KEBAS DANA PROJEK IKAN |
- KEBAS DANA PROJEK IKAN
- Syor pegawai GLC, swasta sertai program SPRM
- Petunjuk rungkai lokasi kotak hitam
- KPDNKK mahu pastikan orang ramai faham GST
- Tunding jari tak selesai masalah keselamatan
- 'Percepat laksana IMSA'
Posted: 10 Apr 2014 04:06 PM PDT SPRM tahan 2 termasuk bekas pegawai Jabatan Perikanan Ipoh: Dua lelaki termasuk seorang bekas pegawai Jabatan Perikanan, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan insentif projek ternakan akuakultur kerajaan bernilai lebih RM10 juta. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Syor pegawai GLC, swasta sertai program SPRM Posted: 10 Apr 2014 04:06 PM PDT Putrajaya: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta disaran menghantar pegawai mereka menyertai program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata langkah itu mampu membendung jenayah rasuah dan salah laku dalam kalangan kakitangan agensi terbabit dengan lebih berkesan. Tubuh unit integriti "Biarpun pekeliling ini tidak menjangkau sektor swasta dan GLC, penubuhan unit integriti ini relevan dan perlu diwujudkan di agensi berkenaan bagi memastikan segala urusan perniagaan mematuhi prinsip amanah. "Pendekatan ini seterusnya dapat membudayakan nilai integriti di kalangan pekerja, pelanggan dan pihak berkepentingan," katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Ke-3 CeIO SPRM, di sini semalam. Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Pada majlis berkenaan, 75 graduan CeIO yang juga kakitangan pelbagai agensi kerajaan menerima sijil pengiktirafan masing-masing selepas berjaya menamatkan program yang diikuti sejak Oktober tahun lalu. "Sehubungan itu, semua ketua jabatan disaran memastikan pegawai mereka yang sudah mengikuti program CeIO ini dapat ditempatkan di unit integriti masing-masing supaya usaha pemantapan integriti dilakukan secara berterusan dan bersepadu," katanya. |
Petunjuk rungkai lokasi kotak hitam Posted: 10 Apr 2014 04:04 PM PDT Kuala Lumpur: Lokasi berakhirnya dua isyarat akustik yang dikesan pada Sabtu lalu, disifatkan seorang pakar tempatan, sebagai petunjuk penting untuk merungkai kedudukan kotak hitam pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) di dasar Lautan Hindi. Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Omar Kassim Ariff, yakin lokasi berakhir isyarat terbabit berada pada kedudukan paling hampir dengan pusat anggaran, berbanding isyarat akustik ketiga dan keempat. "Walaupun isyarat dikesan Towed Pinger Locator (TPL) yang ditunda kapal Ocean Shield itu akhirnya hilang, ia konsisten kerana dalam lingkungan pusat anggaran," katanya kepada BH, semalam. Kelmarin, BH melaporkan jangkaan Omar, bahawa kotak hitam MH370 berada pada kedudukan kira-kira 3.4 kilometer di kedudukan 100 darjah arah tenggara dari lokasi isyarat akustik kedua yang dikesan di dasar Lautan Hindi, pada Sabtu lalu. Omar menganggar lokasi itu berdasarkan kaedah statistik dengan mengambil kira empat isyarat akustik yang dikesan Ocean Shield. Perkiraan itu tidak menggunakan fungsi linear, iaitu garisan lurus untuk mengkaji kaitan setiap petunjuk sebagai panduan, sebaliknya dengan menghasilkan bulatan melalui isyarat akustik pertama, ketiga dan keempat. Mengulas kawasan pencarian MH370 paling kecil pernah direkodkan semalam, beliau berkata, Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) perlu menentukan sama ada untuk kekal menggunakan TPL bagi mengesan lebih banyak isyarat akustik atau mengaktifkan penggunaan dron laut dalam, Bluefin-21. Isyarat akustik yang dikesan TPL di luar lingkungan pusat anggaran hanya menjejaskan perjalanan operasi mencari, selain berdepan kemungkinan bateri ULB pada dua unit kotak hitam, iaitu Perakam Data Penerbangan (FDR) dan Perakam Suara Kokpit (CVR) kehabisan kuasa. "Keluasan operasi mencari kini bersesuaian untuk mula menggunakan sonar sisi pada Bluefin-21 dan melakukan pemetaan dasar lautan, sekali gus menentukan lokasi tepat kotak hitam," katanya. |
KPDNKK mahu pastikan orang ramai faham GST Posted: 10 Apr 2014 02:24 PM PDT Lumut: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memastikan orang ramai memahami dengan lebih jelas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya pada April tahun depan. Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek, berkata pihaknya juga meminta bantuan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai cukai berkenaan. Tidak boleh naik sesuka hati "Apabila GST dilaksanakan, harga produk dan barangan juga tidak boleh dinaikkan sesuka hati," katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan di Gerai Pejalan Kaki Jeti Lumut di sini semalam. Hasan juga meminta golongan peniaga supaya membuat persediaan termasuk melaksanakan program pengurangan kos sebelum GST dilaksanakan sepenuhnya nanti. Katanya, setakat ini Malaysia adalah antara dua negara terakhir dalam kalangan negara ASEAN yang masih belum melaksanakan GST. |
Tunding jari tak selesai masalah keselamatan Posted: 10 Apr 2014 02:12 PM PDT Kota Kinabalu: Tindakan menuding jari terhadap pihak tertentu susulan kes culik di Semporna minggu lalu, tidak akan menyelesaikan masalah berkaitan tahap keselamatan di perairan pantai timur Sabah. Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang berkata, semua pihak perlu mencari jalan memastikan apa juga kelemahan dan kekurangan dalam aspek kawalan keselamatan diperbaiki, khususnya membabitkan peranan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). "Sekarang bukan masa menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya usaha menyelamatkan mangsa culik secepat mungkin. Saya percaya pasukan keselamatan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina dalam perkara ini. "Pada masa sama, ESSCOM perlu mengimbas kembali apa yang sudah dilakukan selama ini dengan mana-mana kekurangan dan kelemahan, diperkukuhkan," katanya selepas pembukaan rasmi mesyuarat Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-14, semalam. Chee Kang berkata, dalam tempoh setahun lalu, ESSCOM sudah menjalankan tugas mereka dengan baik termasuk bekerjasama dengan pasukan keselamatan seperti tentera dan polis untuk menjaga perairan negara. "Kita sedar tanggungjawab menjaga perairan pantai timur Sabah sepanjang 1,400 kilometer bukan mudah. Namun, apa yang penting, berikan sedikit masa kepada ESSCOM untuk membolehkan apa juga masalah diatasi, " katanya. Ketika menuju ke bot, penculik turut membawa bersama pelancong China, Gao Huayun, 29, yang kebetulan berada di luar bilik penginapannya berhampiran bot kumpulan terbabit. |
Posted: 10 Apr 2014 01:56 PM PDT Malaysia selaku penggerak dan peneraju utama pendekatan wasatiyyah diminta mempercepatkan pelaksanaan Indeks Muqasid Syariah Antarabangsa (IMSA). Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Mohd Yusof Din, ketika membentangkan resolusi berkata, empat bahagian penting boleh dirumuskan hasil pembentangan 10 kertas kerja yang dibentang sepanjang seminar itu. "Kita perlu menekankan penerapan nilai wasatiyyah melalui pendekatan kepimpinan dan pentadbiran negara yang menjurus kepada usaha memperkukuh maqasid syariah iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda. Fahami maksud wasatiyyah "Kepemimpinan negara harus mendalami pengertian wasatiyyah secara holistik agar tidak bercanggah dengan kefahamannya berdasarkan pengalaman Malaysia," katanya. Katanya, satu garis panduan dalam soal interaksi hubungan antara umat Islam dan bukan Islam perlu disediakan bagi berhadapan pemikiran pasca modenisme berteraskan liberalisme dan pluralisme. "Aktivis politik juga perlu diberi pemahaman mengenai konsep siasah syariah yang berupaya mengelak budaya melampau dalam politik dan pelaksanaan Islam, " katanya. Katanya, turut perlu diberi pemahaman mengenai pendekatan wasatiyyah adalah jabatan kerajaan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan pentadbiran negara sejajar dengan acuan Islam. INFO: Resolusi seminar |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |