Kecoh di Stadium Perak

Kecoh di Stadium Perak


Kecoh di Stadium Perak

Posted: 15 Apr 2014 01:02 PM PDT

Ipoh: Empat penyokong Perak ditahan polis kerana merusuh dengan membaling batu, suar, mercun dan pelbagai objek ke dalam padang serta penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini malam tadi.

Kekecohan itu turut mengakibatkan jurgambar NSTP Supian Ahmad dan beberapa penyokong JDT turut cedera akibat dibaling objek keras termasuk batu.

Harian Metro yang turut berada di Stadium Perak difahamkan, dua anggota polis termasuk FRU turut cedera pada mata dan kepala akibat dibaling batu oleh penyokong terbabit.

Kekecohan dikatakan mula tercetus di bahagian tempat duduk penyokong pelawat apabila sebahagian besar penyokong tuan rumah menyerbu dan membaling pelbagai objek.

Foto

POLIS terpaksa menahan sebahagian penyokong Perak dari menyerbu ke arah penyokong JDT.

Foto

PENYOKONG JDT terpaksa menunggu di tengah padang selepas berlaku kekecohan di luar Stadium Perak. FOTO Farhan Najib.

Foto

JURUGAMBAR NSTP Supian Ahmad cedera akibat terkena batu yang dibaling dari penyokong.

Foto

PASUKAN Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menyembur air untuk menyuraikan penyokong Perak di luar stadium. FOTO Muhaizan Yahya.


Supian yang sedang merakamkan kekecohan itu turut menjadi mangsa apabila secara tiba-tiba dibaling batu oleh penyokong Perak mengakibatkan kecederaan ringan dan terpaksa diberi rawatan pasukan perubatan.


Situasi semakin tegang menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak yang semakin tidak terkawal.

Menjelang tengah malam ini, FRU mula menggunakan gas pemedih mata dan jentera menyembur air ke arah kumpulan penyokong Perak yang enggan bersurai manakala empat penyokong turut ditahan.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berada di stadium untuk memantau keadaan mengesahkan tangkapan penyokong Perak terbabit.

Keadaan mula reda apabila penyokong JDT diiring polis keluar dari stadium hingga menaiki bas mereka sebelum kenderaan polis turut mengiring mereka ke plaza tol Lebuhraya Utara Selatan.

Kekecohan malam ini bagaikan mendapat petanda awal apabila dua bas yang membawa pasukan dan penyokong JD disembur dengan cat bertulis 'This is Ipoh', pagi semalam.

Kedua-dua kenderaan itu yang diparkir di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel tempat pasukan pelawat menginap di Ipoh.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Kecoh radioaktif bocor

Posted: 15 Apr 2014 11:58 AM PDT

Rawang: Penduduk sekitar daerah ini gempar apabila kebakaran mendadak di sebuah kilang menjalankan aktiviti pensterilan produk kesihatan di Taman Industri Integrasi Rawang, di sini, pagi semalam, didakwa mengakibatkan kebocoran radiasi besar-besaran.

Kebimbangan penduduk berpunca daripada pelbagai mesej dan gambar tersebar melalui laman media sosial Facebook dan Whatsapp yang mendakwa bakal berlaku letupan selain penyebaran radiasi radioaktif sehingga jarak 100 kilometer.

Komander Operasi Penguasa Bomba (PgB) Mohd Haikal Md Kasri berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung kebakaran mesin yang menggunakan sistem Cobalt 60 di kilang itu sekitar jam 6 pagi semalam.

"Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang tiba di lokasi kejadian pada jam 6.01 minit dan berjaya mengawal kebakaran.

Foto

ASAP tebal berpunca daripada kebakaran sebuah kilang di Rawang, semalam.

Foto

ANGGOTA bomba mengukur tahap radiasi di pekarangan kilang, semalam.


"Tiada kebocoran dan bacaan luar biasa terhasil selepas pihak bomba dan pegawai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) melakukan pemeriksaan di kilang ini. Hasil pemantauan lanjut mendapati bacaan paras radiasi adalah normal dan tidak melebihi 0.18 microsievert," katanya

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Naik lepas enam jam

Posted: 15 Apr 2014 11:11 AM PDT

Perth: Pencarian MH370 di dasar Lautan Hindi terlampau dalam untuk kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 menyebabkan ia naik semula ke permukaan kurang daripada separuh perjalanannya pada misi sulung kelmarin.

Pihak berkuasa kelmarin menghantar Bluefin-21 untuk mengimbas dasar laut bagi mencari sebarang isyarat kotak hitam pesawat MH370 tetapi selepas enam jam daripada keseluruhan 16 jam tempoh misi yang dirancang, AUV itu timbul ke permukaan selepas melebihi had kedalaman 4,500 meter yang ditetapkan.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan semalam berkata, apa saja yang ditemui dalam tempoh enam jam itu akan dianalisis.

Pihak berkuasa sebelum ini yakin serpihan atau bangkai MH370 berada di dasar lautan melebihi keupayaan Bluefin-21.

Foto

PASUKAN penyelamat menurunkan peranti mencari bawah permukaan laut.


Pakar robotik marin di Universiti Sydney Profesor Stefan Williams berkata, AUV itu diprogramkan untuk naik semula ke permukaan laut sebaik menghampiri had 4,500 meter bagi melindunginya daripada mengalami kerosakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Rayuan ditolak!

Posted: 15 Apr 2014 10:59 AM PDT

Paris: Red Bull gagal dalam rayuan mereka terhadap pembatalan kedudukan kedua Daniel Ricciardo pada Grand Prix Australia bulan lalu.

Juara dunia itu berharap dapat mengubah keputusan awal membatalkan kejayaan Ricciardo menduduki tangga kedua di belakang Nico Rosberg di Melbourne kerana melanggar peraturan penggunaan minyak.

Mahkamah Rayuan Antarabangsa FIA mengumumkan keputusan itu semalam selepas sesi pendengaran selama enam jam kelmarin dengan Mercedes meminta hukuman lebih keras.

Ricciardo menerima keputusan yang sudah diduga itu dengan hati terbuka dan menulis dalam akaun Twitter Red Bull: "Saya boleh mengatasinya dan lebih ghairah daripada biasa. Saya tidak memerlukan sebarang motivasi lagi, saya teruja dan bersemangat!"

Foto

Daniel Ricciardo


Red Bull menyatakan mereka menerima keputusan itu namun kecewa kerana menyebabkan pemandu baru mereka dari Australia itu menduduki tangga ke-10 dalam kejuaraan pemandu dengan 12 mata, 49 mata di belakang pendahulu dari Mercedes, Rosberg menjelang perlumbaan Grand Prix China, Ahad ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16

Mahu kikis imej lelaki 'jambu'

Posted: 15 Apr 2014 08:12 AM PDT

Barangkali ada yang menyamakan Sniper dengan filem popular Hollywood, The Hunger Games arahan Francis Lawrence yang berjaya mencecah kutipan pecah panggung di pawagam seluruh dunia.

Jika filem itu menampilkan lakonan mantap aktres Jennifer Lawrence sebagai Katniss Everdeen, wanita muda yang perlu bertarung dalam permainan berdarah, Sniper versi pengarah muda, Pierre Andre pula menampilkan watak atlet penembak yang diculik dan menjadi 'survivor' untuk menyelamatkan dirinya.

Filem Sniper turut mempertaruhkan hero baru di layar perak yang juga pendatang baru, Fadlan Hazim selaku teraju utamanya. Selain Fadlan, barisan wajah baru yang diketengahkan dalam filem terbitan MIG ini ialah Pablo Amirul (Jim), Mikael Andre dan Nina Iskandar (Harlina).

Secara peribadi, Fadlan, 22, mengakui watak Rafi dalam Sniper berjaya mencabar lakonannya yang masih bertatih dalam dalam bidang lakonan.


"Saya sangat teruja melakonkan watak Rafi yang lasak kerana ia juga julung kalinya diberi kepercayaan beraksi selaku hero dalam filem.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/16