Air mata 'kekasih gelap' |
- Air mata 'kekasih gelap'
- Ibu reda diuji lagi
- Belut gergasi
- Terkejut kejayaan Reds
- Watak jahat Zoey menjadi
Posted: 25 Apr 2014 12:16 PM PDT Kuala Lumpur: Cinta membuta tuli terhadap kekasih 'awang hitam' membuatkan dua wanita tempatan sanggup menangis dan memaki anggota polis ketika kekasih mereka ditahan dalam Ops Tiong Bersepadu di sekitar kawasan kondominium, di Taman Connaught, Cheras, di sini awal pagi semalam. Seorang daripada wanita tempatan itu dipercayai janda serta menguruskan perniagaan restoran yang biasa dikunjungi warga Afrika manakala seorang lagi wanita pula menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki Nigeria. Masing-masing berusia 20 dan 40 tahun. Dalam Ops Tiong Bersepadu yang dijalankan bermula jam 12.30 tengah malam hingga 7 pagi itu, 26 lelaki dan empat wanita warga Afrika ditahan manakala seorang wanita tempatan pula dibebaskan selepas disoal siasat kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selain pelbagai kesalahan Imigresen. Timbalan Pengarah Operasi dan Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, wanita tempatan biasanya dipercayai dipergunakan kekasih awang hitam untuk menjalankan penipuan mereka sebelum ditawarkan kehidupan mewah menyebabkan mereka terjebak. ANTARA 26 lelaki warga Afrika yang ditahan dalam Ops Tiong Bersepadu, awal pagi semalam. ANTARA 26 lelaki warga Afrika yang ditahan dalam Ops Tiong Bersepadu, awal pagi semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26 |
Posted: 25 Apr 2014 12:16 PM PDT Dungun: "Saya reda dengan ujian Allah sekali lagi," kata Rohana Ahmad, 50, yang kehilangan anak buat kali kedua apabila anak sulungnya terbunuh dalam maut dalam kemalangan di Kilometer 79.2 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Batu 49, di sini, pagi semalam. Abdul Rahman Mohd Fauzi, 20, dari di Kampung Molek, di sini, terbunuh apabila motosikal Yamaha Ego ditungganginya dirempuh sebuah kereta Proton Saga Aeroback jam 2.15 pagi, manakala rakannya yang membonceng motosikal itu, Mohd Salahuddin Alhafriz Mazlin, 20, dari Jalan Nibong Stesen, di sini, parah dan hampir putus kaki kiri. Abdul Rahman yang parah di kepala dan patah kedua-dua kaki serta paha, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala Mohd Salahuddin dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan. Ketika kejadian, Abdul Rahman yang bekerja sebagai jurujual alat penapis air dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya untuk pulang ke asrama tempat mereka bekerja di Kampung Batu 5, di sini. ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa. Gambar kecil Abdul Rahman.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26 |
Posted: 25 Apr 2014 12:15 PM PDT Kiulu: Melihat belut hidup yang banyak dijual di pasar raya memang menggelikan. Namun, bagaimana pula jika melihat belut air tawar di Sungai Mangkaladom, di sini, yang kadang kala bersaiz gergasi sehingga boleh mencecah berat hampir 10 kilogram (kg). Namun, belut air tawar sebesar betis orang dewasa atau lebih dikenali sebagai sinsilog bagi masyarakat tempatan, dianggap hidupan sungai yang sangat istimewa selain memiliki 1,001 khasiat. Sekali pandang, bentuknya saling tak tumpah seperti ular sawa, tetapi ia ternyata tidak menggentarkan penduduk apabila sering menjadi buruan untuk dijadikan hidangan berkhasiat. Sinsilog biasanya menghuni lubang batu di sepanjang sungai dan cara mengesan serta menangkap belut gergasi ini memerlukan pengalaman dan kemahiran khas kerana tubuhnya yang licin serta berlendir selain sifatnya agak agresif apabila diganggu. PENDUDUK kampung membahagi-bahagikan daging belut. ANTARA sinsilog yang ditangkap ditimbang penduduk.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26 |
Posted: 25 Apr 2014 12:15 PM PDT Liverpool, England: Luis Suarez mendedahkan dia agak terkejut dengan kejayaan Liverpool musim ini dan mengakui tidak pernah terfikir mereka berada dalam kedudukan merebut kejuaraan. Reds menikmati kempen menakjubkan dan berada lima mata di depan di puncak liga dengan hanya berbaki tiga perlawanan termasuk pertemuan genting menentang pencabar kejuaraan Chelsea di Anfield malam esok. Bintang serangan Suarez berasakan kejayaan Liga Perdana pasti lebih manis kerana Liverpool tidak berbelanja besar seperti pasukan lain. "Untuk memenangi kejuaraan ini sesuatu yang tidak mungkin dijangka," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26 |
Posted: 25 Apr 2014 12:14 PM PDT Dia tidak pernah berputus asa malah sentiasa berusaha untuk belajar dan memperbaiki mutu lakonan dari masa ke semasa. Semua itu dilakukan bagi menarik kepercayaan penerbit untuk memberinya peluang melakonkan watak yang berlainan. Menyedari memiliki rupa paras seperti keanak-anakan, Zoey Rahman, 29, tidak mahu terus-terusan diberi jolokan itu kerana secara tidak langsung turut mengehadkan dirinya dalam menerima pelbagai watak. Justeru setiap kali usianya meningkat, penama penuh Mohd Hairey Azhar Abd Rahman ini berusaha mengubah penampilan supaya wajah keanak-anakan atau 'babyface' itu akan hilang.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |