Tragedi MH370: Kotak hitam 3.4km dari lokasi isyarat |
- Tragedi MH370: Kotak hitam 3.4km dari lokasi isyarat
- Tragedi MH370: Dua isyarat sah dari kotak hitam pesawat
- Tragedi MH370: Ahmad Jauhari paling sesuai kendali krisis
- Syarikat awam kena tingkat kepelbagaian
- Sedia infrastruktur moden
- Laporan berniat buruk
Tragedi MH370: Kotak hitam 3.4km dari lokasi isyarat Posted: 09 Apr 2014 04:57 PM PDT Anak kapal HMAS Perth menghantar isyarat komunikasi kepada HMAS Success ketika menjalankan operasi mencari di selatan Lautan Hindi. Dr Omar Kassim Ariff Lokasi berkenaan adalah jangkaan Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Omar Kassim Ariff berdasarkan kaedah statistik dengna mengambil kira empat isyarat akustik yang dikesan Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield. |
Tragedi MH370: Dua isyarat sah dari kotak hitam pesawat Posted: 09 Apr 2014 04:30 PM PDT Perth: Dua isyarat akustik baharu berfrekuensi 33.31 kilo Hertz (kHz) yang dikesan Kapal Pertahanan Australia, Ocean Shield, kelmarin disahkan daripada kotak hitam pesawat. Walaupun ia tidak dipastikan sama ada daripada pesawat MH370, pengesahan pakar itu memberi keyakinan bahawa lokasi terakhir pesawat yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu, dapat ditentukan dalam tempoh terdekat. Beliau berkata, ia mungkin berpunca daripada bateri Peranti Pengesan Bawah Air (ULB) pada kotak hitam semakin menyusut, selain dikhuatiri berhenti memancarkan isyarat. Bateri pengesan lemah Tidak dapat dipastikan berapa lama lagi jangka hayat tambahan bateri lithium pada ULB itu mampu bertahan. Kita sedang mempergiatkan usaha supaya lebih banyak isyarat akustik dikesan. Semua isyarat akan diolah menjadi data lengkap, operasi mencari pesawat MH370 akan diperkecilkan dan lokasi ditentukan dalam tempoh terdekat ini, katanya, semalam. Ocean Shield yang membawa dron laut dalam, Bluefin-21 mengesan dua isyarat akustik Sabtu lalu, iaitu jam 4.45 petang dan 9.27 malam. Isyarat pertama didengar selama 140 minit sebelum hilang daripada sonar Towed Pinger Locator (TPL), manakala isyarat kedua bertahan selama 13 minit, selepas kapal berkenaan berpatah balik. Usaha kesan lagi isyarat Mengulas kemungkinan dron Bluefin-21 terpaksa digunakan susulan isyarat ULB semakin lemah, Houston berkata, operasi kini tertumpu kepada usaha mengesan seberapa banyak isyarat akustik sebelum bateri peranti itu kehabisan kuasa. Sementara itu, Komander Pasukan Petugas Khas Misi Mencari MH370, Komodor Peter Leavy, berkata pesawat P3 Orion Tentera Udara Australia akan ditugaskan untuk melepaskan boya sonar di kawasan pencarian dikendalikan Ocean Shield. Katanya, pesawat itu boleh membawa 84 boya yang dilengkapi hidrofon setiap kali penerbangan untuk membantu mengesan isyarat akustik kotak hitam sebelum bateri ULB kehabisan kuasa. Kemampuan boya sonar mengesan isyarat akustik terhad pada kedalaman 1,000 meter dari permukaan laut, katanya. |
Tragedi MH370: Ahmad Jauhari paling sesuai kendali krisis Posted: 09 Apr 2014 04:30 PM PDT Putrajaya: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, disifatkan sebagai individu paling tepat untuk mengendalikan krisis kehilangan pesawat MH370 ketika ini. Justeru, desakan pihak tertentu supaya beliau meletakkan jawatan sebagai tidak relevan kerana ia tidak akan menyelesaikan isu kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu, malah mungkin akan lebih merumitkan keadaan. Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata Ahmad Jauhari tidak melakukan sebarang kesalahan dalam tugasnya, maka tidak adil mendesaknya meletak jawatan. Secara kebetulan, insiden itu berlaku ketika beliau menerajui MAS. Mungkin beliau boleh meletak jawatan untuk melegakan perasaan orang (yang mendesak) tetapi adakah tindakan itu mampu menyelesaikan masalah? Cekap rangka strategi Apa yang perlu sekarang ialah mencari strategi menyelesaikan keadaan itu dan siapa yang paling tahu mengenainya? Tentulah Ahmad Jauhari. Abdul Aziz mengulas desakan beberapa pihak supaya Jauhari meletak jawatan. Wakil media asing turut beberapa kali bertanya beliau sama ada akan meletak jawatan. Namun, setakat ini, Jauhari tidak melayan desakan itu, sebaliknya menegaskan bahawa tumpuan beliau adalah untuk menyelesaikan insiden berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan. Abdul Aziz, ketika ditanya sama ada akan melakukan perkara sama, jika berada di tempat Ahmad Jauhari, beliau yang menerajui syarikat penerbangan itu ketika nahas pesawat MAS di Tanjung Kupang, Johor, pada tahun 1977, menegaskan beliau juga akan melakukan tugasnya sehingga siasatan selesai. Tegas beliau, walaupun pada awal insiden itu Ahmad Jauhari dilihatnya agak perlahan dalam mengendalikan isu itu, terbukti beliau dapat melakukannya dengan semakin baik sehingga hari ini. Justeru, saya harap Ahmad Jauhari tidak tunduk kepada sebarang desakan, sebaliknya meneruskan tugasnya. Malah, tindakan meletak jawatan jika berlaku sebarang krisis bukan budaya kita, tidak seperti di negara lain seperti Jepun dan England, katanya. |
Syarikat awam kena tingkat kepelbagaian Posted: 09 Apr 2014 04:26 PM PDT Kuala Lumpur: Pemimpin syarikat senaraian awam (PLC) digesa mempertingkat kepelbagaian dalam kepemimpinan dan pengurusan atasan bagi memberi lebih peluang kepada Bumiputera, wanita dan generasi muda berada dalam kelompok itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kajian terkini Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) terhadap PLC yang diumumkan semalam mendapati, kepelbagaian secara keseluruhannya adalah baik dari segi gender, umur dan etnik, dengan 38 peratus pembabitan wanita, 67 peratus berusia 40 tahun ke bawah dan komposisi etnik menyamai penduduk dengan Bumiputera menguasai 66 peratus jumlah tenaga kerja. Perdana Menteri berkata, berdasarkan data tahun 2013, hanya lapan peratus ahli lembaga pengarah syarikat awam terdiri daripada wanita berbanding sasaran 30 peratus menjelang tahun 2016. Walaupun lebih 700 wanita dilatih di Institut Antarabangsa NAM khusus untuk pembangunan dan memperkasakan wanita (NIEW) pada tahun 2012 dan tahun 2013, setakat ini hanya 115 penempatan dibuat dalam syarikat awam. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Posted: 09 Apr 2014 04:24 PM PDT Dubai: Bagi menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bagi pelajar Asia Barat, negara mesti menyediakan kemudahan terbaik dalam bidang itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, kehadiran 25,000 pelajar Asia Barat di Malaysia, menunjukkan negara menjadi tumpuan dalam bidang itu. Kita mahu menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi untuk rantau Asia Barat dan ramai yang berminat untuk menyertai program kita di Malaysia atau menjalin kerjasama antara institusi pendidikan. Kita mahu Malaysia menyediakan kemudahan pendidikan terbaik di peringkat yang tinggi sekali, katanya pada sidang media di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Dubai (DICEC) di sini, semalam. Rasmi pameran pendidikan Terdahulu, beliau melakukan kunjungan terhadap Menteri Kebudayaan, Belia dan Pembangunan Masyarakat Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Nahyan Mubarak Al Nahyan dan Menteri Pendidikan Humaid Mohammed Al Qatawi. Pameran berkenaan menampung 27 universiti awam dan swasta dan institusi pendidikan tinggi dari Malaysia, termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nottingham University Malaysia dan Sunway. Malaysia menyertai GETEX sejak tahun 2004. Muhyiddin berkata, Malaysia mempunyai tarikan tersendiri kerana ia menawarkan pendidikan berkualiti dengan yang kompetitif dengan suasana kondusif. Katanya, dalam pertemuannya dengan Sheikh Nayan, UAE berbangga kerana Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara itu dalam bidang pendidikan. Hantar ramai pelajar Beliau berkata, sehingga kini ada 164 pelajar UAE di Malaysia yang mengambil kursus dalam sains, teknologi maklumat dan perniagaan. UAE berjanji untuk menghantar lebih ramai pelajar ke Malaysia. Mereka juga mahu Malaysia menghantar pelajar ke negara ini bagi meneruskan pelajaran. Sebab itu kita mahu adakan perjanjian jangka panjang bagi memanfaat bersama, katanya. |
Posted: 09 Apr 2014 04:19 PM PDT Kuala Lumpur: Ketua Audit Negara (AG) Tan Sri Ambrin Buang menyanggah laporan The Edge yang disifatkan sebagai berniat buruk kerana menggambarkan beliau sebagai tidak berpuas hati dengan prestasi pelaburan luar negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Meluahkan tidak puas hatinya terhadap lidah pengarang akhbar itu, Ambrin berkata, laporan itu tidak tepat sama sekali kerana dalam Laporan Audit Negara 2013 yang dibentangkan semalam, beliau sebenarnya memuji KWSP kerana kaedah yang menguntungkan yang dilaksanakannya dalam mengurus pelaburan hartanah di luar negara. Selar The Edge Saya benar-benar tidak bersetuju dengan laporan oleh wartawan The Edge kerana saya tidak pernah sekalipun dalam pertemuan atau perbincangan dengan anggota PAC menyebut ketidakpuasan saya mengenai pelaburan KWSP, katanya dalam surat kepada The Edge. Ambrin selanjutnya berkata, laporan itu jelas sekali tidak tepat dan tidak sewajarnya melaporkan kononnya timbul kebimbangan berhubung pelaburan KWSP di luar negara. The Edge dalam laporan bertajuk AG Raises Alarm Over EPFs Overseas Investment (AG bangkitkan kebimbangan berhubung pelaburan KWSP luar negara) mendakwa Ambrin telah meminta bantuan PAC untuk menyiasat peningkatan pelaburan hartanah KWSP di luar negara. Bagaimanapun, Ambrin berkata beliau dengan jelas menyatakan dalam laporannya bahawa pendapatan kasar KWSP dalam pelaburan hartanah meningkat 91 peratus kepada RM1.14 bilion pada 2013, berbanding RM596 juta pada tahun sebelumnya. Untuk pengetahuan anda, prestasi baik KWSP ini sebenarnya disiarkan oleh banyak akhbar seperti The Star, Utusan Malaysia, BH, Malaysian Insider (portal berita) dan banyak lagi. KWSP adalah sebuah daripada agensi kerajaan yang mengutamakan kepentingan awam dan keyakinan orang ramai tidak harus terhakis dengan laporan berniat buruk oleh The Edge, katanya dalam surat itu. Beliau mendesak akhbar itu membuat pembetulan mengenai laporan awalnya itu. BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |