Obama’s meeting with YSEALI a platform for Asean young leaders to voice concerns and opinions

Obama’s meeting with YSEALI a platform for Asean young leaders to voice concerns and opinions


Obama’s meeting with YSEALI a platform for Asean young leaders to voice concerns and opinions

Posted: 25 Apr 2014 07:33 PM PDT

by Ismail Amsyar Mohd Said. Posted on April 26, 2014, Saturday

KUALA LUMPUR: More than 100 Asean young leaders will share their views and opinions with the United States (US) President Barack Obama in a "town hall" meeting, an informal public meeting, to be held at a local university, here tomorrow.

The 103 participants of the Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI), an intiative launched by Obama last December, will give the US president the opportunity to have a better understanding of the younger generation of the region.

The programme is part of the US president's three-day state visit to Malaysia, starting today.

For Malaysia's Special Envoy to the United States, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, the informal meeting will be a good platform for the US president to better understand the differences between the Asean's youth and the American youth.

He said the young leaders should grab the opportunity to share their concerns, opinions and experiences about the current development or situation in their respective countries to provide a better understanding to the US president on the Asean region scenario.

"If previously, they (US) have negative perceptions towards the region, towards Islam, it is timely now for the young leaders to correct the misconceptions and let him (Obama) see the real picture," he told Bernama.

YSEALI is a new initiative by the US government, which among others seeks to augment leadership development and networking in Asean, deepen engagement with young leaders across critical sectors and strengthen people-to-people ties between US and young leaders across the region.

Meanwhile, Chief Executive Officer of the Global Movement of Moderates Foundation (GMMF), Datuk Saifuddin Abdullah, believed the more important thing is for Obama to hear the issues that concerned young people of Asean.

He said the young leaders who represented the grassroots voices, should used this rare opportunity to express their opinions and thoughts on issues that affect them.

"I think one of Obama uniqueness, as compared to the previous presidents, he is more genuine in his initiative to listen to people and we must take this opportunity because he was once brought up here and he has certain sentimental values with this region.

"I would really like to see the participants to speak their mind and not just ask questions. The problem sometimes with Asean, participants do not really share but simply ask questions and if you have to say hard stuff, by all means, say it," he told Bernama.

Saifuddin said the participants are Asean leaders of tomorrow, who probably are already involved in the decision making in their countries.

"Thus, listening to this "103 young Asean leaders is almost like listening to a whole of Asean government leaders to a certain extent," he said.

"I think Obama wants to see what young people are thinking today becausethey are from a good component of the population of Asean," he added. –BERNAMA

Print Friendly

Apple will replace some older iPhone 5 models

Posted: 25 Apr 2014 07:27 PM PDT

Apple offered to replace some older iPhone 5 smartphones with flawed on-off buttons.

The California-based company said a "small percentage" of iPhone 5 models manufactured through March of 2013 may have on-off buttons that stop working or work intermittently, in a posting on its support website.

"Apple will replace the sleep/wake button mechanism, free of charge, on iPhone 5 models that exhibit this issue and have a qualifying serial number," it said at the website.

The support web page contained instructions for iPhone 5 owners, along with a way to check serial numbers to determine if smartphones qualify for free repair.

The replacement process began Friday in the US and Canada and will begin in other countries on May 2, according to Apple. -AFP

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Nasib berbeza dua kemalangan

Posted: 25 Apr 2014 05:49 PM PDT

SEORANG guru lelaki terkorban selepas pikap yang dipandu rakannya terbabas di Kilometer 15 Jalan Selabi dekat Serian, petang semalam.

Mangsa ialah Nyadang Wong, 46, berasal dari Kampung Tangga, Serian.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Mohd Jamali Umi berkata, mangsa bersama dua lagi rakannya dipercayai dalam perjalanan dari Sekolah Kebangsaan (SK) St Philips Bugu menuju ke Kuching sekitar jam 3 petang.

"Bagaimanapun pikap jenis Toyota Hilux yang dipandu rakan mangsa hilang kawalan lalu terbabas menyebabkan mangsa yang dikatakan duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Manakala dua lagi rakan mangsa yang juga mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan.

Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kemalangan tersebut.

Sementara itu di Kuching, seorang lelaki warga emas nyaris maut apabila keretanya berlanggar dengan sebuah pikap yang dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk di Jalan Batu Kawa, malam kelmarin.

Mangsa, 60, semasa kejadian dikatakan bersama isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Singai, Bau selepas menghadiri satu majlis di Kota Samarahan sekitar jam 11 malam.

Difahamkan, semasa melalui jalan terbabit, kereta Proton Pesona mangsa berlanggar dengan sebuah pikap jenis Toyota Hilux menyebabkan bahagian hadapan kereta mangsa remuk.

Mangsa dikatakan tersepit di dalam keretanya dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba sebelum dia dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Isteri mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Manakala, pemandu pikap yang dianggarkan berusia sekitar 20-an serta dipercayai di bawah pengaruh alkohol dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Print Friendly

Disyaki melacur, wanita China dan Indonesia ditangkap polis

Posted: 25 Apr 2014 05:45 PM PDT

SIBU: Taktik menjalankan perniagaan pelacuran di seba­lik sebuah pusat spa di Jalan Emplam di sini berjaya dihidu polis apabila lima wanita warganegara China ditangkap kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran.

Dalam Ops Noda Khas yang dijalankan jam 10.30 malam kelmarin, salah seorang wan­ita asing terbabit yang beru­mur 30 tahun, ditahan ketika bersama seorang pelanggan lelaki berbangsa Cina dalam keadaan bogel.

Mereka dipercayai baharu sahaja menamatkan satu 'sesi' di atas katil memandangkan terdapat dua tiub gel jenama KY, satu pembungkus kondom jenama Durex dan satu plastik kondom yang sudah digunakan dan dibalut dengan tisu.

Wanita asing tersebut di­jangka akan disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Kes­eksaan, manakala pelanggan lelaki terbabit dibawa ke balai untuk direkod keterangan sebagai saksi dan kemudian dibebaskan.

Turut ditangkap ialah se­orang lelaki tempatan ber­bangsa Cina, 28, yang disiasat di bawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana bertin­dak sebagai penjaga premis tersebut.

Wang tunai sejumlah RM231 dipercayai hasil per­sundalan juga dirampas.

Serbuan tersebut diket­uai ASP Tega Bilong dan Inspektor Mohd Fazirul menyaksikan lima wanita warganegara China diheret ke balai untuk tujuan dokumen­tasi kegiatan pelacuran.

Dalam operasi kedua ke atas sebuah premis di Jalan Sentral pada jam 11 malam kelmarin, polis menahan seorang wanita wargnegara Indonesia, 35, ke­tika sedang melayan seorang lelaki tempatan berumur 43.

Antara yang dirampas ialah satu kondom jenama Hunter, satu beg tangan berwarna hitam dan telefon jenama iPhone 4 dan Nokia.

Seorang lagi wanita warga Indonesia, 36, juga dita­han kerana disyaki terlibat dalam kegiatan persundalan di premis tersebut.

Pada masa sama, seorang lelaki warga tempatan beru­mur 79 tahun dipercayai penjaga premis turut ditahan di bawah Seksyen 373 Kanun Keseksaan.

Empat wanita warganegara Indonesia yang menginap di premis sama turut dibawa ke balai untuk tujuan do­kumentasi, manakala wang tunai disyaki hasil persunda­lan berjumlah RM650 juga dirampas polis.

Print Friendly

Awas kedai kopi guna straw kitar semula

Posted: 25 Apr 2014 05:44 PM PDT

by Watt Zacchaeus. Posted on April 26, 2014, Saturday

SIBU: Warga Sibu dinasihat lebih berwaspada ketika menikmati minuman di kedai-kedai kopi ekoran tindakan sebuah kedai kopi di sini menggunakan penyedut minuman (straw) yang dikitar semula.

Ahli Majlis Daerah Kapit (MDK) Kaunselor Ellison Silo Bilun mendakwa beliau berasa jijik apabila mendapati sebuah kedai kopi di sini mengguna-kan straw yang digunakan berpuluh-puluh pelanggan dibasuh sebelum digunakan semula oleh pelanggan lain.

"Semasa mengunjungi kedai kopi terbabit bersama isteri, saya pergi ke tandas untuk membuang air kecil yang terletak di belakang kedai.

"Tiba di situ, saya terlihat salah seorang pekerja kedai kopi terbabit sedang memba-suh straw dalam jumlah yang banyak yang diletakkannya di dalam sebuah bekas di sinki bahagian belakang kedai.

"Saya berasa hairan, kemudian bertanya kepada pekerja terbabit apa tujuannya membasuh straw itu. Saya amat terkejut apabila pekerja terbabit memberitahu straw dibasuh itu digunakan semula.

"Alasannya kerana straw itu masih dalam keadaan bagus," ujarnya di sini, semalam.

Ellison berkata, pekerja terbabit memberitahu straw itu digunakan semula untuk pelanggan hari seterusnya yang mengunjungi kedai kopi terbabit atas arahan pemilik atau tauke kedai itu.

"Tidak mustahil kedai lain akan berbuat demikian kerana cara itu dilihat mengurangkan kos membeli straw. Kita mungkin tidak pernah melihat straw ini dibuang di tong-tong sampah kedai kopi kerana pekerja kedai kopi akan mengumpulnya di dalam satu bekas selepas digunakan pelanggan.

"Kita tidak menolak kemungkinan besar straw di-kitar semula dan tindakan itu sungguh tidak sihat dise-babkan ingin mengurangkan kos," tegasnya.

Ellison kemudian me-maklumkan kepada isterinya selepas mengetahui hal ter-babit dan kemudian mereka memesan minuman di dalam tin sahaja.

"Ini bagi mengelakkan menggunakan straw. Jika memesan minuman dalam cawan misalnya air kopi, teh dan sebagainya, kedai kopi akan meletakkan straw di dalam cawan.

"Jika memesan air dalam tin, kami berasa selesa tanpa menggunakan straw meski-pun diberikan gelas atau cawan yang diletakkan straw tanpa membuka minuman dalam tin. Berasa jijik juga bila teringatkan hal tersebut," katanya.

Ellison berkata, beliau tidak dapat membayangkan sekiranya sebelum ini pernah menggunakan straw yang dikitar semula di kedai-kedai kopi.

"Bayangkan jika seseorang itu menggunakan straw mencungkil giginya bagi membuang sisa-sisa makanan melekat di bahagian celah gigi-nya. Kemudian dibasuh bagi dikitar semula dan digunakan semula pelanggan lain.

"Ini betul-betul memberi imej yang tidak sihat malah boleh mendatangkan jangkitan penyakit," jelasnya.

Beliau berpendapat, sepa-tutnya kedai kopi membuang sahaja straw yang sudah digunakan dan menukarnya dengan yang baharu.

Justeru, beliau menggesa Persatuan Pemilik Kedai Kopi dan Restoran di negeri ini khususnya di Sibu supaya memandang serius perkara itu bagi memastikan penyediaan minuman lebih terjamin kebersihannya dan meyakinkan pelanggan berkunjung ke kedai kopi terbabit.

"Selain itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu memantau keadaan ini bagi memastikan tahap kebersihan di kedai-kedai kopi lebih terjamin seterusnya meng-elak pemiliknya mengambil kesempatan mengaut keuntungan," katanya.

Dalam perkara lain, Ellison turut mendapati beberapa buah kedai kopi di sini masih gagal menyediakan air panas untuk kegunaan merendam sudu sebelum menikmati makanan.

Katanya, air panas sangat penting bagi merendam sudu untuk menghapuskan bakteria ataupun kuman kerana sudu di kedai-kedai kopi diguna ramai pelanggan.

"Ini satu cara untuk kita mewujudkan suasana kebersihan di kedai kopi. Banyak pemilik kedai kopi masih kurang sedar akan perkara ini," jelasnya.

Print Friendly

Belum ada sebarang tangkapan

Posted: 25 Apr 2014 05:43 PM PDT

by Jeremy Lanson. Posted on April 26, 2014, Saturday

Pemilik premis disiasat, 16,133 VCD/DVD cetak rompak disita: Stanley

KUCHING: Belum ada sebarang tangkapan dibuat terhadap pihak yang men­jadi dalang kegiatan cetak rompak yang semakin ber­leluasa di negeri ini.

Bagaimanapun, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak Stanley Tan berkata siasatan terhadap kesemua pemilik premis yang diperiksa dalam Operasi Cetak Rompak (OCR) sejak 21 April lepas masih dijalankan.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan di bawah Akta Hakcipta 1987, Akta Perihal Dagangan 2011 (Label Cekera Optik), Akta Penapisan Filem 2002 dan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 2013.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari­pada RM2,000 dan tidak lebih RM20,000 bagi setiap salinan langgan atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Sementara untuk Perin­tah Perihal Dagangan 2010, denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disa­bit kesalahan," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada si­dang media berhubung ram­pasan 16,133 keping VCD dan DVD cetak rompak bernilai RM85,547 dalam OCR di Pejabat KPDNKK Sarawak di sini, semalam.

Stanley berkata, operasi serentak di seluruh negara itu adalah inisiatif kementerian untuk membanteras kegiatan cetak rompak.

Menurutnya, di Sarawak sahaja pelbagai jenis VCD dan DVD termasuk album lagu artis tempatan telah disita hasil daripada pemeriksaan ke atas 44 premis.

"Sehingga hari ini (semalam) sahaja, kita telah menyita se­banyak 16,133 keping VCD dan DVD karya muzik dan filem termasuk album dari­pada artis-artis tempatan sep­erti 'Gawai 1Malaysia,' 'Aku Bisi Nuan,' 'Gengam Jariku,' 'Panggau Pemerindang' dan banyak lagi.

"Kesemua rampasan diang­garkan bernilai RM85,574 dan kita percaya hasil dari­pada operasi kita yang bert­erusan ini nanti, akan lebih banyak lagi VCD dan DVD cetak rompak ini dirampas," ujarnya.

Turut terlibat dalam op­erasi tersebut ialah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bahagian Kawalan Penapisan dan Penguatkua­saan Kementerian Dalam Negeri, FINAS dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sehubungan itu, Stanley mengajak semua pihak teru­tama pemilik hak cipta agar tampil membuat aduan ke­pada KPDNKK dengan men­ghubungi hotline 1-800-886-800 atau talian 082-44012.

"Kepada pengguna, kita menyeru supaya menyokong usaha kerajaan untuk mem­banteras gejala cetak rompak untuk tidak membeli VCD atau DVD cetak rompak," kata Stanley.

Print Friendly