ERA BAHARU MALAYSIA-AS |
- ERA BAHARU MALAYSIA-AS
- Kerjasama bukti hubungan baik
- Siasatan tetap diteruskan walaupun ambil masa
- Perhimpunan lima hari
- PAS Kelantan sambut baik pandangan Najib
- Peluang pembaca bertemu penulis
Posted: 25 Apr 2014 03:08 PM PDT Kunjungan Obama perkukuh landasan diplomatik: PM Kuala Lumpur: Kunjungan sulung Presiden Barack Obama ke Malaysia dijangka membuka era baharu hubungan lebih mesra antara Washington dan Kuala Lumpur. Perdana Menteri berkata, kedatangan Obama itu seolah-olah memberi satu suntikan baharu ketika negara ini berdepan kejadian kehilangan pesawat MH370 bulan lalu. Kunjungan Obama adalah yang kedua bagi Presiden AS selepas Presiden Lyndon B Johnson mengunjungi negara ini 48 tahun lalu, iaitu pada tahun 1966. Ketika itu, Obama yang pernah tinggal di Indonesia pada zaman kanak-kanak, berusia lima tahun. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 25 Apr 2014 03:03 PM PDT Putrajaya: Hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan negara lain terbukti apabila 26 negara segera tampil membantu dalam usaha mencari pesawat MH370 yang masih hilang sejak 8 Mac lalu. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata usaha itu turut menyaksikan pelbagai negara sanggup berkongsi perkara sulit seperti maklumat satelit dan data radar semata-mata untuk mencari pesawat berkenaan. "Saya akui ada sedikit masalah dari segi komunikasi pada peringkat awal dalam keghairahan kita mahu mencari pesawat itu tetapi ia diatasi segera supaya keluarga penumpang, negara yang rakyatnya yang terbabit selain media dimaklumkan mengenai perkembangan semasa. Lakukan terbaik "Harus diingat bahawa ini adalah pertama kali di dunia kehilangan pesawat seumpama itu dan kita melakukan yang terbaik bagi menangani tragedi terbabit," katanya kepada pemberita pada sesi taklimat mengenai lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia, di Wisma Putra di sini, semalam. Anifah menyentuh mengenai isu MH370 apabila diminta mengulas sama ada isu laporan negatif oleh media antarabangsa, khususnya media Barat berhubung tragedi itu akan dibangkitkan pada perbincangan dua hala antara Obama dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Sri Perdana, esok. |
Siasatan tetap diteruskan walaupun ambil masa Posted: 25 Apr 2014 03:01 PM PDT Kuala Lumpur: Siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370, akan tetap diteruskan walaupun mengambil masa yang panjang demi memastikan segala maklumat dan bukti diperoleh adalah fakta benar serta tepat. Setakat ini 287 inidividu sudah dipanggil memberi keterangan berhubung tragedi berkenaan selain dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 pada 8 April lalu. Tiada jaminan tempoh masa "Sehingga kini pihak polis masih belum dapat memberi jaminan tempoh masa yang diperlukan untuk menyelesaikan siasatan namun ia bergantung kepada segala butiran keterangan yang diberikan oleh saksi. "Sekiranya siasatan kes ini berkemungkinan mengambil masa tempoh panjang sama ada setahun, dua tahun atau tiga tahun, pihak polis akan meneruskan tugas dalam mengesan mereka yang benar-benar terbabit dalam kejadian kehilangan MH370," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Simposium Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di sini, semalam. Nafi polis tiada butiran tepat "Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan pihak polis tidak mempunyai motif dan sebab kejadian MH370, biarlah kami melakukan tugas yang sepatutnya sebelum sebarang keputusan diberitahu kepada pihak media nanti," katanya. |
Posted: 25 Apr 2014 02:58 PM PDT Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2014 akan berlangsung lima hari bermula 28 Oktober depan. Perdana Menteri berkata, majlis perasmian akan berlangsung pada 30 Oktober dengan taklimat presiden dijadualkan pada hari pertama perhimpunan berlangsung. Najib berkata, mesyuarat perwakilan bahagian pula ditetapkan bermula 8 Ogos hingga 14 September depan. Sementara itu, Najib berkata, UMNO akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-68 pada 11 Mei depan. |
PAS Kelantan sambut baik pandangan Najib Posted: 25 Apr 2014 02:54 PM PDT Kota Bharu: PAS Kelantan menyambut baik keterangan positif Datuk Seri Najib Razak berhubung pelaksanaan hukum hudud, dan berharap kerajaan memberi laluan mudah bagi pembentangan rang undang-undang persendirian nanti. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah, turut berharap kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri itu mampu memberi jaminan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong pembentangan rang undang-undang di Dewan Rakyat nanti. Akhbar semalam melaporkan, Najib menjelaskan kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum ditetapkan Allah, namun mengakui banyak kekangan dan keutamaan perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum ia dapat dilaksanakan. Mengulas lanjut, Mohamad Amar berkata, beliau kesal dengan kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw yang menolak hukum hudud dilaksanakan. Di Kuala Lumpur: Pemuda UMNO akan mengadakan perjumpaan dengan semua komponen Pemuda BN bagi membincangkan secara terperinci mengenai hukum hudud sebelum maklumat mengenai perundangan itu dikongsi bersama seluruh rakyat. Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya, berkata perjumpaan itu bertujuan mendedahkan kepada umum pengertian sebenar hudud bagi mengelak dan pemahaman tidak menyeluruh. |
Peluang pembaca bertemu penulis Posted: 25 Apr 2014 02:43 PM PDT Kuala Lumpur: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, bukan hanya menawarkan pelbagai pilihan judul dan genre kepada pengunjung, bahkan menyediakan pentas kepada pembaca untuk bertemu penulis. Novelis dan pemilik SR Publication, Siti Rosmizah Semail, menyifatkan PBAKL sebagai platform terbaik kepada penulis untuk bertemu pembaca kerana ia dianggap acara berprestij dunia perbukuan tanah air yang menjadi tumpuan ramai. "Sebagai syarikat penerbit pula, PBAKL memberikan ruang untuk kami menjual terus buku kepada pembeli tanpa melalui orang tengah," katanya kepada BH di PWTC, di sini, semalam. Siti Rosmizah berkata, penerbit boleh memberi diskaun yang lebih baik kepada pembaca, selain berpeluang menjual buku yang tidak lagi boleh ditemui di kedai walaupun sebahagian judul itu masih lagi banyak stok. "Ini kerana ada sesetengah buku yang bagus tetapi tidak dapat ditempatkan di kedai buku kerana tiada lagi pesanan menyebabkan PBAKL sebagai medan terbaik untuk pembaca memperoleh buku sedemikian," katanya. Sementara itu, pengarang yang juga pemenang pertama Kategori Novel Hadiah Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH, Wan Nor Azriq Wan Mokhtar, melihat PBAKL sebagai medan terbaik untuk membantu penulis memperkenalkan karya mereka. "Menjadi dikenali penting bagi penulis kerana ia antara faktor tarikan kepada pembaca untuk menikmati karya penulis," katanya. Pada perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Seranta, Komunikasi dan Duta Buku PBAKL 2014, Ishak Hamzah, berkata PBAKL Ke-33 turut menyediakan 'ruang hentian' Rehat dan Baca (R&B), yang bukan saja boleh digunakan pengunjung untuk berehat, bahkan lokasi pertemuan tidak formal antara penerbit, penulis dan pembaca. "Pada tahun ini, PBAKL mencatat sejarah kerana membabitkan penyertaan paling besar, iaitu 919 gerai pempamer daripada 241 syarikat, selain dianggarkan bakal dikunjungi 1.8 juta pengunjung. "Oleh itu, pihak kami berusaha menjadikan pengalaman berkunjung dan membeli buku di PBAKL 2014 yang lebih selesa dengan menyuntik konsep santai dan ruang khas," katanya. Ishak berkata, kesesakan pengunjung yang biasanya bertumpu kepada pempamer yang menjual novel dikurangkan dengan mewujudkan ruang dunia novel dan komik yang khas. Pada tahun ini, antara gerai yang bakal menjadi tumpuan adalah gerai ITBM yang turut mengekalkan acara Sofa Putih, yang dianggap antara ikon tarikan ke PBAKL 2014, selain menyediakan 1,000 judul untuk dipilih pembaca. INFO: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |