Minyak wangi racun |
- Minyak wangi racun
- 'Mama tahu saya kuat kan'
- Isu nahas bas ekspres: JPJ kuat kuasa peraturan baru
- Bimbing jadi modal insan berguna: PM
- Boleh saman Boeing di mahkamah AS
- 'MB Selangor hilang punca selesai isu air'
Posted: 22 Apr 2014 05:40 PM PDT Awas! Minyak wangi tiruan berjenama yang lazimnya dijual di pasar malam, dipercayai turut berada di pasar raya terkemuka negara. Yang mengejutkan, bahan beracun metanol digunakan sebagai bahan ramuan minyak wangi tiruan berkenaan. Ikuti laporan eksklusif wartawan BH, WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS yang mengikuti serbuan pihak berkuasa di Kajang, Selangor, semalam. Kuala Lumpur: Operasi tiga agensi penguat kuasa di Bukit Angkat, Kajang dekat sini semalam terkejut menemui sebuah premis yang dijadikan makmal pemerosesan minyak wangi tiruan daripada jenama terkenal dan mahal. Pekerja warga asing Lebih mengejutkan ia diuruskan oleh tujuh pekerja asing warga Pakistan yang memegang permit kerja restoran, sejak tiga tahun lalu. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 22 Apr 2014 05:35 PM PDT Kota Kinabalu: "Lain kali mama (ibu) jangan nangis lagi, mama tahu saya kuat kan, " kata Huguan Isaac, 10, murid Tahun Empat yang pipinya tertusuk besi penutup parit sepanjang satu meter kepada ibunya, semalam. Kata-kata itu diungkapkan murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart di sini, sebaik sedar selepas menjalani pembedahan apabila melihat ibunya menitiskan air mata, pagi semalam. Ketika ditemui di wad kanak-kanak hospital itu, ibu Huguan, 40-an, yang enggan namanya disiarkan berkata, sebaik anak bongsu daripada dua beradik itu terjaga selepas semalaman tidur susulan pembedahan mengeluarkan besi berkenaan, beliau menangis sebelum berkata kepada anaknya: "Kau tahu mama menangis sangat teruk." Wanita itu berkata, melihat keadaan itu, anaknya memujuk supaya tidak lagi menangis kerana beliau seorang yang kuat. "Huguan tidak menangis sejak kejadian itu semalam (kelmarin). Sejak dulu, beliau memang jarang menangis... ibu mana yang tidak sedih melihat keadaannya, " katanya. Difahamkan, Huguan yang menerima 10 jahitan di pipi belum dibenarkan keluar hospital kerana masih dalam pemantauan rapi oleh doktor. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Isu nahas bas ekspres: JPJ kuat kuasa peraturan baru Posted: 22 Apr 2014 05:33 PM PDT Putrajaya: Semua pemandu bas ekspres wajib menjalani ujian air kencing sebelum memulakan perjalanan berkuatkuasa semalam, berbanding hanya ketika musim perayaan sebelum ini. Perkhidmatan bas dua tingkat pula ditangguhkan buat sementara waktu di enam laluan tanah tinggi bermula bulan depan, iaitu Genting Highlands, Cameron Highlands, Bukit Tinggi, dan Bukit Fraser di Pahang, Bukit Larut, Perak dan Gunung Jerai, Kedah. Ujian air kencing akan dilaksana Katanya, pematuhan terhadap peraturan menjalani ujian air kencing akan dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di semua terminal bas utama seluruh negara. "Kita mahu pastikan kesihatan pemandu sentiasa pada tahap terbaik dan jika positif dadah, lesen memandu akan ditahan serta merta," katanya pada sidang media, di sini semalam. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Bimbing jadi modal insan berguna: PM Posted: 22 Apr 2014 05:22 PM PDT Putrajaya: Pusat Kecemerlangan Autisme Negara yang dijangka beroperasi Mei 2015 bermatlamat memastikan kanak-kanak yang mengalami masalah itu mendapat bimbingan sehingga menjadi modal insan berguna kepada negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pendekatan itu selaras perancangan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menetapkan kanak-kanak kurang upaya berhak mendapat pendidikan sama seperti rakan sebaya lain. "Kerajaan mahu memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan saksama dan kita akan sediakan tenaga pengajar, kurikulum serta keperluan berdasarkan keupayaan dan keperluan khusus masing-masing. "Sasaran akan dicapai menerusi program PERMATA Kurnia, membabitkan pasukan pakar pendidikan awal, pakar terapi pertuturan dan pakar terapi kerjaya bagi memberi bantuan secara holistik dan menyeluruh. "Pusat berkenaan akan sediakan pendidikan awal bersesuaian untuk 300 kanak-kanak dua hingga enam tahun," katanya dalam perasmian Seminar Antarabangsa Autisme Malaysia (ISAM) 2014, di sini semalam. Seminar yang julung kali diadakan di Malaysia itu disertai lebih 150 peserta antarabangsa dari 30 negara selain kira-kira 1,000 peserta tempatan. Perdana Menteri berkata, risiko autisme semakin serius berikutan peningkatan mendadak masalah berkenaan daripada tiga atau empat kes bagi setiap 10,000 kelahiran kepada satu kes setiap 68 bayi. Autisme bukan tragedi Najib menegaskan, kanak-kanak dengan masalah pembelajaran tidak wajar dianggap sebagai satu tragedi, sebaliknya tragedi hanya berlaku jika keluarga dan masyarakat terus mengabaikan hak serta keperluan mereka. Sementara itu, Rosmah berkata kurangnya pengetahuan mengenai autisme mendorong keluarga menyisihkan anak yang mempunyai masalah itu, selain dipulau rakan sebaya kerana salah anggap bahawa masalah berkenaan berpunca daripada masalah pembelajaran, malah ada yang menganggapnya sebagai masalah mental. "Di sesetengah negara, kanak-kanak autisme menghadapi kekangan budaya atau adat resam untuk mendapatkan pendidikan atau bantuan yang perlu dan akhirnya terpaksa hidup mengharapkan belas ihsan keluarga walaupun selepas dewasa. "Justeru, kita perlu mengikis persepsi negatif masyarakat berhubung masalah yang tidak mengenal bangsa, agama atau kaum ini, sebaliknya memberi mereka peluang menjalani kehidupan seharian seperti orang lain," katanya. |
Boleh saman Boeing di mahkamah AS Posted: 22 Apr 2014 05:22 PM PDT Kuala Lumpur: Semalam genap 46 hari MH370 hilang di selatan Lautan Hindi. Mengikut undang-undang Amerika Syarikat (AS) keluarga dan waris penumpangnya kini boleh membawa tuntutan mereka terhadap syarikat pengeluarnya, Boeing di mahkamah negara itu. Ia kerana mengikut undang-undang AS, ada peraturan 45 hari tempoh masa sebelum peguam boleh berurusan dengan keluarga mangsa untuk memfailkan tuntutan saman di mahkamah selepas sesebuah pesawat terbabit dalam kemalangan. Usaha rumit Peguam industri penerbangan, Daniel Rose dari\ firma Kreindler & Kreindler, berkata ketiadaan kotak hitam dan maklumat kritikal berhubung kemalangan pesawat itu merumitkan usaha untuk memenangi tuntutan terhadap syarikat terbabit buat masa ini. "Walaupun ada peraturan 45 hari untuk memulakan tuntutan, namun dalam kes MH370, amat sukar untuk membawa tuntutan ke atas Boeing di mana-mana mahkamah di AS jika kita tidak mempunyai kotak hitam atau mana-mana bahagian bangkai pesawat itu," katanya yang dipetik CNN. Ia kerana Konvensyen Montreal menyatakan mengikut undang-undang antarabangsa, keluarga dan waris boleh mengemukakan tuntutan di negara di mana penumpang membeli tiket, negara tuan rumah syarikat penerbangan atau negara destinasi terakhir penerbangan itu. Satu kes saman Sehingga kini, hanya satu kes tuntutan saman terhadap Boeing dan MAS dikemukakan di mahkamah AS membabitkan peguam Monica Kelly yang mewakili Januari Siregar iaitu bapa kepada Firman Chandra Siregar. Bagaimanapun, tuntutan untuk mendapatkan dokumen dan maklumat berkaitan sudah ditolak Mahkamah Illinois. Kelly yang mewakili firma Ribbeck Law Chartered, iaitu firma yang pakar dalam kes kemalangan penerbangan, berkata berdasarkan pengalamannya setiap keluarga boleh mendapat ganti rugi di antara $400,000 (RM1.24 juta) hingga $3 juta (RM9.3 juta). |
'MB Selangor hilang punca selesai isu air' Posted: 22 Apr 2014 05:19 PM PDT YB PKR bantah cadangan guna teknologi dari Thailand Shah Alam: Cadangan kerajaan Selangor untuk menggunakan teknologi dari Thailand bagi tujuan pembenihan awan dibantah keras pemimpin kanan PKR. Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid, berkata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid dilihat sudah hilang punca untuk menyelesaikan krisis air di Selangor sehingga perlu menggunakan teknologi dari luar negara. "Jika kita ambil teknologi luar, sudah tentu ia babitkan kos. Teknologi yang digunakan pula bukanlah penyelesaian jangka panjang krisis air di negeri. Saya secara peribadi tidak nampak keperluan sampai kita perlu guna teknologi Thailand. "Saya melihat krisis ini berpunca daripada kegagalan Menteri Besar menyediakan kerangka awal untuk mengatasi masalah ini. Kalau kita bersedia lebih awal, sudah tentu rakyat tidak akan terbeban sehingga terpaksa berdepan catuan air. "Sepatutnya kerajaan negeri sedar setiap tahun rakyat bertambah, pelabur bertambah... jadi kegunaan air pun bertambah. Sesuatu yang tidak masuk akal sebuah negeri serta negara yang dilimpahi sumber air, tetapi akhirnya rakyat terpaksa menanggung penderitaan kerana air dicatu," katanya. Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata cadangan itu memerlukan kos yang tinggi sekali gus membebankan pengguna yang akhirnya terpaksa membayar kos terbabit. Harus bertanggungjawab "Ini bukan tindakan bijak... mereka (kerajaan negeri) harus bertanggungjawab mengenai perkara ini kerana merekalah yang janji memberikan air percuma, merekalah juga yang tidak mahu mendengar pandangan pakar (berkenaan krisis air) dan merekalah juga yang tidak mahu menjayakan projek Langat 2," katanya. Sementara itu, kerajaan negeri mengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapatkan bantuan Thailand berhubung penggunaan teknologi pembenihan awan dikenali 'The Royal Rainmaking Technology'. Abdul Khalid berkata, teknologi dari luar negara itu dikenal pasti boleh membantu untuk mendapatkan hujan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, terutama di kawasan Empangan Sungai Selangor. "Teknologi terbabit juga dapat mengesan punca pembenihan awan yang sudah dijalankan kerajaan negeri, tetapi gagal. Kita jangkakan usaha yang diambil ini akan dapat menghasilkan kira-kira 1,000 juta liter sehari air mentah. "Sekiranya petunjuk pelaksanaan adalah positif dalam tempoh seminggu, kerajaan negeri bersedia untuk mengkaji semula keputusan catuan air. Sebab itu adalah penting untuk menghasilkan hujan di kawasan dikehendaki, " katanya pada sidang media di sini, semalam. Abdul Khalid berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), LUAS, Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia serta empat konsesi air, kelmarin. Katanya, selain teknologi pembenihan awan dari Thailand itu, LUAS dengan kerjasama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) sedang meneroka kolam bekas lombong di kawasan Lembangan Sungai Selangor. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |