Suriku cabut lari

Suriku cabut lari


Suriku cabut lari

Posted: 21 Apr 2014 12:09 PM PDT

Ipoh: "Dia beri saya harapan untuk menjadi pasangan hidupnya. Dia kata dia benar-benar sayang menyebabkan semua kehendaknya saya turuti.

"Beberapa bulan berkenalan dengannya, saya tidak mensyaki apa-apa hingga habis wang simpanan ribuan ringgit diberikan kepadanya dengan alasan mahu membuat persediaan perkahwinan nanti," kata Hanif (bukan nama sebenar) yang impiannya musnah untuk mengahwini seorang wanita yang dikenali menerusi Facebook sejak Jun tahun lalu.

Bukan hanya terperdaya dengan janji-janji manis wanita berusia 23 tahun itu, Hanif, 23, turut mendakwa mengalami kerugian lebih RM10,000 membabitkan wang tunai serta barang kemas.

Detik awal perkenalan mereka, semua perkara dilalui begitu indah dan membuatkan dirinya yakin wanita itu benar-benar mahu menjadi suri hidupnya.

Foto

WARTAWAN mendengar keluhan Hanif ditipu bakal isteri yang dikenali melalui Facebook.


Menurut Hanif, dia jatuh cinta dengan wanita berkenaan kerana sering mengambil berat mengenai hidupnya selain memiliki sikap penyayang. Ini membuatkannya mahu memperisterikan wanita yang berasal dari selatan tanah air itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/22

Madah cinta berdarah

Posted: 21 Apr 2014 11:54 AM PDT

Segamat: "Mujur saya sempat tepis, jika tidak mungkin pisau itu singgah di kepala," kata Urni, 24, yang hampir kehilangan jari kelengkeng tangan kirinya akibat diserang rakan pengkid yang cemburu buta di Dataran Segamat di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian, Urni mendakwa bertemu seorang lagi pengkid, Ila 20-an di Jalan Aji berhampiran Dataran Segamat, kira-kira jam 9 malam untuk menyerahkan telefon bimbit yang sudah diperbaiki.

Menurutnya, selepas bertemu Ila, dia duduk atas pentas utama dataran berkenaan sebelum didatangi seorang lagi kenalan pengkid dikenali sebagai Nor, 38.

"Ketika berada di atas pentas itu, Nor memanggil dan meminta saya bertemunya di padang berhampiran kononnya mahu berbincang sesuatu dan saya tanpa syak wasangka menghampirinya.

Foto

JARI mangsa yang ditetak dengan pisau oleh rakan pengkid.


"Pada mulanya, Nor bertanyakan tujuan bertemu Ila dan saya memberitahu perkara sebenar iaitu menyerahkan semula telefon bimbit wanita itu yang siap diperbaiki," katanya ketika ditemui.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/22

Penumpang puji pilot

Posted: 21 Apr 2014 11:47 AM PDT

Sepang: "Kalau saya diberi peluang bertemu juruterbang dan anak kapal, saya akan berikan mereka pelukan istimewa dan ucapan terima kasih," kata seorang penumpang, Miranda Jason Jude, 30.

Jason berasal dari Australia seorang daripada 159 penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 yang sempat ditemui media di Bangunan Satelit, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, selepas pesawat dinaiki mereka mendarat cemas kira-kira jam 1.56 pagi semalam.

Dia yang ditemui kira-kira jam 4 pagi berkata, juruterbang dan anak kapal harus diberi pujian kerana berjaya mengawal keadaan di dalam pesawat yang pada mulanya sedikit cemas.

Menurutnya, juruterbang dan anak kapal bertindak secara profesional kerana dia tidak melihat seorang pun daripada penumpang dalam pesawat panik sebaliknya kelihatan tenang menghadapi saat kritikal itu.

Foto

SEBAHAGIAN penumpang yang tiba di KLIA dibantu bagi penerbangan semula ke Bangalore, India.


"Kami berasa sangat tenang ketika berada di dalam pesawat biarpun juruterbang memaklumkan pesawat mengalami kerosakan teknikal pada gear pendaratan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/22

Sayonara Moyes

Posted: 21 Apr 2014 09:26 AM PDT

London: David Moyes (gambar) akan dipecat oleh Manchester United dalam masa terdekat dan kariernya mungkin berakhir sebelum tamat musim ini.

Pemilik United, keluarga Glazer dikatakan sudah hilang sabar dengan Moyes selepas mengharungi musim mengecewakan yang menyaksikan juara Liga Perdana Inggeris itu sekadar berada di tangga ketujuh liga.

Kekalahan terbaru 0-2 di Everton kelmarin adalah yang ke-11 direkodkan United pada saingan liga dan keputusan itu menyaksikan pemburuan mereka untuk merebut tempat di Liga Juara-Juara sudah berakhir.

Glazers dan Ketua Eksekutif United Ed Woodward dilihat cuba bersabar dengan Moyes, tetapi persembahan United dilihat semakin merundum.

Foto


Difahamkan rancangan ketika ini adalah untuk memecat Moyes pada penghujung musim ini, tetapi situasi terkini menyaksikan ia mungkin akan lebih cepat iaitu dalam tempoh beberapa hari lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/22

Selisih faham pekara biasa

Posted: 21 Apr 2014 06:38 AM PDT

Tiba-tiba saja rumah tangga penyanyi Adam dan isterinya Fiza menjadi buah mulut ramai pihak termasuk media tempatan minggu lalu. Angin bertiup kencang mengatakan Fiza mahu failkan perceraian dan ini mencetuskan tanda soal yang cukup besar terhadap pasangan yang baru berumah tangga tahun lalu.

Lalu ketika diminta komen Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, terus memberi jawapan yang menyejukkan hati.

"Rumah tangga saya masih OK dan kalau ada perselisihan yang timbul pun, itu perkara biasa dalam berumah tangga.

Apa yang boleh saya jelaskan, selepas berkahwin, bapa mentua saya jatuh sakit sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi). Selama sebulan bapa mentua saya terlantar di hospital, Fiza yang menjaganya setiap hari. Sebab itu orang jarang nampak Fiza bersama saya.

Foto

Foto

FIZA bersama Adam.


"Saya sebenarnya tak suka nak menjaja cerita rumah tangga saya kepada orang luar malah dalam Islam pun melarang kita berbuat begitu. Sekarang bapa mentua saya sudah keluar dari hospital dan Fiza terus menjaganya. Kepada semua di luar sana usahlah mendengar spekulasi dan doakanlah kebahagiaan kami berdua," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/22