Sambung solat lepas bunuh

Sambung solat lepas bunuh


Sambung solat lepas bunuh

Posted: 01 Apr 2014 11:50 AM PDT

Johor Bahru: Seorang lelaki yang mengelar leher rakannya sehingga mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid di Tampoi, di sini, sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.

Dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Difahamkan, kedua-dua lelaki itu bekas pesakit mental di Hospital Permai, di sini, dan hanya mereka berdua berada di saf paling belakang ketika solat, menyebabkan apa yang berlaku tidak disedari jemaah lain.

Seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa dan suspek mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka turut disedari jemaah lain.

Foto

ISTERI mangsa mengiringi jenazah suaminya ketika dibawa ke Kuantan, Pahang untuk dikebumikan.

Foto

MASJID tempat kejadian lelaki dibunuh ketika solat Maghrib berjemaah.


"Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia berlarutan sehingga ke waktu solat Maghrib dan akhirnya menyebabkan kematian seorang daripada mereka," katanya yang turut menunaikan solat Asar dan Maghrib berjemaah bersama suspek serta mangsa, sebelum kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/02

Tiada perkara mustahil

Posted: 01 Apr 2014 11:43 AM PDT

Kuala Lumpur: Harapan untuk mengesan kotak hitam penerbangan MH370 di Lautan Hindi tetap ada walaupun sesetengah pihak termasuk saintis laut dalam berpendapat ia seolah-olah mustahil.

Pakar Ukur Hidrografi dan Pemetaan Dasar Laut, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Mohd Razali Mahmud berkata, peluang untuk menemui kotak hitam itu tetap ada dengan syarat serpihan atau objek milik MH370 ditemui.

Menurutnya, langkah paling penting sekarang ialah mengecilkan kawasan pencarian, sekali gus membantu usaha melakukan imbasan dasar laut.

"Untuk mengecilkan kawasan pencarian, serpihan atau objek dicerap satelit sebelum ini perlu ditemui dan disahkan milik MH370.

Foto

PEGAWAI Pemerintah kapal KD Lekiu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Jamsari Tahir (tengah) meninjau bilik kawalan pusat teknikal di pangkalan HMAS Stirling Rockingham, Australia, semalam.


"Walaupun jangka hayat bateri kotak hitam berakhir, kita masih mempunyai harapan jika objek atau serpihan ditemui disahkan sebahagian daripada MH370," katanya yang dihubungi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/02

Peragut panik dalam lubang

Posted: 01 Apr 2014 11:29 AM PDT

Kuala Lumpur: "Tolong selamatkan saya." Itu jeritan lelaki berusia 28 tahun selepas terperangkap dalam lubang di Sungai Klang berhampiran Pasar Seni di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari, lelaki berasal dari Pekan, Pahang itu dilaporkan terjun ke dalam sungai berkenaan untuk bersembunyi apabila dikejar orang ramai selepas meragut beg tangan milik seorang wanita berusia 35 tahun juga kakitangan sebuah bank di kawasan berkenaan.

Menurut sumber, suspek menjerit meminta pertolongan daripada mangsa dan beberapa orang awam lain bagi membantu mengeluarkannya daripada lubang berkenaan selepas kakinya tersangkut. Suspek dilaporkan panik apabila air sungai berkenaan tiba-tiba naik mendadak.

"Mangsa yang bersimpati dengan nasib penjenayah terbabit segera menghubungi polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum usaha mengeluarkan lelaki terbabit dilakukan. Usaha mengeluarkannya mengambil masa sejam sebelum lelaki terbabit terus ditahan polis," katanya.

Foto

SUSPEK dibawa keluar dari dalam lubang di Sungai Klang berhampiran Pasar Seni.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku apabila suspek meragut beg tangan mangsa yang berjalan bersama rakan di Lebuh Pasar Besar, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/02

Terjunan Nazreen berbaloi

Posted: 01 Apr 2014 10:05 AM PDT

Petaling Jaya: Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) semalam mengumumkan penerjun sensasi remaja Mohd Nazreen Abdullah dan Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sebagai pemenang anugerah 'Atlet Muda' dan 'Pasukan Paling Dinamik' 2013.

Penerjun berusia 16 tahun dari Kuala lumpur itu mencipta nama di Sukan SEA Myanmar pada Disember lalu apabila meraih dua pingat emas acara 10 meter individu dan seirama, berpasangan dengan Ooi Tze Liang.

Nazreen membuat kejutan besar dalam sukan itu dengan menampilkan persembahan jitu di peringkat antarabangsa, termasuk menduduki tempat kesembilan Kejohanan Remaja Dunia di Adelaide dua tahun lalu. Dia juga bersaing di Piala Terjun Asia di Singapura, Sukan Remaja Asia (Nanjing) dan Festival Remaja Olimpik (Sydney).

Nazreen akan menerima anugerah itu ketika Atlet Tahunan 2013 dalam majlis di Petaling Jaya Hilton esok. Acara itu akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Foto

MOHD Nazreen (kanan) penerima anugerah 'Atlet Muda'.


Sumbangan akuatik kepada negara dalam melahirkan atlet bertaraf dunia turut menyaksikan menyebabkan ASUM dianugerahkan Persatuan Paling Dinamik 2013.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/02

Rakam semula lagu Hetty Koes Endang

Posted: 01 Apr 2014 07:24 AM PDT

Pengacara, pelakon serta penyanyi Iesya Toh mengakui namanya lebih dikenali di Singapura berbanding negara sendiri.

Malah, kata pemilik nama sebenar Nor Iesyatirradiah Sanny Toh ini, bukan saja album pertamanya mendapat sambutan, dia juga tidak menang tangan memenuhi undangan persembahan di Singapura hingga sekarang.

Menurut penyanyi berdarah kacukan Thailand, Cina, Arab dan Melayu berusia 30 tahun ini, album pertamanya berjudul Impian juga mendapat sambutan daripada peminatnya di Singapura sebelum ini.

Album mini yang mempertaruhkan lagu Semanis Janji juga menjadi lagu tema drama bersiri tempatan.


Secara peribadi, kata penyanyi kelahiran Johor Bahru ini, dia berasa bangga kerana bakat seninya dihargai orang luar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/02