Pencak silat sesat

Pencak silat sesat


Pencak silat sesat

Posted: 06 Apr 2014 01:37 PM PDT

Seremban: Mereka menyertai sebuah persatuan silat di sekolah menengah sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum, namun terkejut apabila seni mempertahankan diri itu menyebarkan dakyah songsang dengan mempertikaikan kebenaran al-Quran.

Apabila seorang daripada pelajar terbabit yang berusia 17 tahun menyanggah kenyataan itu, guru silat terbabit terus berang lantas melempar al-Quran sebelum memijak dan membakarnya.

Itu aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daripada seorang pelajar terbabit awal tahun ini dan menyiasat mengenai ajaran sesat yang disebarkan guru persatuan silat berkenaan.

Sumber JHEAINS berkata selepas menerima aduan daripada seorang daripada pelajar terbabit, pihaknya sudah menemui pengurusan sekolah berkenaan bagi membincangkan perkara itu awal bulan ini.

Foto

SHAHRUL dan rakan, Iskandar menceritakan mengenai guru sebuah persatuan silat yang didakwa menyebarkan dakyah songsang.


Menurutnya, siasatan awal mendapati lebih 10 pelajar sekolah itu menyertai persatuan silat di sekolah mereka sebagai aktiviti kokurikulum.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Malang si adik

Posted: 06 Apr 2014 01:35 PM PDT

Kepala Batas: Niat murni seorang kanak-kanak perempuan membantu ibu bapanya membersihkan rumah bertukar menjadi igauan buruk apabila dia berdepan risiko buta sebelah mata akibat terkena kayu.

Kejadian berlaku pada jam 6 petang, 12 Mac lalu ketika mangsa, Nur Syazrina Asfa Adnan, 5, bersama abangnya, Muhammad Syafi Akif, 7, membersihkan kawasan rumah mereka di Taman Bertam Indah, dekat sini.

Ketika itu, ibu bapa mereka Sabrina Abdul Kasim, 35, dan Adnan Salleh, 35, sedang membersihkan sampah tidak jauh dari tempat dua beradik itu berada.

Sabrina berkata, sebelum itu, Nur Syazrina dan Muhammad Syafi yang baru pulang dari mengaji ingin membantu membersihkan rumah dengan membuang kayu dan ranting pokok berselerakan.

Foto

REEZAL Merican (kanan) melihat keadaan Nur Syazrina yang berdepan risiko buta sebelah mata akibat terkena kayu sambil ditemani ibunya, Sabrina di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, semalam.


"Kebetulan Muhammad Syafi sedang memegang kayu sepanjang kira-kira 0.4 meter untuk dibuang dan apabila dia berpaling, Nur Syazrina berada di sebelah menyebabkan kayu tertusuk pada mata kirinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Isyarat tersekat

Posted: 06 Apr 2014 01:33 PM PDT

Kuala Lumpur: Faktor bateri lemah mungkin menjadi punca membataskan tempoh isyarat akustik yang diterima sebuah kapal milik Tentera Laut China, kelmarin, kerana isyarat ping itu dikesan hanya selama 90 saat.

Pakar Ukur Hidrografi dan Pemetaan Dasar Laut, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Mohd Razali Mahmud berkata, isyarat ping yang dikeluarkan kotak hitam lazimnya dihantar secara berterusan sehingga hayat bateri alat berkenaan tamat.

"Isyarat akustik yang dikeluarkan tidak terhad untuk suatu jangka masa saja, tetapi ia dihantar setiap detik dan isyarat yang dihantar akan diterima oleh pengesan 'ping' (Pinger Receiver) menerusi frekuensi 37.5 kHz.

"Frekuensi berkenaan adalah gelombang piawaian yang digunakan oleh mana-mana kotak hitam di dalam pesawat dan ia akan terus menghantar ping sehingga jangka hayat bateri tamat," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Foto

HELIKOPTER A S-70B-2 Seahawk (Tiger 75) turun ke dek kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Toowoomba untuk mendapatkan bekalan, semalam.


Agensi berita Xinhua, kelmarin, melaporkan sebuah kapal perang China, Haixun 01 menerima satu isyarat akustik dalam frekuensi 37.5kHz, namun hanya kira-kira 90 saat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Beri peluang muka baru

Posted: 06 Apr 2014 10:44 AM PDT

Kuala Lumpur: "Sendiri mahu ingatlah dan tolonglah nilai kemampuan sendiri. Jika rasa tidak mampu memikul tanggungjawab, jangan bertanding kerana ia hanya buang masa."

Itu luahan dilontarkan kumpulan penyokong tegar bola sepak negara 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ)' kepada calon yang akan bertanding pada pemilihan Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-50 bagi penggal 2014-2018, 25 Mei ini.

Mereka turut meminta Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah tidak bertanding dengan memberi laluan kepada muka baru yang lebih berani serta memiliki visi memartabatkan kembali bola sepak negara di peta dunia.

Jurucakapnya, Al Fadli Awaludin berkata demikian selepas dilaporkan kemungkinan besar Sultan Ahmad Shah bakal mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 1984 pada pemilihan kongres kali ini.

Foto

CHEN Long gagal tandingi Chong Wei.


"Sudah lama presiden sekarang memimpin FAM. Semakin lama bola sepak negara kita semakin teruk dan parah. Bagilah peluang kepada muka baru pula.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07

Masih ligat menyanyi

Posted: 06 Apr 2014 08:17 AM PDT

Tanggal 1 Januari lalu menjadi detik paling mengujakan buat penyanyi Noryn Aziz apabila penantiannya untuk bergelar ibu menjadi realiti selepas disahkan hamil.

Noryn berkata, dia baru pulang bercuti dengan suami, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah dan melakukan ujian kehamilan selepas lewat datang bulan lebih seminggu.

"Selepas dimaklumkan berita gembira itu, saya merahsiakannya daripada suami kerana tidak mahu kecewa apabila dua tahun lalu pernah mengalami keguguran, tetapi saya hanya mampu menyimpan rahsia selama sehari saja.

"Kerana mahu memastikan saya benar-benar hamil dan bukan bermimpi, saya melakukan ujian kehamilan hingga 10 kali sehari termasuk menggunakan 'digital pregnancy test'. Yang lucunya, selama dua minggu setiap hari saya melakukan ujian kehamilan dan selepas hampir sebulan barulah saya mendapat–kan pengesahan doktor.


"Alhamdulillah, doktor mengesahkan ketika itu kandungan saya berusia sebulan lebih," kata wanita berusia 37 tahun ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/07