Amah parah diserang anjing

Amah parah diserang anjing


Amah parah diserang anjing

Posted: 23 Apr 2014 12:02 AM PDT

Seremban: Seorang pembantu rumah warga Indonesia parah manakala dua lelaki yang cuba membantunya cedera digigit dua ekor anjing di Kampung Masjid Lenggeng, dekat sini, pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, pembantu rumah terbabit dikatakan keluar rumah untuk membeli sarapan sebelum diserang dua ekor anjing berkenaan hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian kepala, badan dan patah tangan kanan.


Mangsa dikenali Ruhimah cuba dibantu seorang peniaga nasi lemak yang menyedari kejadian itu menyebabkan lelaki terbabit turut mengalami cedera pada muka dan badan akibat digigit anjing berkenaan.

Foto

SEORANG daripada mangsa digigit anjing, Hoosni Anuar Hamid, 44, cedera pada muka dan tubuh. FOTO Raja Noraina Raja Rahim

Seorang lagi lelaki yang kebetulan melalui jalan berkenaan cuba membantu namun turut digigit menyebabkan dia nekad menembak mati dua ekor anjing berkenaan menggunakan senapang.

Berikutan kejadian itu, ketiga-tiga mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/23

14 cedera pokok tumbang

Posted: 22 Apr 2014 08:59 PM PDT

Ipoh: Seramai 14 orang cedera termasuk dua parah selepas sebatang pokok tumbang dan menimpa sebuah kedai makan di Kampung Tapah, Sungai Bayor, Selama, 7.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selama, penolong Penguasa Mohd Fadzeli Che Husin berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersarapan pagi di kedai berkenaan.

Beliau berkata, kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Selama untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Dua parah di bahagian kepala dan muka dan mungkin akan dipindahkan ke Hospital Taiping manakala yang lain cedera ringan," katanya.

Foto

KEDAI makan yang ditimpa pokok tumbang ketika mangsa bersarapan pagi. FOTO Ihsan Bomba


Menurutnya, kerja menyelamat turut dijalankan dengan kerjasama penduduk dan agensi terbabit.


Jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/23