Berleluasa di seluruh dunia |
Posted: 05 Apr 2014 09:55 AM PDT Oleh FIRDAUS SAHAT, MOHD FIRDAUS IBRAHIM, SURAYA ROSLAN dan MUHAAMAD HAFIS NAWAWI Penggunaan pasport curi dan palsu yang berjaya melepasi kawalan Jabatan Imigresen di lapangan terbang untuk menaiki penerbangan antarabangsa seperti kes MH370 bukan saja berlaku di negara ini, malah berleluasa di seluruh dunia, termasuk di negara maju. Bekas Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamed mendedahkan, kira-kira dua juta pasport curi dan palsu 'berterbangan' di merata tempat di seluruh dunia setiap hari. Beliau berkata, pasport curi atau palsu itu bertukar tangan daripada sindiket melalui ejen kepada pembeli di seluruh dunia. "Ini satu jumlah besar yang membabitkan rang�kaian luas (sindiket)," katanya dalam temubual eksklusif bersama Metro Ahad di sini.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/06 |
Posted: 05 Apr 2014 08:59 AM PDT Miri: Akibat permintaan untuk memiliki telefon pintar tidak dipenuhi, seorang anak sanggup membunuh ibunya di dalam kereta Hyundai Atos milik ibunya yang di parkir di depan Kompleks Tenis Kampung Sukan, di sini, semalam. Mayat Marife R Wong, 43, yang juga warga Filipina, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman pada leher oleh seorang pelajar yang baru selesai mengikuti sesi latihan tenis di kompleks itu, jam 2.30 petang. Difahamkan, sebelum kejadian, wanita yang bekerja sebagai guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen di bandar ini menghantar anak lelakinya berusia 18 tahun ke kompleks berkenaan, jam 7.30 pagi. Menurut saksi, Ericson Mahaeh, 17, dia melihat mangsa di dalam kereta Hyundai Atos yang diparkir di depan kompleks sebaik tiba untuk mengikuti sesi latihan tenis, jam 8 pagi. ANGGOTA polis membawa keluar mayat mangsa yang ditikam.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/06 |
Posted: 05 Apr 2014 06:49 AM PDT London: Brendan Rodgers mengakui bimbang dengan ancaman ledakan Andy Carroll yang mampu memusnahkan cabaran pemburuan gelaran liga buat Liverpool apabila penyerang West Ham itu berdepan bekas kelabnya, malam ini. Rodgers tidak menyenaraikan Carroll sebagai sebahagian daripada perancangannya sejak mengambil alih tugasan di Anfield pada 2012 sebelum pemain bertubuh tinggi itu dipinjamkan kepada Hammers dua bulan kemudian. Bos Reds itu merasakan gaya fizikal Carroll tidak sesuai dengan corak falsafah hantaran mahu diterapkan dan dia akhirnya dijual pada harga �15 juta (RM75 juta) yang terbukti menjadi satu keputusan bijak. Ketika Rodgers meletakkan Luis Suarez dan Daniel Sturridge sebagai gandingan serangan mantap yang mengubah pasukan itu menjadi pencabar gelaran Liga Perdana, Carroll terus bergelut mengekalkan kecergasan sepanjang beraksi bersama West Ham. CARROLL (kanan) jaringkan gol untuk West Ham ketika menentang Sunderland.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/06 |
Posted: 05 Apr 2014 06:10 AM PDT Sudah lama kisah pelakon Tiz Zaqyah, 25, tidak dipaparkan di media masa, berbeza satu ketika dulu apabila dia mencipta fenomena melalui watak Nur Amina dalam drama bersiri popular Nur Kasih. Ada beranggapan nama�nya kini 'suam-suam kuku', namun diakui dirinya masih memiliki tarikan sendiri di mata peminat drama tempatan. Buktinya, drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia dan Cinta Jangan Pergi masih mendapat perhatian ramai tatkala bersiaran di TV3 dan TV9. Namun sedar atau tidak, sitkom Oh! My English musim 2 (OME2) sebenarnya turut membuka ruang lebih besar buat Tiz diminati pelbagai lapisan masyarakat.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/06 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |