Hidup di bandar ternyata susah

Hidup di bandar ternyata susah


Hidup di bandar ternyata susah

Posted: 20 Apr 2014 09:06 AM PDT

by Hamimi Kassim. Posted on April 21, 2014, Monday

Penghijrahan Bujang bersama isteri dan anaknya ke Kuching ternyata tidak seperti yang mereka impikan.

KUCHING: Kehilangan satu-satunya anak lelaki yang menjadi harapan Bujang Tawek, 60, dan Salabiah Buang, 62, kira-kira tiga tahun lalu merupakan tamparan hebat kepada pasangan warga emas itu.Anak lelaki mereka meninggal dunia aki­bat sakit jantung.Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, Salabiah pula disahkan menghidapi kanser pangkal rahim (servik) peringkat awal menyebabkannya perlu mendapatkan rawatan berjadual di hospital.

Bujang pula tidak mempunyai pekerjaan tetap dan Salabiah yang dahulunya turut bekerja bagi menambah pendapatan un­tuk kehidupan mereka berdua terpaksa berhenti kerja kerana tidak larat akibat penyakitnya.

Menurut Bujang, mereka berdua ber­syukur kerana Salabiah ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan itulah yang digunakan oleh mereka berdua untuk meneruskan kehidupan sekiranya tiada pendapatan sampingan lain.

Bujang menceritakan, dia bersama isteri dan anaknya telah berpindah ke Kuching dari Maludam, Betong demi mengubah kehidupan dan mencari rezeki di bandar raya ini.

"Saya dan isteri berpindah dari Maludam mengikut anak saya (yang telah meninggal) sejak 10 tahun lalu dan pada masa itu kami telah membeli rumah ini.

"Pada masa itu, kami membeli rumah ini dengan harga berpatutan berikutan ia terletak di kawasan setinggan.

"Kami terpaksa membelinya kerana jika hendak menyewa pastinya lebih sukar berikutan kami baharu sahaja ingin memulakan kehidupan di bandar ini pada ketika itu.

"Sejak itu, kehidupan kami di bandar raya Kuching bermula dengan ada turun dan naiknya… sehinggakan paling tidak dapat kami berdua lupa adalah kehilangan satu-satunya anak lelaki kami itu," ceritanya dengan nada sedih.

Sementara itu, Salbiah memberitahu bahawa sehingga detik ini masih sukar baginya melupakan anak tunggalnya itu.

"Dialah satu-satunya harapan saya dan bapanya sewaktu berada di Kuching ini.

"Kini dia telah pergi meninggalkan kami berdua selamanya," katanya kepada pemberita semalam.

Sejak kehilangan anak mereka itu, hidup mereka bedua ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, apatah lagi rumah yang mereka huni sejak lebih 10 tahun itu semakin usang dimamah usia.

Menurut Bujang, dia sukar untuk mendapat bantuan terutama dalam memohon bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) atau Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kerana mereka tinggal di kawasan setinggan di Kampung Sungai Midin.

Cuma jauh di sudut hati, Bujang dan Salbiah berharap agar pihak yang prihatin membantu mereka membaiki rumah tersebut.

Print Friendly

12 finalis Miss WHF 2014 hangatkan suasana di The Summer

Posted: 20 Apr 2014 09:05 AM PDT

KOTA SAMARAHAN: Seramai 12 finalis Miss World Harvest Festival (WHF) 2014 menghangatkan suasana di pusat beli-belah The Summer dengan memperagakan fesyen baju terkini daripada Butik Kitschen.

Pertunjukan fesyen yang berjaya menarik ribuan pengunjung itu bertujuan mempromosi sambutan WHF yang akan diadakan dari 2 hingga 4 Mei depan.

Sambutan tahunan anjuran Kampung Budaya Sarawak (SCV) itu turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Pusingan kemuncak Miss WHF 2014 pula akan diadakan pada 3 Mei (Sabtu) di SCV.

Orang ramai yang berminat boleh menempah tiket yang dijual pada harga RM60 seorang manakala sekiranya ia ditempah sebelum 20 April akan berpeluang menikmati tiket pada harga RM30 seorang.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi pegawai SCV Grace dan Arnida di talian 082-846411/846108.

Print Friendly
We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Selamat jalan ‘Tiger of Jelutong’

Posted: 20 Apr 2014 09:05 AM PDT

Lebih 10,000 orang beri penghormatan terakhir kepada Karpal Singh

GEORGE TOWN: Selamat jalan Karpal Singh.

Jeritan dalam bahasa Punjabi 'Karpal Singh' dan 'Sat Sri Akaal' (yang memuji kebesaran Tuhan) bergema ketika keranda 'Tiger of Jelutong' itu dibawa ke tempat pembakaran di Krematorium Batu Gantung di sini semalam.

Tangisan anggota keluarga terdekat yang tidak dapat menahan kesedihan turut kedengaran ketika upacara pembakaran mayat bermula jam 2.45 petang dan berakhir jam 3.10 petang.

Difahamkan anggota keluarga Karpal Singh akan mengambil abu mayat mendiang untuk ditaburkan ke laut hari ini.

Karpal Singh, 74, bersama pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 39, maut dalam kemalangan pada jam 1.10 pagi di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar.

Upacara pembakaran mayat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dihadiri ribuan manusia terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama yang membanjiri perkarangan pusat krematorium itu seawal jam 10 pagi.

Kenderaan MPV yang membawa jasad mendiang bekas pengerusi DAP itu dari Dewan Sri Pinang itu bermula pada jam 11.30 pagi dan tiba di Krematorium Batu Gantung pada jam 1.30 tengah hari.

Perjalanan terakhir 'Tiger of Jelutong' dari dewan tersebut ke Krematorium Batu Gantung diiringi ribuan orang awam serta barisan tertinggi anggota kerajaan negeri dan parti DAP.

Perjalanan itu melalui Lebuh Farquhar, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Larut, Jalan Burma, Jalan Perak, Jalan Macalister, Jalan Residensi, Jalan Utama dan Jalan Scotland.

Perjalanan itu turut membuat beberapa 'persinggahan' untuk sesi fotografi termasuk di kompleks Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, tempat mendiang bertugas sebagai peguam; Bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, lokasi beliau memulakan kerjaya politiknya; dan St Xavier's Institution, sekolah lama Karpal Singh.

MPV yang membawa mayat peguam yang disegani itu juga berhenti seketika di hadapan bangunan pejabat mendiang di Green Hall.

Ketika upacara penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi yang dihadiri lebih 10 ribu orang, anak-anak Karpal Singh – Jagdeep, Gobind, Ramkarpal, Mankarpal dan Sangeet Kaur kelihatan berdiri sayu berhampiran keranda ayah mereka.

Upacara pengebumian Karpal Singh diberi penghormatan negeri oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dan turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, diiringi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta barisan exco kerajaan negeri dan kepimpinan DAP.

Lim, ketika membacakan ucapannya pada upacara penghormatan negeri itu, berkata kerajaan negeri dan seluruh rakyat negeri ini manzahirkan rasa dukacita dan menyampaikan ucapan takziah kepada isteri Karpal, Gurmit Kaur serta anggota keluarga mendiang.

Beliau berkata rakyat kehilangan wira yang tidak gentar memperjuangkan nasib golongan tidak berkemampuan dan menegakkan keadilan.

"Keunikan dan karisma yang dimiliki beliau sukar dicari ganti dan kami akan menjadikannya sebagai inspirasi.

"Pemergian beliau walaupun sukar untuk diterima dan meninggalkan titik sedih dalam hati kita semua, tetapi jasa dan bakti beliau akan kekal terpahat di sanubari kita semua," kata Lim.

Terdahulu, jasad Karpal yang ditempatkan di kediamannya di 144A, Jalan Utama di sini sejak Khamis, dibawa keluar dari rumahnya selepas upacara sembahyang agama Sikh secara tertutup oleh anggota keluarga pada kira-kira jam 7 pagi.

Antara kenamaan yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya sejak Khamis ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri S Samy Vellu, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri.

Karpal Singh digelar 'Tiger of Jelutong' kerana berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Jelutong selama lima penggal berturut-turut sejak 1978 sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum 1999.

Pada Pilihan Raya Umum 2004 Karpal Singh bangkit kembali apabila menang kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang disandangnya sehingga kini.

Dari segi kerjaya sebagai peguam, Karpal Singh yang mendapat pendidikan menengah di St. Xavier Institution, Pulau Pinang dan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang University of Singapore pada 1968 banyak terbabit dalam kes berprofil tinggi termasuk kes liwat kedua Anwar.

Karpal Singh pernah terbabit dalam nahas jalan raya pada 2005 di Pulau Pinang yang menyebabkan beliau lumpuh dan terpaksa berkerusi roda.

Mendiang meninggalkan isteri, Gurmit Kaur, lima anak dan 11 cucu.

Dua anak lelakinya iaitu Jagdeep Singh Deo dan Gobind Singh Deo mengikuti jejaknya sebagai peguam dan ahli politik. — Bernama

Print Friendly

PERKIM tonjol Islam sebagai agama prihatin

Posted: 20 Apr 2014 09:04 AM PDT

by Mastura Ismail. Posted on April 21, 2014, Monday

 

LAWAS: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) banyak membantu golongan kurang bernasib baik sekali gus menonjolkan ajaran Islam sebagai agama yang prihatin terhadap umatnya yang ditimpa kesusahan.

Yang di-Pertua Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata PERKIM juga merupakan badan yang aktif mengumpul dana besar untuk menjalankan aktiviti kebajikan, sosial dan kegiatan ekonomi untuk masyarakat yang kurang berkemampuan selain tidak meminggirkan golongan orang kurang upaya.

"Kita amat bangga kerana PERKIM Lawas telah mempelopori penubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini  sehingga PDK mendapat sambutan baik di negeri ini.

"Perkara ini kita serahkan kepada Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan untuk meneruskan usaha bagi membantu perkembangan usaha kebajikan untuk kanak-kanak kurang upaya  di negeri ini," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-26 PERKIM Sarawak di Stadium Tertutup Lawas, malam kelmarin.

Hadir sama isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, isteri Awang Tengah yang juga Pengerusi PERKIM Lawas Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan Pengerusi PERKIM Sarawak Datuk Hanifah Taib.

Taib berkata, meskipun dibarisi golongan wanita, PERKIM perlu mengangkat agama Islam agar dihormati dengan mengamalkan ajaran Islam yang memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat.

"Usaha badan-badan kebajikan seperti PERKIM ternyata amat berkesan dalam membantu golongan kurang bernasib baik dengan menonjolkan imej Islam sebagai agama yang prihatin terhadap masyarakat di serata tempat," ujarnya.

Seterusnya beliau juga menjelaskan bahawa PERKIM Sarawak sememangnya unik kerana dianggotai golongan wanita manakala kaum lelaki pula melibatkan diri dalam pertubuhan seperti HIKMAH yang dahulunya dikenali BINA.

"Ini semua dilakukan bagi mengelak sebarang perebutan antara golongan lelaki dan wanita dalam menjalankan gerakan dakwah dan keislaman di negeri ini," tambahnya.

Mengulas lanjut mengenai sejarah PERKIM, Taib berkata badan itu berdepan kekurangan dana berbanding aktiviti kebajikan yang terlalu banyak.

"Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tetap tenang dengan menyatakan bahawa sesuatu kerja yang baik untuk beramal akan dipermudahkan Allah.

"PERKIM akhirnya mendapat sumbangan derma daripada Tan Sri Robert Kuok yang ketika itu melakukan kunjungan hormat kepada Tunku lebih kurang lima belas minit selepas saya memaklumkan laporan bagi masalah kekurangan dana PERKIM," katanya.

"Selain PERKIM, Tabung SABATI turut ditubuhkan kerajaan negeri yang juga mempunyai objektif membantu masyarakat yang kurang berkemampuan seperti menjalani pembedahan jantung dengan dana yang banyak.

"SABATI turut membina bangunan sendiri untuk disewa bagi mendapat faedah yang dapat digunakan sepanjang masa,"ujarnya.

Katanya kerajaan amat memerlukan sokongan badan sukarela dan orang perseorangan membantu melakukan kerja kebajikan dan beliau amat bangga dengan semangat tinggi rakyat negeri ini melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan.

Pada majlis itu, Taib mengumumkan peruntukan bantuan berjumlah RM50,000 untuk PDK Daerah Lawas dan RM50,000 untuk PERKIM meneruskan agenda kerja amal mereka membantu golongan kurang bernasib baik.

Print Friendly

Aktiviti ‘Selfie’ harus secara sederhana dan ambil kira sensitiviti individu lain

Posted: 20 Apr 2014 09:04 AM PDT

KUCHING: Trend merakam gambar sendiri atau lebih dikenali sebagai 'Selfie' kini menjadi ikutan ramai bukan sahaja di kalangan remaja biasa tetapi juga golongan artis.

Tinjauan Utusan Borneo di sekitar bandar raya ini mendapati trend ini kian popular khasnya kepada pengguna telefon pintar yang mempunyai kemudahan Internet.

Malah, mereka yang suka 'selfie' menjadi golongan utama yang kerap memuat naik gambar mereka di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.

Mohd Dzulkarnaen Rezeni, 26, berkata dia sering melihat golongan itu mengambil gambar sendiri atau 'berselfie' yang kadang-kadang menimbulkan rasa meluat dan menjengkelkan.

"Saya sering kali bertembung dengan golongan tersebut di mana-mana sahaja, tidak kira di pusat beli-belah mahupun di kedai makan.

"Kebiasaannya, mereka akan menangkap (mengambil) gambar sendiri melalui kamera hadapan telefon pintar atau merakam gambar makanan dan memuat naik gambar tersebut di laman sosial," katanya.

Pada masa sama, Mohd Dzulkarnaen menyifatkan aktiviti 'selfie' itu sebagai aktiviti yang kurang sihat selain boleh menjejaskan keyakinan diri sekiranya ia mendapat komen negatif di kalangan pengguna laman sosial yang lain.

Manakala adik Mohd Dzulkarnaen, Bibi Shahinaz Rezeni, 23 pula memberitahu, ia bukanlah sesuatu yang memudaratkan dari segi fizikal mahupun emosi kerana ia hanya dilakukan semata-mata untuk keseronokan sendiri.

"Saya juga gemar merakam selfie ketika keluar berjalan-jalan bersama rakan-rakan yang lain.

"Pada pendapat saya, ia bukanlah sesuatu yang tidak baik kerana tujuan selfie yang dimuat naik ke laman sosial hanyalah untuk berkongsi keseronokan yang dialami untuk masa tersebut," katanya.

Bibi menambah, aktiviti 'selfie' hanya akan dilihat dari sudut negatif sekiranya ia dilakukan secara berlebihan dan boleh menaikkan rasa tidak selesa atau menjengkelkan di kalangan pengguna laman sosial yang lain.

Sementara itu, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan Nurfazila Zulaihi, 24, berkata aktiviti 'selfie' dianggap sebagai sesuatu yang normal dan tidak mendatangkan bahaya kepada si pelaku.

"Ia lebih berkaitan kepuasan diri masing-masing. Kesemuanya terletak kepada individu untuk menilai adakah perbuatan 'selfie' itu sesuatu yang tidak baik atau baik.

"Apa yang mungkin menjadi bahaya perbuatan selfie ialah apabila pelaku memuat naik gambar yang tidak senonoh atau boleh mendatangkan perasaan meluat daripada orang ramai," ujarnya.

Katanya selfie boleh dilakukan di mana-mana sahaja selagi ia tidak berlebihan selain turut mengambil kira isu sensitiviti individu lain yang boleh terjejas dengan gambar yang dimuat naik.

Selain itu, trend yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia termasuk Sarawak itu kini turut dibantu dengan kewujudan rekaan tiang Monopod sebagai kegunaan merakam gambar tanpa memegang kamera atau telefon pintar.

Ia juga boleh digunakan sendiri tanpa perlu mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk merakamkannya.

Print Friendly

First bodies pulled from submerged ferry

Posted: 20 Apr 2014 09:04 AM PDT

JINDO , South Korea: Divers began retrieving bodies yesterday from inside the submerged South Korean ferry that capsized four days ago with hundreds of children on board, as families angered by the pace of the rescue efforts scuffled with police.

Coastguard officials said 19 bodies had been removed from the ship which sank on Wednesday morning, pushing operations further along the painful transition from rescue to recovery and identification.

The retrieval of the first bodies from the interior came after prosecutors revealed that the officer at the helm of the 6,825-tonne Sewol when it capsized was not familiar with those particular waters.

The confirmed death toll from the disaster stood at 56 with 246 people still unaccounted for.

Three bodies were pulled out of the fully submerged ferry just before midnight and another 13 were recovered later yesterday morning, a coastguard spokesman said.

The breakthrough followed days of fruitless efforts by more than 500 divers to access the capsized ship, while battling powerful currents and near-zero visibility.

It was a watershed moment for distraught relatives who have clung desperately to the idea that some passengers may have survived in air pockets in the upturned vessel.

The bodies were placed in tents at the harbour on Jindo island – not far from the disaster site – where the relatives have been camped out in a gymnasium since the ferry went down.

In a process that looks set to be repeated with tragic frequency in the coming days, they were checked for IDs and other particulars, after which their relatives were informed and asked to make an official identification.

Some of the policemen standing guard at the tents were openly weeping, while the cries of the family members could be heard from inside.

Of the 476 people on board the Sewol, 350 were high school students headed for the holiday island of Jeju.

The devastated relatives have repeatedly denounced what they feel has been a botched, delayed and incompetent emergency response to the disaster.

Nearly 200 family members set off Sunday on a hike from Jindo to Seoul – 420 kilometres to the north – where they planned to march on the presidential Blue House in protest.

Scuffles broke out when they were prevented from crossing the bridge to the mainland by a large police detachment, and eventually they were forced to turn back.

One of the marchers, Chung Hye-Sook, a mother of one of the missing students, said she was appalled that the authorities had begun taking DNA samples to facilitate identification of the bodies before the entire ferry had been searched.

"What are those people thinking?!," Chung shouted.

"We are asking them to save our children's lives. We can't even think about DNA testing. I want to save my child first," she said.

Three giant floating cranes have been at the disaster site off the southern coast of South Korea for days, but the coastguard has promised it will not begin lifting the ferry until it is clear there is nobody left alive.

Investigators have arrested the ferry's captain, Lee Joon-Seok who has been bitterly criticised for abandoning hundreds of passengers still trapped in the ferry as he made his own escape.

Also detained were a 55-year-old helmsman and the ship's young and relatively inexperienced third officer, identified by her surname Park, who was in charge of the bridge when the disaster occurred.

Tracking data shows the ship took a radical right turn while navigating through a group of islets off the southern coast.

Such a sharp turn could have dislodged the heavy cargo manifest – including more than 150 vehicles – and destabilised the vessel, causing it to list heavily and then capsize.

While Park, 26, had been sailing the Incheon-Jeju for six months, "it was the first time for her to navigate this particular route," a senior prosecutor told reporters Saturday. — AFP

Print Friendly