Obama tiba di Malaysia

Obama tiba di Malaysia


Obama tiba di Malaysia

Posted: 26 Apr 2014 08:05 AM PDT

Kuala Lumpur: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tiba di negara ini, semalam untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari - kali kedua oleh Presiden AS selepas Presiden Lyndon B Johnson pada Oktober 1966.

Obama dan rombongan tiba dengan pesawat khas presiden - Air Force One di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang jam 4.50 petang dan disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Pengiring, Duta Besar Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Duta Besar AS ke Malaysia Joseph Y Yun.

Selepas itu, kenderaan membawa Obama terus menuju ke Dataran Parlimen untuk sambutan rasmi negara disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan barisan anggota Kabinet.

Foto

OBAMA melambaikan tangan sebaik turun dari Air Force One.

Foto

TUANKU Abdul Halim dan Najib mengiriangi Obama ke majlis sambutan rasmi di Parlimen.


Selepas lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, Obama memeriksa perbarisan kehormatan oleh 107 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mejar Amriza Mohd Asshari.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/27

Mayat atas batu

Posted: 26 Apr 2014 08:04 AM PDT

Jertih: Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu, terjawab apabila mayatnya ditemui di atas batu berhampiran sebuah resort di Pulau Perhentian Kecil, di sini, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Md Hazmi Hanafi, 26, dari Kampung Beris Cawat, Kuala Besut, di sini, ditemui mati oleh orang awam jam 12.20 tengah hari berhampiran sebuah resort di kawasan pulau sebelum menghubungi Pondok Polis Pulau Perhentian.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

"Hasil siasatan mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang, tidak berbaju dan hanya berseluar pendek berwarna hitam, selain memakai seutas tali pinggang bertulis 'replay'.

Foto

ANGGOTA polis dan JPAM membawa mayat mangsa untuk bedah siasat di Hospital Besut.


"Penemuan mayat itu dipercayai ada kaitan dengan laporan polis dibuat bapa mangsa pada 21 April lalu di Balai Polis Kuala Besut mengenai kehilangan mangsa," katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/27

Boeing lemah!

Posted: 26 Apr 2014 07:35 AM PDT

Kuala Lumpur: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pengeluar pesawat Boeing bertanggungjawab dan menjawab setiap persoalan mengenai kehilangan misteri penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.

Beliau mempertahankan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menerima cemuhan dan kritikan banyak pihak dengan mengatakan Boeing yang sepatutnya dipersalahkan atas kehilangan MH370 dan 239 penumpang serta anak kapal.

"Saya kecewa apabila pekerja MAS ditahan sebagai tebusan di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370," katanya dalam entri terbaru menerusi blognya www.chedet.cc, kelmarin.

Katanya, kekecewaan itu diluahkan berikutan MAS dikecam teruk dan sepatutnya pihak yang bertanggungjawab menjawab semua persoalan itu adalah pengeluar pesawat itu, Boeing.

Foto

SEORANG waris antara ahli keluarga yang melakukan protes di depan pasukan keselamatan yang mengawal Kedutaan Malaysia di Beijing.


Semalam, MAS mengesahkan kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel, Beijing, Khamis lalu, berikutan ahli keluarga penumpang tidak berpuas hati dengan pendedahan butiran berhubung kehilangan pesawat itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/27

Halangan besar terakhir Reds

Posted: 26 Apr 2014 06:37 AM PDT

Liverpool: Liverpool akan cuba melepasi halangan besar terakhir dalam laluan untuk meraih gelaran Liga Perdana untuk kali pertama sejak 1990 apabila menanti kunjungan pasukan tangga ketiga, Chelsea ke Anfield malam ini.

Kemenangan buat Brendan Rodgers akan menyingkirkan Chelsea dalam perebutan gelaran dan Liverpool hanya memerlukan empat mata daripada dua perlawanan terakhir menentang Crystal Palace dan Newcastle United untuk mendapatkan takhta gelaran EPL.

Andai Liverpool menang dan City tewas pada perlawanan mereka menentang Palace selepas itu, kelab Merseyside itu sudah boleh mengesahkan trofi Liga Perdana milik mereka seawal minggu depan.

Kejayaan Liverpool mencatat 11 kemenangan berturut-turut dan gelaran kian hampir dalam genggaman dengan suasana semakin memuncak di Anfield, Rodgers menafikan kebimbangan berikutan dakwaan pemainnya tidak mampu menyerap tekanan jangkaan.

Foto


"Saya rasa setiap orang sedang bercakap mengenai tekanan tetapi saya rasakan ia adalah Manchester City atau Chelsea disebabkan wang yang banyak dibelanjakan dan harapan diletakkan untuk memenangi liga," kata pengurus Liverpool itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/27

Eina pilih Datuk Gurmeet

Posted: 26 Apr 2014 05:43 AM PDT

Sejak lima tahun lalu, hidup Eina Azman, 19, sering dibayangi kontroversi. Satu persatu isu 'panas' menjengah dalam kanvas seni si cantik manis ini hingga terasa lelah menepis.

Katanya, cukuplah kerana tidak sanggup lagi berdepan senario kurang menyenang�kan itu. Apatah lagi nama baik keluarga turut terheret sama de�ngan kemelut yang membeleng�gu diri.

Sebagai anak, Eina akui tidak betah melihat wajah sugul ayah bonda setiap kali cerita negatif mengenainya diperkatakan. Bibirnya tidak putus-putus berdoa, biar 2014 menjadi permulaan baik kerana dia mahu bebas kontroversi.

"Kerjaya dan kehidupan saya terjejas teruk selepas dikaitkan dengan beberapa kontroversi. Dulu saya bersikap emosional dan terlalu berani menegakkan kebenaran. Tindakan itu bagaimanapun memakan diri sendiri apabila ia disalahertikan.

Foto


"Belajar dari pengalaman itu, saya kini lebih berhati-hati. Betul atau salah sesuatu isu diperkatakan, berdiam diri adalah cara terbaik," katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/27