Siapa saja boleh `terbang' |
- Siapa saja boleh `terbang'
- Jualan amal 'labur' di kafe siber
- 'Rengek' plastik sampah
- Sazali atlet terbaik
- Tak mimpi jadi personaliti TV
Posted: 03 Apr 2014 01:03 PM PDT SUBANG: "Sesiapa saja memiliki komputer boleh beli perisian simulasi penerbangan dan belajar mendaratkan pesawat di lapangan terbang seluruh dunia. "Oleh itu, tuduh Zaharie terbabit dalam insiden MH370 semata-mata kerana memiliki simulator adalah tidak adil." Itu tegas Pengarah syarikat simulasi penerbangan Simflight KL Kapten Amin Said yang menganggap tuduhan dilemparkan oleh media asing terhadap juruterbang pesawat penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai tidak berasas. Katanya, satu kebiasaan bagi juruterbang profesional memiliki simulator penerbangan sendiri untuk menambah kemahiran dan pengetahuan mereka, lebih-lebih lagi bagi seorang individu yang amat berminat dalam bidang penerbangan seperti Zaharie. "Seperti seorang pemuzik ada perisian peralatan muzik yang boleh dimuatkan dalam komputer, begitu juga juruterbang dengan simulasi mereka. Ini adalah sesuatu yang normal untuk menambah kemahiran. "Saya kenal rapat dengan Zaharie ketika bersama-sama aktif bermain kapal terbang kawalan jauh lewat tahun 90-an. Dia adalah seorang yang periang dan gemar berkongsi pengetahuan dan amat serius dalam kerjayanya sebagai seorang juruterbang. PENGARAH Simflight KL, Kapten Amin Said bersama peralatan simulator penerbangan Air Bus 320. Kapten Amin Said
Pandangannya terbukti benar apabila Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa tiada sebarang bukti untuk mengaitkan Zaharie selepas pasukan siasatan meneliti cakera keras dan simulator penerbangan itu. "Log data yang dipadam adalah untuk mengosongkan ruang dalam cakera keras supaya beban komputer berkenaan dapat dikurangkan seterusnya menambah prestasi simulator berkenaan," jelasnya mengenai log data yang dipadam. Sejak siasatan terhadap insiden MH370 bermula, pasukan antarabangsa termasuk Polis Diraja Malaysia dan FBI menyiasat latar belakang peribadi kru pesawat berkenaan untuk mencari punca pesawat itu berpatah balik. Malah, siasatan juga diperluaskan kepada ahli keluarga mereka, kakitangan penerbangan lain serta pegawai dan kakitangan agensi berkenaan. VIDEO: Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03 |
Jualan amal 'labur' di kafe siber Posted: 03 Apr 2014 12:11 PM PDT Kuantan: Ketika kontroversi mengenai pusat tahfiz mereka masih belum terurai, kumpulan pelajar dari institusi di utara tanah air itu membuat onar baru pula apabila dikesan banyak menghabiskan masa di kafe siber. Malah, pemerhatian wartawan ke atas dua pelajar itu selama tiga hari di sebuah kafe siber, di sini, mendapati mereka dipercayai menggunakan wang 'jualan amal' untuk bermain permainan video. Mereka yang berusia dalam lingkungan 17 tahun didapati berpenampilan kemas dan bersongkok ketika mengutip derma dengan menjual kismis serta ubat gosok. Wartawan yang mengintip pergerakan remaja terbabit mendapati apabila kedua-duanya mahu masuk ke kafe siber, mereka didapati menukar baju kemeja yang dipakai dengan kemeja-T serta menyimpan songkok di dalam beg sandang. REMAJA mengutip derma atas nama sebuah pusat tahfiz. REMAJA ke kafe siber selepas mengutip derma.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/04 |
Posted: 03 Apr 2014 11:49 AM PDT Kapar: "Kali pertama melihat wajah bayi tidak berdosa itu yang diletakkan dalam beg, perasaan geram dan marah terus bermain dalam fikiran saya kerana masih ada manusia tergamak bertindak kejam. "Apa dosa bayi itu diperlakukan demikian dan jika tangisannya tidak didengari, tidak mustahil bayi itu dihurung semut, malah lebih teruk mungkin digigit haiwan liar," kata Jamsari Ali, 45. Jamsari adalah individu menemui bayi lelaki cukup sifat yang diletakkan dalam beg pakaian sebelum ditutup plastik sampah dan ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di Lebuh Pulau Pinang 2 di sini, Selasa lalu. Bayi berkenaan ditemui jam 10.30 pagi selepas penduduk setempat mendengar suara dari arah tempat pembuangan sampah itu yang mulanya disangkakan tangisan anak jiran tetangga. KEADAAN bayi yang dijumpai Jamsari di tempat pembuangan sampah di Lebuh Pulau Pinang 2.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/04 |
Posted: 03 Apr 2014 11:28 AM PDT Petaling Jaya: Jaguh bina badan negara, Sazali Samad dinobatkan pemenang Anugerah Atlet Terbaik SAM-100PLUS-KBS 2013 sekali gus menewaskan lima pencabar lain termasuk jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Terkejut dengan kemenangan itu, Sazali berkata dia langsung tidak menduga akan terpilih kerana lebih ramai lagi atlet jauh lebih hebat. Namun dengan gelaran juara Mr Universe sebanyak sembilan kali, kejayaan Sazali tidak lagi perlu dinafikan dan dia kini bersiap memburu gelaran ke-10 di Mumbai, India, November ini. Calon lain adalah Chong Wei, Datuk Nicol David (skuasy) Ho Mun Hwa, Diana Bong Siong Lin (wushu), dan dua penerjun, Pandelela Rinong serta Leong Mun Yee. SAZALI (dua dari kanan) mempamerkan trofi dimenanginya di samping Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (dua dari kiri), semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/04 |
Posted: 03 Apr 2014 08:04 AM PDT Sudah terlalu biasa memakai sut dan bertali leher, agak sukar untuk memujuk pembaca berita TV3 Mohd Saiful Nizam Ismail, 32, meninggalkan imej korporatnya itu buat seketika supaya dia tampil lebih santai dan relaks dalam sesi fotografi bersama RAP, baru-baru ini. Dia kelihatan kekok apabila diminta menggayakan 'jeans' dan kemeja-T kerana katanya sudah lebih tujuh tahun dia menggalas tugas sebagai pembaca berita dalam Buletin Utama TV3, sut lengkap bertali leher sudah menjadi seperti pakaian rasminya. Bagaimanapun pada sesi fotografi kali ini, RAP mahu Saiful menampilkan sisi lain dirinya daripada kebiasaan dilihat penonton Buletin Utama, Saiful terpaksa akur dan ternyata pujukan itu tidak sia-sia kerana dia berjaya menonjolkan bakat terpendamnya. Jejaka yang dilahirkan di Changlun, Kedah ini mampu 'berposing' persis model dan pengalamannya berhadapan lensa kamera setiap hari di bilik berita dengan segera melenyapkan rasa gementarnya apabila dia beraksi depan lensa juru gambar The New Straits Times Press (NSTP) Munira Abdul Ghani.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |