BM6 bantu KD Lekiu |
- BM6 bantu KD Lekiu
- Misi ketiga Bluefin-21
- ‘Tambak Johor mesti diganti’
- Feri Sewol Karam
- Banyak radar sesuai dengan muka bumi Malaysia
- Rumah sembelihan berlesen setiap daerah
Posted: 16 Apr 2014 06:59 PM PDT Lumut:Malaysia meningkatkan penyertaannya dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi dengan menghantar kapal auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 6 (BM6), semalam. BM6 memulakan pelayarannya dari Pangkalan TLDM di sini pagi semalam bagi misi bantuan logistik kepada kapal KD Lekiu yang sedang melakukan operasi di kawasan itu sejak dua minggu lalu. Majlis pelepasannya disempurnakan Panglima Pemerintah Bantuan TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 16 Apr 2014 06:59 PM PDT Kuala Lumpur: Misi kedua Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) Bluefin-21 yang dilancarkan, malam kelmarin, gagal selepas mengalami gangguan teknikal ketika membuat pengesanan di dasar Lautan Hindi. Bagaimanapun, AUV itu selepas diperbaiki di atas kapal pertahanan Australia, Ocean Shield, dilepaskan semula beberapa jam kemudian pagi semalam, untuk misi ketiganya. Agensi Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang menyelaras usaha mencari MH370 di selatan Lautan Hindi, bagaimanapun tidak memaklumkan masalah teknikal yang dihadapi dron itu. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
‘Tambak Johor mesti diganti’ Posted: 16 Apr 2014 06:58 PM PDT Seri Iskandar: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap cadangan jambatan baharu, dikenali Jambatan Persahabatan untuk menghubungkan Malaysia dan Singapura, dapat dibina di laluan Tambak Johor sekarang. Bekas Perdana Menteri berkata, Tambak Johor sudah tidak relevan dalam dunia moden terutama kerana menyekat laluan air Selat Tebrau serta menghadapi masalah kesesakan lalu lintas yang teruk setiap hari. Sudah tidak sesuai "Jika buat di tempat lain, Tambak Johor masih ada... ia tak baik untuk Johor," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Syarahan Umum Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) bertajuk 'Pemimpin Dalam Masyarakat Hari Ini: Isu, Cabaran dan Masa Hadapan' di kampus universiti berkenaan, di sini semalam. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 16 Apr 2014 03:04 PM PDT Seoul: Pelayaran untuk bercuti di pulau peranginan Jeju, bertukar menjadi tragedi terburuk dalam sejarah perkhidmatan pengangkutan air Korea Selatan, apabila Feri Sewol yang membawa 459 penumpang karam, menyebabkan empat maut, manakala 300 lagi masih hilang. Setakat ini, 55 penumpang yang berjaya diselamatkan turut mengalami kecederaan. Seramai 338 penumpang feri terbabit terdiri daripada pelajar dan guru Sekolah Tinggi Danwon, Ansan, Seoul, yang dalam pelayaran untuk bercuti di pulau terkenal itu. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Banyak radar sesuai dengan muka bumi Malaysia Posted: 16 Apr 2014 03:03 PM PDT Kuala Lumpur: Malaysia mempunyai banyak pilihan sistem pertahanan dan radar yang sesuai dengan bentuk muka bumi, cuaca serta kegunaan masa hadapannya. Pengurus Besar AGAT Control System (AGAT), Sergey Golosovsky, yang terbabit membangunkan sistem pertahanan udara bagi kebanyakan negara bekas Soviet Union, berkata Malaysia hanya perlu tahu apa yang dimahukan dan bentuk perlindungan yang diperlukan dari sistem radarnya. "Kami berpengalaman membangunkan sistem radar bagi Vietnam. Saya dapati bentuk muka bumi Malaysia dan Vietnam lebih kurang sama. Teknologi radar sedia ada milik Malaysia boleh digabungkan dengan sistem AGAT yang terbukti berkesan menghubungkan aset ketenteraan terutama dari Russia seperti pesawat Sukhoi dan MiG," katanya. Kos bangunkan sistem radar tinggi Difahamkan, Russia menggunakan sistem pertahanan udara S400, dibangunkan AGAT yang berpangkalan di Belarus, namun sistem itu tidak dijual kepada pihak luar. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Rumah sembelihan berlesen setiap daerah Posted: 16 Apr 2014 02:59 PM PDT Putrajaya: Kerajaan menetapkan sasaran setiap daerah memiliki satu rumah sembelihan berlesen sebelum akhir Jun depan bagi mengawal harga daging segar di pasaran. Langkah itu bertujuan mengurangkan kos logistik dalam rantaian bekalan daging kepada pengguna susulan isu bekalan lembu import dilaporkan sebelum ini. Ada kira-kira 200 rumah sembelihan di seluruh negara yang tidak dilesenkan kerana belum menepati kriteria ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |