Karpal Singh meninggal dunia

Karpal Singh meninggal dunia


Karpal Singh meninggal dunia

Posted: 16 Apr 2014 03:49 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran parti DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, 73, maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Perak kira-kira jam 1 pagi tadi. Turut terbunuh seorang pembantu manakala anaknya dan pemandu dilaporkan cedera parah.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard dinaiki Karpal merempuh belakang sebuah lori yang dipandu perlahan menyebabkan kerosakan teruk pada kereta MPV berkenaan.

Anak mendiang, Gobind Singh Deo mengesahkan kejadian itu menerusi laman Twitter peribadinya kira-kira jam 3.40 pagi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/17

Bayangan maut

Posted: 16 Apr 2014 03:49 PM PDT

Kuantan: "Saya hanya terbayang maut selepas pintu pagar gelongsor seberat hampir 50 kilogram (kg) terbalik dan menghempap kaki," kata Tan Chee Hau, 32.

Pekerja kilang makanan ringan itu patah kedua-dua kaki akibat dihempap pintu pagar besi di premis tempat dia bekerja di Bandar Indera Mahkota 3 di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dengan bantuan bapanya yang turut bekerja di kilang berkenaan untuk rawatan.

Menceritakan kejadian, Chee Hau berkata, dia berjalan untuk keluar dari kilang selepas selesai waktu bekerja dan melalui ruang pintu pagar besi itu yang terbuka sedikit.

Foto

Foto

PINTU pagar yang menghempap Chee Hau.


Katanya, ketika cuba mencelah melalui ruang berkenaan, pintu pagar besi itu tiba-tiba terbalik dan menghempap kedua-dua kakinya sehingga patah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/17

Bluefin-21 hadapi masalah teknikal

Posted: 16 Apr 2014 03:48 PM PDT

Perth: Pencarian penerbangan MH370 terpaksa ditangguhkan sementara waktu semalam selepas kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21 mengalami masalah teknikal.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan semalam berkata, berlaku masalah teknikal terhadap AUV itu tanpa penjelasan lanjut.

"Bluefin-21 terpaksa dinaikkan pagi tadi (semalam) untuk mengenal pasti isu teknikal.

"Ia kemudian dihantar semula untuk meneruskan misi pencarian dasar laut," kata kenyataan itu.

Foto


Sebelum AUV itu meneruskan misi kali ketiga, data yang dimuat turun pada misi kali pertama sudah dianalisis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/17

'Hukum kami'

Posted: 16 Apr 2014 11:42 AM PDT

Ipoh: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akur dengan hukuman yang bakal dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden kekecohan selepas perlawanan Liga Super antara Perak dengan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak, malam kelmarin.

Presiden Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, pihaknya kesal dengan tindakan segelintir penyokong tuan rumah yang bertindak luar kawalan membaling pelbagai objek dan merusuh hingga menyebabkan berlaku kecederaan termasuk pihak media yang membuat liputan.

Menurutnya, insiden yang berlaku antara terburuk dalam sejarah bola sepak Perak dan memberi imej buruk bukan saja terhadap PAFA, tetapi juga imej negeri secara keseluruhan.

"Kerana sikap segelintir penyokong yang tidak bertanggungjawab, individu lain terpaksa menanggung akibatnya dan dalam kes ini pihak media yang membuat liputan menjadi mangsa serta cedera akibat terkena balingan objek dan mercun.

Foto

ZAINOL (dua dari kanan) ketika sidang akhbar selepas melawat Supian (kanan) dan Razif (tiga dari kanan) yang cedera dalam insiden kekecohan di Ipoh, semalam.


"Saya bagi pihak PAFA kesal dengan kejadian ini dan mohon maaf terhadap dua anggota media yang cedera dalam insiden itu, selain terhadap penyokong JDT yang terpaksa berdepan insiden terbabit," katanya ketika melawat jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) Supian Ahmad dan wartawan Sinar Harian yang cedera terkena balingan batu serta mercun dalam kekecohan di Stadium Perak, di pejabat NSTP Perak, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/17

Jemaah umrah mangsa MERS

Posted: 16 Apr 2014 10:19 AM PDT

Putrajaya: Seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun yang baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 29 Mac lalu menjadi rakyat Malaysia pertama di negara ini yang maut akibat Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV).

Mangsa berasal dari Batu Pahat, Johor itu disahkan meninggal dunia pada 10 April lalu selepas dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat kerana mengalami gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas.

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Subramaniam berkata, mangsa tiba di tanah air pada 29 Mac lalu sebelum dimasukkan ke hospital seminggu kemudian selepas mengalami komplikasi kesihatan yang teruk.

Foto


Beliau berkata, kematian itu juga adalah kes pertama di negara ini dan ASEAN, sejak virus berkenaan dikesan kali pertama di Arab Saudi pada September 2012.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/17

Kami tetap profesional

Posted: 16 Apr 2014 08:24 AM PDT

Sarung telefon bimbitnya tertera foto seorang gadis berambut panjang dan berwajah manis.

Tanpa berdolak-dalik, penyanyi Hafiz Suip mengakui foto gadis yang menghiasi belakang sarung telefon jenis iPhone 5 itu adalah gadis si pencuri hatinya!

"Ini teman wanita saya (sambil menunjukkan sarung telefon bimbitnya). Kami sudah lama kenal tetapi mula serius sejak beberapa tahun lalu.

"Maaf, buat masa ini saya tidak boleh kongsikan gambar atau memberitahu namanya. Dia juga berasal dari Sarawak dan masih menuntut dalam bidang perakaunan.


"Alhamdulillah, keluarga kami saling merestui dan saya memang mempunyai niat yang baik membawa perhubungan ini ke satu ikatan yang lebih terjamin walaupun saya harus menunggu sehingga dia selesai pengajiannya," kata pemilik suara lagu Bahagiamu Deritaku ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/17