Blues asak Reds

Blues asak Reds


Blues asak Reds

Posted: 27 Apr 2014 09:17 AM PDT

CHELSEA masih mengancam kedudukan Liverpool di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menang 2-0 dalam aksi di Stadium Anfield, sebentar tadi.

Kedua-dua gol Chelsea dijaringkan pada masa tambahan babak pertama dan kedua perlawanan.

Kesilapan kapten Reds, Steven Gerrard yang terjatuh ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya membolehkan Demba Ba meluru ke arah pintu gol sebelum mengelirukan penjaga gol Simon Mignolet dengan tolakan tenang di celah kangkangnya bagi membuka tirai jaringan pada babak pertama.

Ketika Reds mengasak kubu Blues memburu gol penyamaan pada babak kedua, dua pemain gantian Fernando Torres dan Willian berganding kemas apabila melakukan serangan balas pantas sekali gus menghasilkan gol kedua apabila Torres mudah mengumpan kepada Willian di sebelah kanan dengan hanya Mignolet perlu ditewaskan.

Foto

PEMAIN Liverpool Luis Suarez (tengah) diasak pemain Chelsea Branislav Ivanovic. FOTO AFP

Foto

PENJARING gol kedua Chelsea Willian (kiri) berebut dengan pemain Liverpool Joe Allen. FOTO AFP

Foto

Demba Ba (tengah) menjaringkan gol pembukaan Chelsea. FOTO EPA


Kemenangan Chelsea itu sekali gus merencatkan sedikit usaha pendahulu liga Liverpool yang mengimpikan kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun.


Liverpool bagaimanapun masih unggul di puncak Liga Perdana dengan 80 mata selepas 36 perlawanan manakala Chelsea di tangga kedua, dua mata ketinggalan kepada kelab Merseyside itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/28

Lima penuntut parah bas terbalik

Posted: 27 Apr 2014 04:22 AM PDT

Kuala Lumpur: Lima penuntut dilaporkan parah apabila sebuah bas yang membawa 30 penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terbabas dan terbalik di Kilometer 25 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke selatan kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Difahamkan, kumpulan berkenaan terdiri daripada 16 penuntut lelaki dan 14 perempuan dalam perjalanan ke Bukit Cerakah bagi menyertai program sehari yang dianjurkan Kelab Fasilitator Pelajar (STUFF).

Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas berkenaan melanggar kon penanda yang diletakkan di laluan itu bagi kerja penyelenggaraan menyebabkan ia hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik di tapak pembinaan terbabit.

Penuntut lain cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Foto

Foto


Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan jam 9.42 pagi dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas dan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum operasi tamat sejam kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/27