Risiko tinggi misi mencari |
- Risiko tinggi misi mencari
- Kewibawaan kita tangani tragedi dipuji
- Najib ke Perth tinjau operasi cari MH370
- Abbott sokong penjelasan Najib mengenai pesawat
- ‘Saya tidak pernah beri kenyataan’
- Aishah bidas laporan Daily Mail
Posted: 31 Mar 2014 04:07 PM PDT ANGGOTA TUDM melepaskan satu daripada enam boya untuk mengukur arus Lautan Hindi ketika misi mencari MH370, semalam. - Foto Effendy Rashid caption image PERDANA Menteri Australia, Tony Abbott, diiringi oleh Komander Kumpulan RAAF, Craig Heap, ketika tiba di Pangkalan RAAF Pearce untuk bertemu dengan petugas operasi mencari pesawat MH370 Penerbangan Malaysia di selatan Lautan Hindi, pagi semalam. - Foto Effendy Rashid Mencari sebuah pesawat yang terhempas di Lautan Hindi, yang terbentang luas dan ganas, bukan semudah yang disangka. Penerbangan pesawat C-130H Hercules TUDM dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce di sini, mengambil masa tiga jam. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Kewibawaan kita tangani tragedi dipuji Posted: 31 Mar 2014 03:58 PM PDT Putrajaya: Timor Leste dan Indonesia memuji cara Malaysia menangani tragedi MH370 yang menurut mereka, dilaksanakan secara berkesan. Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao, berkata Malaysia harus menerima 'tepukan' kerana mengetuai pencarian membabitkan pelbagai negara bagi mengesan pesawat terbabit. Indonesia puas hati operasi mencari Penasihat Khas Menteri Luar Indonesia, Wiwiek Setyawati Firman pula menyifatkan gerakan oleh Malaysia amat sistematik dan memuaskan hati dalam operasi mencari pesawat yang turut dinaiki tujuh rakyat negara itu. "Malaysia berjaya mempamerkan kewibawaan menangani saat yang begitu kritikal walaupun pada masa sama, berdepan kecaman pihak lain. Kami berpuas hati kerana Malaysia memberi semua kerjasama dan perkembangan yang diperlukan. Kerajaan kami sentiasa bersedia menyalurkan apa saja aset diperlukan misi mencari ini," katanya selepas kunjungan hormat kepada Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di sini. Diminta mengulas dakwaan panggilan telefon dibuat penumpang Indonesia ketika kejadian, beliau berkata, ia tidak dapat disahkan. |
Najib ke Perth tinjau operasi cari MH370 Posted: 31 Mar 2014 03:57 PM PDT Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak akan ke Perth, Australia esok bagi meninjau operasi mencari MH370 di negara itu. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Perdana Menteri memutuskan melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Udara Pearce bagi melihat sendiri operasi. Misi mencari pesawat MH370 sejak dilancarkan, disertai 26 negara dengan pelbagai aset canggih, termasuk pesawat P8 Poseidon milik Amerika Syarikat. Dalam perkembangan berkaitan, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan ke Hawaii untuk menyertai United States Pacific Command selepas sidang media, semalam. Kongsi maklumat terkini "Bagi pihak kerajaan, saya akan berkongsi dengan rakan ASEAN dan kerajaan Amerika Syarikat mengenai perkembangan terkini MH370. Saya juga akan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan ASEAN dan Amerika Syarikat untuk bantuan mereka yang tidak ternilai dalam usaha pencarian" katanya. |
Abbott sokong penjelasan Najib mengenai pesawat Posted: 31 Mar 2014 03:50 PM PDT Kuala Lumpur: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menyokong pandangan Datuk Seri Najib Razak bahawa MH370 berakhir di Lautan Hindi. "Berdasarkan bukti dikumpulkan mendapati pesawat itu telah hilang di kawasan selatan Lautan Hindi," katanya di pusat koordinasi pencarian pesawat itu di pangkalan tentera udara Australia di Perth. Pada 24 Mac lalu, Najib mengumumkan berdasarkan analisis maklumat satelit dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), penerbangan MH370 'berakhir di selatan Lautan Hindi.' Tak sebut terhempas Sementara itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menegaskan Najib tidak pernah menyebut perkataan merujuk kepada 'terhempas' atau 'tiada yang terselamat' ketika mengumumkannya. Sebahagian tuntutan antara lain mendesak Malaysia meminta maaf kepada keluarga penumpang dari China atas kenyataan yang mengguris hati mereka. "Laporan itu antara lain menyebut Perdana Menteri dan kerajaan ada menyebut pesawat terhempas dan tiada penumpang atau anak kapal terselamat. Ini sama sekali tidak benar. Tidak ada sekalipun ada disebut perkataan terhempas atau tiada yang terselamat ketika pengumuman dibuat," katanya menjawab soalan wakil media asing semalam. |
‘Saya tidak pernah beri kenyataan’ Posted: 31 Mar 2014 03:49 PM PDT Shah Alam: Naib Presiden Persatuan Juruterbang Malaysia, Kapten Abdul Manan Mansor, tidak pernah dihubungi oleh The Daily Mail atau memberi kenyataan mengenai juruterbang Penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah. Beliau juga menafikan ada memberi kenyataan bahawa Zaharie, 53, mengalami gangguan psikologi ekoran masalah rumah tangga seperti yang disiarkan MailOnline iaitu portal online The Daily Mail. "Ada ramai juruterbang berdaftar di Malaysia, lebih 4,000 dan tidak mustahil untuk ada antara kami tidak pernah bertemu," katanya ketika dihubungi, semalam. Portal berita antarabangsa berpangkalan di United Kingdom itu melaporkan, Manan dalam satu sesi temu bual bersama MailOnline mendakwa Zaharie mengalami gangguan psikologi. Anak luah kekecewaan Sebelum ini, anak kepada juruterbang MH370, Aisyah Zaharie, 28, menyatakan kemarahan dan kekecewaan dengan laporan portal berita luar negara, MailOnline yang didakwa memfitnah. |
Aishah bidas laporan Daily Mail Posted: 31 Mar 2014 03:48 PM PDT Kuala Lumpur: Aishah Zaharie, anak perempuan Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MH370 yang masih hilang, membidas laporan Daily Mail yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu. "Kepada Daily Mail, anda patut menimbang untuk membuat filem memandangkan anda memang cekap mengada-adakan cerita dan skrip. Semoga Tuhan merahmati jiwa anda. Dakwa keliru, terganggu Semalam, Daily Mail memaparkan tajuk berita 'Anak perempuan akui Kapten MH370 Kelihatan Keliru dan Terganggu'. Pada 8 Mac, penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi menuju ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal, sebelum hilang daripada radar sejam kemudian. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |