'Meraba dalam kegelapan'

'Meraba dalam kegelapan'


'Meraba dalam kegelapan'

Posted: 04 Apr 2014 03:11 PM PDT

PERTH: Ibarat meraba dalam kegelapan, fasa baru operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di bawah permukaan Lautan Hindi oleh dua kapal tentera laut Australia dan British bermula pagi tadi tidak menjanjikan sebarang penemuan namun ia tetap dijalankan kerana pasukan pencari menyifatkan usaha itu bukanlah kerja sia-sia.

Laksamana Pertama Tentera Laut Diraja Australia Peter Leavy mengakui tidak menaruh harapan tinggi dapat mengesan kotak hitam memandangkan sehingga kini belum ditemui sebarang serpihan pesawat bagi menentukan kawasan pencarian sewajarnya.

"Kami membuat keputusan untuk menumpukan pencarian bawah permukaan air dengan berpandukan analisis laluan penerbangan pesawat MH370 meskipun tiada bukti kukuh yang menyokongnya setakat ini," katanya.

Leavy berkata, dua kapal pertahanan tentera laut Australia Ocean Shield dan HMS Echo milik tentera laut British akan menumpukan usaha mengesan kotak hitam itu.


Ocean Shield dipasang dengan alat pengesan kotak hitam milik Tentera Laut Amerika Syarikat atau 'Towed Pinger Locator' (TPL) sebelum diseret di bawah permukaan laut untuk mengesan isyarat kotak hitam.


Alat TPL itu dapat mengesan isyarat sehingga kedalaman 6,100 meter tetapi hanya jika berada di dalam lingkungan kotak hitam itu, bagaimanapun usaha mengesan hanya membabitkan kedalaman 5,800 meter dengan kedua-dua kapal harus bergerak pada kelajuan yang rendah sekitar tiga knot, katanya.

Leavy juga berkata, usaha harus dijalankan secara tersusun dan berhati-hati bagi memastikan TPL dapat mengesan sebarang isyarat termasuk yang sangat lemah.

Ketua penyiasatan kemalangan di Central Queensland University, Australia Geoff Dell berkata, tanpa penemuan serpihan yang dapat dikaitkan dengan MH370, pasukan pencari tidak boleh menentukan mereka berada di kawasan yang betul.

"Mereka mungkin bernasib baik dan lalu di atas kotak hitam itu. Namun, pada pendapat saya, mereka terpaksa bersedia untuk tempoh pencarian yang lebih lama," katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston pada sidang media di sini, hari ini memberitahu, Ocean Shield dan HMS Echo akan melakukan pencarian dalam laluan sejauh 240 km.

Menurutnya, ini adalah kali pertama pencarian bawah permukaan air dilakukan dalam misi mengesan isyarat daripada kotak hitam penerbangan MH370.

"Kawasan pencarian dipilih berdasarkan kebarangkalian tertinggi di mana ia mungkin memasuki lautan.

"Kami dimaklumkan isyarat lokasi daripada kotak hitam hanya berfungsi selama sebulan dan tamat tempoh semakin dekat," kata Houston.

Menurut laporan, Isnin ini adalah hari ke-30 sejak pesawat itu hilang sekali gus dijangka berakhirnya kuasa bateri kotak hitam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/05

Tarikan khemah asmara

Posted: 04 Apr 2014 11:27 AM PDT

Puchong: Khemah asmara. Itu daya penarik terbaru disediakan sebuah rumah urut di Bandar Puteri Puchong, di sini, kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan khidmat urutan batin dan seks.

Dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) petang Rabu lalu, pintu besi rumah urut terbabit terpaksa dipecahkan berikutan ia dibuka kepada pelanggan bermula jam 4 petang.

Difahamkan, setiap bilik dibekalkan khemah rekreasi dilengkapi tilam kepada pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan tambahan seperti urutan badan ke badan (B2B) dan seks dengan bayaran RM100 hingga RM150.

Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPSJ Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, serbuan bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4 petang itu diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ Shamsul Syahrizal bersama 19 anggota.

Foto

ANGGOTA penguat kuasa merampas tilam dalam serbuan di premis di Bandar Puteri Puchong, semalam.


"Ketika serbuan, rumah urut ini masih belum dibuka menyebabkan tiada tangkapan dilakukan. Malah, premis ini turut menggunakan pintu besi sehingga menyukarkan pihak kami masuk.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/05

Keluar tanpa dikesan

Posted: 04 Apr 2014 11:24 AM PDT

Kota Kinabalu: Dua wanita termasuk seorang pelancong warga China yang diculik sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata api di pusat pelancongan atas air Semporna, Rabu lalu, dipercayai disembunyikan di sebuah pulau di Perairan Selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, pergerakan kumpulan ini sangat teliti bagi mengelak dikesan pasukan keselamatan negara.

"Kumpulan bersenjata api ini dipercayai keluar dari sempadan Malaysia tanpa dikesan oleh pasukan keselamatan negara.

"Namun, kita tahu kedudukan mereka tetapi polis tidak boleh mendedahkan lokasi sebenar kumpulan itu kerana boleh mengganggu siasatan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Foto

KEADAAN di hadapan resort lokasi wanita China diculik.

Foto

BOT peronda polis meronda kawasan perairan Semporna.


Hamza berkata, hasil siasatan, polis menahan empat individu iaitu tiga wanita dan seorang lelaki dalam serbuan di sekitar pekan Semporna petang kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/05

Spider-Man semakin intim

Posted: 04 Apr 2014 09:38 AM PDT

Bukan sekadar bergayut dari bangunan ke bangunan di bandar raya New York, tetapi semakin mahir memanipulasikan kuasanya.

Inilah yang terkandung dalam sekuel terbaru filem The Amazing Spider-Man 2 yang bakal menggegarkan pawagam negara ini mulai 1 Mei depan.

Sekuel kali ini juga berbeza kerana lebih fokus kepada hubungan di antara Peter Parker yang juga Spider-Man dan kekasihnya Gwen Stacy.

Masih mengekalkan Andrew Garfield sebagai Spider-Man/Peter Parker dan Emma Stone (Gwen Stacy), filem ini turut menampilkan lakonan hebat Jamie Foxx, Shailene Woodley, Dane DeHaan, Colm Feore, Paul Giamatti dan Sally Field.


Diarahkan Marc Webb, The Amazing Spider-Man 2 turut menyaksikan Peter berdepan musuh lebih kuat iaitu Elektro lakonan Jamie Foxx serta pertemuan semula dengan rakan lama, Harry Osborn (Dane DeHaan).

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/05