‘Kenyataan Anwar tidak masuk akal’ |
- ‘Kenyataan Anwar tidak masuk akal’
- Malaysia berhak siasat kotak hitam
- Selam 6 jam tak kesan objek
- Pertikaian sempadan cabaran utama
- 'Bulan Bedarah' bukan petanda kiamat
- Akta Percetakan Teks al-Quran bakal dipinda
‘Kenyataan Anwar tidak masuk akal’ Posted: 15 Apr 2014 02:51 PM PDT Putrajaya:Datuk Seri Najib Razak semalam, membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mampu selesaikan misteri kehilangan MH370 dalam satu saat jika diberi kuasa. Perdana Menteri menyifatkan dakwaan itu tidak masuk akal dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Malaysia berhak siasat kotak hitam Posted: 15 Apr 2014 02:49 PM PDT Petra Jaya:Malaysia mempunyai hak yang tidak boleh dipertikaikan dalam mengetuai, melindungi dan menyiasat kotak hitam pesawat MH370 walaupun ia ditemui dalam perairan Australia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata kawalan dan tadbir urus kotak hitam itu selaras dengan Perenggan 5.3 Annex 13 Konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), berkenaan kemalangan udara dan siasatan berkaitan. Beliau yang turut bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang menjelaskan, Kerajaan Malaysia mempunyai bidang kuasa menyiasat kotak hitam kerana pesawat jenis Boeing 777-200ER itu didaftarkan di negara ini. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Posted: 15 Apr 2014 02:46 PM PDT Perth:Analisis data yang dirakam Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) Bluefin-21 selama enam jam di dasar Lautan Hindi, malam kelmarin, tidak menemui sebarang objek. AUV itu kembali ke permukaan dalam tempoh enam jam selepas dilancarkan kerana ia hanya diprogram untuk mencecah had kedalaman 4,500 meter (m). Bagaimanapun, ia kembali ke permukaan dalam masa enam jam kerana ia hanya diprogram untuk mencecah 4,500 meter. Batal sendiri misi "Apabila AUV mencecah kedalaman maksimum ia diprogram, kapal selam mini itu membatalkan sendiri misinya dan kembali ke permukaan," kata Kapten Mark Matthews yang mengetuai operasi Amerika Syarikat di selatan Lautan Hindi kepada CNN. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Pertikaian sempadan cabaran utama Posted: 15 Apr 2014 02:42 PM PDT Kuala Lumpur: Satu peraturan keselamatan serantau yang menyeluruh dan berkesan perlu diwujudkan bagi memastikan keamanan dan kedamaian di rantau ini dapat dikekalkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Beliau berkata, peraturan itu pula mesti memenuhi objektif untuk membina keyakinan dankemampuan menjangka serta menyelesaikan konflik yang berpotensi berlaku. Hishammuddin berkata demikian dalam ucaptama berjudul 'Kemunculan Ancaman Keselamatan Serantau' pada Forum Putrajaya 2014, yang dianjurkan sempena Pameran dan Persidangan Pertahanan Asia (DSA) 2014, di sini, semalam. Sementara itu, beliau yang juga pemangku Menteri Pengangkutan berkata, cabaran paling besar untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau ini adalah pertikaian sempadan antarabangsa, terutama di Laut China Selatan dan Laut China Timur. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
'Bulan Bedarah' bukan petanda kiamat Posted: 15 Apr 2014 02:40 PM PDT Kuala Lumpur: Rakyat negara ini berpeluang melihat gerhana bulan penuh atau fenomena 'bulan berdarah' pada 8 Oktober ini dan 4 April tahun depan. Kejadian itu atau dikenali sebagai 'tetrad' sebelum ini pernah dilihat sebanyak 142 kali dalam tempoh 5,000 tahun iaitu bermula tahun 2000 Sebelum Masihi hingga tahun 3000 Selepas Masihi. Ia turut dikaitkan sebagai petanda kiamat, namun umat Islam diminta menghindari daripada mempercayai benda karut seperti itu. "Kita tak tahu punca sebenar cahaya merah itu, mungkin kerana pertembungan dengan biasan cahaya matahari, jadi kita serah saja pada Allah kerana ini kerja Tuhan. Saya harap umat Islam jangan percaya benda mengarut ini dengan berbuat sesuatu, kerana ia lari daripada akidah," katanya. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Akta Percetakan Teks al-Quran bakal dipinda Posted: 15 Apr 2014 02:37 PM PDT Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Percetakan Teks al-Quran 1986 berikutan terdapat banyak kesalahan dilakukan pihak tertentu dalam percetakan, pempameran dan penyalahgunaan ayat al-Quran. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pindaan akta itu dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini selepas selesai perbincangan bersama Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selain mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu. "Antara pindaan nanti termasuk penyalahgunaan ayat al-Quran sebagai azimat dan mempamerkannya, terutama di kedai, untuk tujuan melariskan jualan. Ini tidak termasuk dalam sebarang akta dan dikhuatiri boleh menyelewengkan akidah. "KDN akan berbincang lanjut mengenai perkara ini bersama semua Majlis Agama Islam Negeri kerana hal berkaitan agama di bawah bidang kuasa setiap negeri serta JAKIM dan dipersembahkan untuk diperkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara," katanya pada sidang media, di sini, semalam. Terdahulu, Ahmad Zahid menyertai Majlis Perjumpaan Menteri Dalam Negeri bersama Ahli Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran (LPPPQ) serta Ahli Lajnah Tashih al-Quran (LTAQ). Hadir sama, Pengerusi LPPPQ, Tan Sri Harussani Zakaria. Ahmad Zahid berkata, berdasarkan akta yang dibentang dan diwartakan pada 1986 itu, adalah tidak salah untuk mempamerkan ayat al-Quran, namun ia mesti diletakkan di tempat yang sesuai, bersih dan tidak disalahgunakan. Mengulas lanjut, Harussani yang juga Mufti Perak, berkata adalah satu penghinaan jika ayat al-Quran diletakkan di tempat tidak baik. Ayat di kedai kotor "Ada kedai makan yang letakkan ayat Seribu Dinar, sedangkan kedai itu kotor. Kalau keadaan kedai kotor, makanan tidak terjaga, itu satu penghinaan (bila meletakkan ayat al-Quran). "Ada juga kes yang mana orang bukan Islam turut menjual ayat al-Quran. Malah, ada segelintir yang meletakkannya di atas lantai selain ayat turut diletakkan di kedai menjual arak. Ayat al-Quran bukan untuk azimat dan juga bukan untuk perhiasan tapi sebagai panduan," katanya. Selain itu, Ahmad Zahid berkata dalam pertemuan sama, pihaknya turut membincangkan soal memperkukuhkan akta dan perkara yang termasuk dalam penyalahgunaan hadis bertujuan memerangi kumpulan anti- hadis, menangani hadis palsu atau rekaan serta salah tafsir dalam tafsiran makna hadis. Sementara itu ditanya mengenai pandangan Harussani supaya mengkaji penyalahgunaan ayat al-Quran dan hadis oleh penceramah politik yang bertujuan memecah-belahkan ummah, beliau berkata, ayat al-Quran dan hadis tidak sepatutnya dijadikan modal untuk tujuan salah. "Ayat al-Quran seharusnya digunakan untuk kebaikan, tapi bila ayat ditafsirkan untuk menyebabkan perpecahan, pergaduhan dan perkelahian, itu yang salah. "Biarpun perkara ini belum dimasukkan dalam akta, Tan Sri (Harussani) ada memaklumkan kemungkinan suatu ketika nanti ia perlu dimasukkan dalam akta supaya al-Quran tidak digunakan untuk tujuan memecah-belahkan ummah," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |