'Bil RM17,017? Itu biasa' |
- 'Bil RM17,017? Itu biasa'
- Kebun getah tahi judi
- Bakal menantu penipu
- Schmid 'jurutera' Harimau Malaya
- Fara tidak kecoh-kecoh
Posted: 29 Apr 2014 01:40 PM PDT Kuala Lumpur: "Bil makan tengah hari RM17,017?" Itu perkara biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini. Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish. "Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit)," katanya yang tidak mahu dikenali. Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.
Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu. Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati. "Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya jurucakap itu lagi. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29 |
Posted: 29 Apr 2014 12:06 PM PDT Alor Setar: Keseronokan 30 lelaki yang kemaruk berjudi sabung ayam terbantut apabila gelanggang judi haram di lokasi tersorok di kebun getah Kampung Telaga Mas di Pokok Sena, di sini, diserbu pihak berkuasa malam Ahad lalu. Serbuan sempena Op Dadu itu dilakukan jam 7.20 malam oleh sepasukan anggota Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar diketuai Inspektor Noor Azman Adnan hasil maklumat awam serta risikan. Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, ketika serbuandilakukan, semua kaki judi yang mengerumuni gelanggang bertempiaran lari sebaik menyedari kehadiran anggota polis. Katanya, tindakan pantas polis menahan 11 daripada mereka berusia antara 26 hingga 63 tahun membabitkan penduduk tempatan dipercayai sering menjadikan lokasi itu sebagai 'port' melepaskan gian berjudi sabung ayam. ANTARA kaki judi ditahan ketika leka sabung ayam di kebun getah di Kampung Telaga Mas. AYAM yang bersabung ketika serbuan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/30 |
Posted: 29 Apr 2014 12:05 PM PDT Kuantan: Seorang lelaki yang mengaku dirinya bergelar Datuk bukan saja menipu bakal mentuanya sehingga kerugian ribuan ringgit, malah sanggup melarikan anak gadis pasangan terbabit yang juga tunangnya selepas tembelangnya diketahui mangsa. Lelaki berkenaan yang berusia 44 tahun didakwa melarikan tunangnya, Fatin Nursyamimi, 19, sejak 13 Mac lalu serta menipu keluarga gadis berkenaan menyebabkan kerugian RM4,000, gagal dikesan hingga kini. Difahamkan lelaki berkenaan sering menipu orang ramai sejak 2009 membabitkan kerugian ratusan ribu ringgit, malah pernah menghadapi 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada 2011. Malah, identiti lelaki berkenaan dipaparkan sebagai pesalah rasuah dalam laman sesawang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain beberapa penipuannya turut didedahkan dalam laman blog sejak Februari lalu. RAMLAN menunjukkan gambar anaknya, Fatin yang dibawa lari suspek (gambar kanan).
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/30 |
Schmid 'jurutera' Harimau Malaya Posted: 29 Apr 2014 11:45 AM PDT Kelana Jaya: Selepas beberapa pengarah teknikal 'datang dan pergi' tanpa memberi impak besar, akhirnya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempertaruhkan kepakaran penolong jurulatih pasukan kebangsaan Austria, Fritz Schmid untuk mengisi jawatan itu. Schmid, 55, kelahiran Switzerland yang berpengalaman luas selama 30 tahun dalam bidang kejurulatihan sudah menandatangani kontrak tiga tahun sebagai Pengarah Teknikal FAM dan bakal tiba di ibu negara, Jumaat ini. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam dan menyatakan rundingan dengan Schmid yang juga tenaga pengajar jurulatih Persatuan Bola Sepak Switzerland, UEFA dan FIFA itu diadakan beberapa bulan lalu. "Kami sudah mengadakan beberapa perbincangan dengannya sejak dua tiga bulan lalu. Beliau setuju menandatangani kontrak tiga tahun dan akan tiba Jumaat ini. Sebagai pengarah teknikal, beliau bertanggungjawab memantau dan membantu ketua jurulatih (kebangsaan), Harimau Muda A, B dan C serta merencana perancangan pembangunan pemain senior dan remaja," katanya pada sidang media semalam. SCHMID (dua dari kiri) mempunyai pengalaman 30 tahun dalam bidang kejurulatihan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/30 |
Posted: 29 Apr 2014 08:03 AM PDT Cukup berhati-hati dia mengatur bicara saat mahu memperkatakan isu yang satu ini yang nampaknya menarik perhatian ramai pihak. Isu itu tidak lain tidak bukan berhubung perubahan dirinya yang kini berselendang. Mungkin hal itu dianggap remeh bagi sesetengah pihak, namun inilah yang unik dan indahnya mengenai kehidupan seorang insan bergelar selebriti apabila setiap perubahan yang dilakukan walaupun membabitkan perkara kecil tetap menjadi tumpuan orang. Lebih-lebih lagi jika sesuatu isu itu membabitkan individu popular seperti Fara Fauzana Mohd Fadzil, 34, yang masih bertahan dengan rekod selaku penerima anugerah Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) dari tahun 2006 hingga 2012 dan Pengacara TV Wanita Popular ABPBH dari 2005 hingga 2012.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/30 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |