hindi. Menurutnya, robot penyelam yang dikawal kabel optik gentian boleh membantu meneroka serpihan bangkai pesawat. Kaedah ini pernah diguna ketika penerokaan bahagian dalaman bangkai Titanic di Lautan Atlantik Utara bagi penyelidikan filem `box office' yang ditayangkan pada 1997, kata Cameron. Pengarah dari Kanada itu menyelam ke lokasi berkenaan sebanyak 12 kali sebagai persediaan untuk penggambaran filem terbabit. ROBOT DSV Alvin yang digunakan dalam penerokaan bangkai Titanic.
"Namun, ia hanya boleh digunakan apabila serpihan ditemui dan dirakam," katanya. Cameron juga pernah menyelam di jurang dalam laut terdalam di dunia iaitu Jurang Mariana yang terletak di Lautan Pasifik antara Filipina dan Jepun pada 2012. Selaman membabitkan kedalaman 10,911 meter itu dibuat bagi menjayakan dokumentari Deepsea Challenger terbitan National Geographic yang dibiayainya. - Bloomberg News |
Posted: 17 Apr 2014 11:21 AM PDT Kuala Lumpur: Seorang pengendali syarikat umrah berusia 56 tahun dipercayai mengaut keuntungan suku juta ringgit apabila menipu dalam pakej umrah dengan turut mendapatkan khidmat tiga isterinya yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat. Bagaimanapun, isteri pertama yang sebaya dengan suspek ditahan polis di rumahnya di ibu negara pada 9 April lalu selepas polis menerima laporan berhubung kegiatan itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata, polis masih memburu lelaki terbabit dan dua lagi isterinya berusia 47 dan 36 tahun untuk siasatan penipuan pakej umrah membabitkan lebih 100 mangsa. "Mereka mendalangi penipuan itu dengan menawarkan pakej umrah pada harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Mereka dipercayai bergiat aktif sejak akhir tahun lalu kononnya untuk membantu orang berpendapatan sederhana. IZANY (dua dari kiri) bersama anggota lain menunjukkan wajah suspek penipuan pakej umrah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/18 |
Ditendang cikgu sampai pengsan Posted: 17 Apr 2014 10:57 AM PDT Kuala Terengganu: Sudahlah disepak, seorang murid tahun lima mendakwa dipijak gurunya bertubi-tubi sehingga pengsan dan muntah di surau sebuah sekolah rendah di daerah ini, kelmarin. Dalam kejadian jam 1.20 petang, mangsa, Wan Luqman Al Hakim Wan Omar, 11, dikatakan bergaduh dengan rakan yang mengejek nama bapanya dan pergaduhan itu disedari guru lelaki terbabit yang ketika itu berada di kawasan surau. Guru terbabit yang naik hantu dikatakan bertindak luar dugaan apabila menyepak kepala mangsa hingga dia jatuh sebelum memijaknya sehingga pengsan. Bapa mangsa, Wan Omar Wan Mohammad, 43, berkata, kejadian itu disedari anak saudara perempuannya yang bergegas ke rumahnya bagi memaklumkan kejadian itu. WAN Omar menunjukkan kecederaan di kepala yang dialami anaknya, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/18 |
Posted: 17 Apr 2014 10:19 AM PDT Kuala Lumpur: Pertahanan skuad hoki negara perlu diperkemaskan supaya lebih kental menjelang Kejohanan Cabaran Juara-juara 1 di Kuantan, Pahang pada 26 April hingga 4 Mei ini. Naib Presiden Kanan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, kemampuan pemain menguasai skil tidak dapat dinafikan namun benteng terlalu rapuh dan perlu diberi perhatian serius. Meluahkan kegelisahannya terhadap pertahanan skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, beliau berkata, kelemahan bahagian itu berdasarkan pemerhatiannya dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini. "Saya lihat bahagian pertahanan masih lemah dan perlu diperbaiki, skil sahaja tidak mencukupi malah kecergasan fizikal sentiasa perlu berada pada tahap terbaik bagi mencapai prestasi memuaskan," katanya. KEVIN (kanan) yakin mampu pikat Dhaarma.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/18 |
Posted: 17 Apr 2014 08:14 AM PDT Kunjungan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 30, ke Balai Berita, baru-baru ini bersama juara Gadis Melayu musim pertama, Khairul Noor Maidah Zali atau Aida, 29, membawa khabar gembira apabila dia kini hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan pegawai bank, Raja Amir Shah Raja Azwa, 32. Pasangan itu berkahwin pada 16 Julai 2011 dan selepas hampir tiga tahun menunggu baru kini doa mereka dimakbulkan Allah SWT. Berseri-seri wajah Nurul menceritakan pengalamannya sebagai bakal ibu yang usia kandungannya kini mencecah hampir empat bulan manakala Aida pula hamil anak kedua. Seronok melihat telatah mereka yang saling bertukar cerita alahan dan makanan yang mereka idamkan membuatkan suami masing-masing terpaksa mencarinya sampai dapat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |