15,000 GULUNG TIKAR |
- 15,000 GULUNG TIKAR
- Sistem pendidikan, keselamatan diutama
- ICAO periksa tahap keselamatan klia2
- Kawasan operasi dikecilkan
- TLDM tambah 12 bot perkasa perairan Sabah
- 'Usah terpengaruh tawaran taraf warganegara asing'
Posted: 12 Apr 2014 03:07 PM PDT Import lembu kurang jejas industri ternakan, harga daging melambung Kuala Lumpur: Krisis kekurangan lembu dan daging segar dijangka mula dirasai di Lembah Klang Jun ini dengan peniaga di beberapa negeri menaikkan harga daging segar sejak sebulan lalu. Ikuti berita penuh dalam BHAhad hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Sistem pendidikan, keselamatan diutama Posted: 12 Apr 2014 02:58 PM PDT PPPM bantu pelajar hadapi cabaran global, pupuk nilai positif Dubai: Malaysia akan terus memperbaiki sistem pendidikan dan meningkatkan aspek keselamatan dalam usaha untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
"Kami berharap mempunyai 200,000 pelajar antarabangsa menjelang 2020 dengan sektor pengajian tinggi menyumbang antara RM34 bilion dan RM61 bilion kepada pendapatan negara kasar pada masa itu," katanya ketika Majlis Makan Malam dengan diaspora Malaysia di sini, malam tadi. |
ICAO periksa tahap keselamatan klia2 Posted: 12 Apr 2014 02:54 PM PDT Sepang: Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan melakukan pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), esok. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata langkah itu bagi memastikan keselamatan klia2 menepati piawaian yang ditetapkan, selain menjawab dakwaan beberapa pihak yang masih mempertikaikan keselamatan lapangan terbang itu. Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Kabinet kelmarin, selepas mengambil kira kebimbangan yang disuarakan orang ramai berhubung aspek keselamatan berkenaan. "Sebelum ini, 57 konsultan tempatan melihat isu ini, selain Bomba dan Jabatan Penerbangan Awam, malah pasukan bebas yang dilantik kerajaan, Ikram Premier Consulting (Ikram) turut melaporkan bahawa tidak ada isu keselamatan (yang berbangkit di klia2). "Bagaimanapun, perkara ini masih digembar-gemburkan. Jadi, apa lagi yang perlu kita lakukan untuk membuktikan kepada orang ramai mengenai konteks keselamatan ini? "Kalau laporan Ikram yang dibuat secara bebas masih tidak cukup, ICAO sudah bersetuju untuk menghantar wakil mereka bagi melihat aspek keselamatan klia2," katanya selepas melawat klia2 di sini, semalam. Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid dan Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Operasi) MAHB, Datuk Azmi Murad. Berhubung masalah landasan, tempat parkir pesawat dan taxiway yang dibangkitkan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia sebelum ini, Hishammuddin berkata perkara itu boleh diperbaiki secara berperingkat. |
Posted: 12 Apr 2014 02:42 PM PDT Perth: Dalam tempoh 24 jam, kawasan pencarian MH370 dikecilkan daripada 46,619.8 kilometer persegi kepada 93.24 kilometer persegi, satu kemajuan dramatik dalam pencarian di mana pesawat Boeing 777 itu terhempas. Semuanya kerana kecekapan kapal perang Australia, Ocean Shield. Geoffrey Thomas, ketua pengarang majalah AirlineReview.com, memberitahu sebuah stesen radio di sini, peranti pengesan isyarat 'ping' yang ditunda kapal Australia dengan kelengkapan khas itu membolehkan pakar yang menaiki kapal perang British HMS Echo mengkelaskan data dan mendapatkan lokasi lebih tepat di mana empat isyarat 'ping' dikesan dari dasar laut. "HMS Echo melakukan imbasan radio. Satu isyarat gema dilakukan di sepanjang dasar lautan dan mereka mendapat maklum balas positif yang mungkin memberi petunjuk di mana letaknya bangkai pesawat," kata Thomas. Sesuatu yang pasti ialah, sejak Ocean Shield sampai ke kawasan pencarian terletak kira-kira 2,590 kilometer di barat laut di sini, pencarian itu memberi hasil yang produktif. Selepas beberapa minggu laporan palsu berkenaan serpihan terapung dikesan satelit, secara tiba-tiba perbualan mengenai pencarian serpihan terhenti dan perhatian terarah kepada Ocean Shield dan pengesan ping yang ditunda, bergerak dalam lautan, 1.6 kilometer di bawah kapal. - AFP |
TLDM tambah 12 bot perkasa perairan Sabah Posted: 12 Apr 2014 02:36 PM PDT Kuching: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Wilayah Laut 2 akan menerima 12 bot CB 90 baharu sebagai tambahan dalam usaha memperkasakan aset pertahanan terutama di kawasan perairan timur Sabah. Penambahan aset itu dilihat penting dalam menambah baik operasi pemantauan dan penahanan ribuan bot kecil yang berulang alik di kawasan perairan itu yang bersempadan dengan selatan Filipina, bagi tujuan siasatan. Operasi geledah bot "Bagi memastikan kawasan kepulauan di bahagian timur Sabah kekal selamat, kita sudah pun menggerakkan bot CB 90 bagi memintas sebanyak mungkin bot kecil dan melaksanakan operasi menggeledah ke atas mana-mana bot yang dikategori sebagai mencurigakan. "Setiap hari, lima operasi pemantauan dikerah melakukan operasi membabitkan tujuh kapal dan empat bot. Semua bot ditugaskan ke kawasan timur Sabah," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-6 Persatuan Bekas TLDM Cawangan Sarawak, di Serian dekat sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan susulan TLDM berikutan kejadian penculikan dua warga asing di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum di Semporna, Sabah, pada 2 April lalu. |
'Usah terpengaruh tawaran taraf warganegara asing' Posted: 12 Apr 2014 02:35 PM PDT Bagan Datoh: Rakyat Malaysia di luar negara dinasihatkan tidak mudah terpedaya hasutan pembangkang atau menerima tawaran mana-mana syarikat yang menjanjikan taraf kerakyatan negara asing. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata rakyat Malaysia yang melucutkan kewarganegaraan sukar mendapat kembali taraf kewarganegaraan negara ini selaras dengan Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. "Jangan sekali-kali mudah melucut kewarganegaraan, jangan benci pada negara ini dan terjebak dengan kebencian kononnya berhijrah ke negara luar dan ada syarikat yang menguruskan kewarganegaraan (negara lain)," katanya selepas merasmikan program 'Jom Sihat' anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) di Kampung Tanjung Bayan, di sini semalam. Bakat diperlukan Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, berkata kerajaan juga akan mempermudahkan urusan kepulangan mana-mana rakyat Malaysia yang mempunyai Pas Residen untuk bekerja atau belajar di luar negara serta berhasrat kembali ke tanah air untuk menjadi tenaga profesional. Katanya, ini kerana rakyat Malaysia yang diiktiraf sebagai tenaga profesional dianggap sebagai bakat yang diperlukan untuk pembangunan negara. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |