Dipaksa jadi GRO

Dipaksa jadi GRO


Dipaksa jadi GRO

Posted: 14 Apr 2014 04:54 PM PDT

Petaling Jaya: Polis Kontinjen Selangor berjaya menyelamatkan sembilan wanita warga Filipina dipercayai dipaksa untuk menjadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dalam serbuan yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Kelana Jaya, di sini malam tadi.

Dalam serbuan jam 10.10 malam itu polis turut menahan seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan dan seorang wanita warga asing yang bekerja di premis terbabit.

Sumber berkata, sembilan wanita yang berusia antara 21 hingga 38 tahun itu dipercayai dieksploitasi oleh pemilik premis untuk bekerja sebagai GRO bagi meraih keuntungan yang besar.

"Premis ini mempunyai lesen perniagaan yang sah," kata sumber.

Foto

ANTARA wanita yang diselamatkan polis.


Sumber memberitahu dua suspek yang ditahan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerag (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut dan berkata, mereka akan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Seksyen 55B Akta Imigresen.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Dah tolong dapat talak

Posted: 14 Apr 2014 11:27 AM PDT

Oleh Muhd Izawan Baharin, Hayati Ibrahim, Amir Abd Hamid dan Mohd Husni Mohd Noor

Kuala Lumpur: "Saya sendiri terkedu diceraikan talak tiga sekali gus hanya kerana dia (bekas suami) sakit mata," kata seorang ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Nora ketika menceritakan rumah tangganya musnah berpunca daripada sebab yang tidak masuk akal.

Nora, 27, berkata, dalam kejadian pada 2006 itu, bekas suaminya mengalami sakit mata lalu meminta pertolongannya menyapu ubat diambil di sebuah klinik.

"Dia menyuruh saya menggunakan putik kapas untuk menyapu ubat mata. Pada mulanya saya teragak-agak, tetapi tetap patuh.

"Tiba-tiba dia menjerit sakit dan kami bertengkar sebelum dia melafazkan cerai talak tiga sekali gus," katanya yang ditemui semalam.

Foto


Sebaik cerai dilafazkan, kata Nora, dia yang tinggal di rumah lelaki itu di Kedah segera membawa dua anaknya yang masih kecil ketika itu ke rumah ibu bapa di Perak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Maktab Mahmud berapi

Posted: 14 Apr 2014 11:27 AM PDT

Alor Setar: "Sejurus terhidu bau hangit saya bergegas keluar dari bangunan dan terkejut melihat kepulan asap dari satu bilik asrama lelaki.

"Saya terus memaklumkan kejadian itu kepada guru di kantin sebelum berlari semula ke bilik peperiksaan untuk menyelamatkan beberapa dokumen dan komputer riba," kata Setiausaha Peperiksaan Maktab Mahmud Alor Setar di sini, Badrul Hisham Abd Rahman, 36.

Dalam kejadian pada jam 11.15 pagi semalam, sebuah bilik asrama menempatkan 25 pelajar lelaki di bangunan dua tingkat, musnah terbakar dipercayai akibat litar pintas.

Difahamkan, bangunan berusia lebih 50 tahun itu menempatkan ruang koperasi, dewan makan dan bilik rekod peperiksaan di bahagian bawah manakala tingkat atas menempatkan asrama yang boleh menampung 100 pelajar.

Foto

ANGGOTA bomba memeriksa bilik asrama pelajar lelaki yang hangus dijilat api, pagi semalam.


Badrul Hisham berkata, ketika kejadian dia berada dalam bilik rekod peperiksaan apabila terhidu bau hangit lalu bergegas keluar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Giliran kapal selam mini

Posted: 14 Apr 2014 11:26 AM PDT

Perth: Pihak berkuasa Australia mengambil keputusan menghantar kapal selam mini untuk menjalankan pemantauan di dasar Lautan Hindi yang belum dipetakan untuk mengesan MH370 pada kedalaman 4,500 meter selepas kehilangan isyarat kotak hitam.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata, Ocean Shield yang membawa alat pengesan ping akan menghantar kapal selam mini Bluefin-21 secepat mungkin.

"Kami tidak lagi mengesan isyarat selepas enam hari, oleh itu, ini adalah masa untuk mencari di dasar lautan.

"Kami jangkakan kapal selam itu memulakan misi petang ini (semalam)," katanya dalam sidang media semalam.

Foto

HOUSTAN (tengah) menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media, semalam.


Houston berkata, memandangkan kehilangan MH370 sudah memasuki hari ke-38, isyarat kotak hitam lenyap kerana bateri hanya bertahan selama 30 hari saja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Sedia galas tugas

Posted: 14 Apr 2014 11:25 AM PDT

Kuala Lumpur: Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah masih berteka-teki sama ada mahu mempertahankan jawatan Timbalan Presiden FAM atau berdepan ayahandanya Sultan Ahmad Shah bagi jawatan presiden.

Tanpa mahu menyatakan pendirian, Tengku Abdullah berkata, segala-galanya hanya diketahui selepas mesyuarat Exco FAM, Sabtu ini.

Namun daripada nadanya beliau memberi bayangan sedia untuk menggalas tugas lebih besar andai khidmatnya benar-benar ditagih.

"Secara jujur saya akan ikut keadaan semasa. "Kalau perlukan saya, saya tetap membantu. Kalau tak perlu, saya tetap akan bantu juga," katanya.

Foto

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kiri)


Tengku Abdullah mengaku banyak yang diperkatakan mengenai pendiriannya berhubung Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia ke-50 pada 25 Mei, tetapi beliau lebih gemar mengambil sikap berdiam diri meskipun difahamkan menerima banyak pencalonan untuk jawatan presiden.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15

Astrid tidak gentar saingan

Posted: 14 Apr 2014 07:50 AM PDT

Jiwanya begitu dekat dengan muzik berkonsepkan percintaan. Tidak hairanlah lagu-lagunya seperti Tentang Rasa dan Mendua begitu mendayu-dayu sekali apabila didengar sehingga menjadi siulan ramai anak muda.

Bagi golongan yang sedang hangat bercinta pasti akan terkesan dengan setiap nyanyian daripada penyanyi seberang, Astrid Sartiasari, 32, apatah lagi selepas popular dengan dua lagu berkenaan, pastinya mereka mahukan buah tangan terbaru daripada penyanyi ini.

Muncul dengan single Terpukau, Astrid mengakui masih mengekalkan konsep balada di mana dia sedar kelompok peminat muzik ini masih kuat walaupun semakin banyak genre muzik yang muncul kini.

Apatah lagi, kehadiran muzik rancak K-Pop yang begitu digilai ramai turut dirasai di negaranya, Indonesia sehingga di mana saja peminat sangat mengilai muzik yang datang dari Korea itu.


"Saya tidak bimbang dengan kehadiran apa jua jenis muzik Indonesia sekarang kerana saya yakin peminat muzik cinta ada pengikut�nya sendiri. Apa yang saya perlu lakukan adalah memberikan yang terbaik untuk mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/15