RM10 juta insentif kepada pelabur ASB2 |
- RM10 juta insentif kepada pelabur ASB2
- Misteri 90 saat sebelum transponder dimatikan
- Perkataan ‘berakhir’ oleh Najib tepat: Duta China
- Siasatan polis tumpu 12 kru
- Bincang tingkat maklum balas
RM10 juta insentif kepada pelabur ASB2 Posted: 02 Apr 2014 03:42 PM PDT Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan saiz dana 10 bilion unit selain peruntukan RM10 juta sebagai insentif kepada pelabur. Perdana Menteri berkata, bagi pelabur yang mendaftar sebagai pemegang unit ASB2 bermula semalam sehingga 31 Disember 2014, sebanyak 10 unit percuma dikreditkan ke dalam akaun mereka tertakluk kepada unit yang masih ada. Beliau berucap ketika melancarkan ASB2, tabung dana amanah terbaharu yang juga produk ke-10 diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) di pekarangan Stadium Merdeka, di sini, semalam. Sasar Generasi Y Katanya ASB2 disasarkan kepada Generasi Y (Gen-Y), iaitu golongan yang menjadi tumpuan dalam pelbagai program pembangunan modal insan. Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. ASB2 ialah tabung jenis pendapatan kategori aset campuran dengan jumlah pelaburan permulaan dan juga pelaburan tambahan minimum 10 unit yang dibuka untuk langganan Bumiputera. Pelaburan maksimum untuk Akaun Dewasa berusia 18 tahun ke atas ialah 200,000 unit manakala 50,000 unit untuk Akaun Bijak bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga 18 tahun. Beliau berkata, data yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi pada tahun 2012 menunjukkan 19,575 orang diisytiharkan muflis, dengan 48.4 peratus adalah Bumiputera. Katanya, individu berusia 35 tahun hingga 44 tahun mencatat peratusan muflis tertinggi iaitu 36.6 peratus diikuti individu 45 tahun – 54 tahun (29.1 peratus), dan 25 tahun – 34 tahun (20 peratus). "Walaupun peratusan golongan muda diisytiharkan muflis masih rendah, kesannya cukup besar kerana mereka baharu hendak memulakan kerjaya dan semestinya tidak boleh membuat sebarang kegiatan untuk menambah pendapatan," katanya. Teroka modal baharu Najib berkata, menerusi rangsangan ekonomi sedemikian, kerajaan berharap kegiatan dalam beberapa sektor penting ekonomi negara dapat ditingkatkan melalui penerokaan modal baharu yang mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. "Pelaburan saudara-saudari ini jugalah yang akan memastikan kelangsungan pemilikan ekuiti dalam sektor korporat masih dipegang oleh Bumiputera," katanya. ASB2 dibuka untuk langganan bermula semalam di Pejabat Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) di seluruh negara serta ejen ASB seperti Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Pos Malaysia. Sementara itu, Lans Koperal Rozana Azni, 26, yang diumumkan sebagai pelabur ASB2 yang pertama berkata, tahun lalu dia melabur dalam ASB sebanyak RM120,000 dengan pinjaman daripada CIMB selama 30 tahun. "Selepas mendapat dividen pertama awal tahun ini, tentu saya teruja menanti dividen ASB2 pula tahun hadapan," katanya yang memenangi sebuah kamera polaroid. Pelabur remaja, Alias Ghazali Baharudin, 19, berkata, ucapan Perdana Menteri ketika perasmian ASB2 yang menyasarkan pelaburan dari Generasi Y sedikit sebanyak menyuntik semangatnya untuk terus melabur pada masa hadapan. |
Misteri 90 saat sebelum transponder dimatikan Posted: 02 Apr 2014 03:41 PM PDT Petaling Jaya: Apa berlaku dalam tempoh 90 saat sebelum transponder MH370 dimatikan? Itulah persoalan yang timbul kerana transkrip komunikasi antara kokpit dengan Pusat Kawalan Udara (ATC) selepas tengah malam 8 Mac lalu, tidak menunjukkan sebarang keganjilan. Tempoh komunikasi terakhir dari kokpit pada jam 1:19:29 hingga jam 1.21 pagi apabila transponder MH370 dilaporkan tidak lagi mengeluarkan isyarat, juga terus menjadi misteri. Beliau yang berkhidmat 30 tahun dengan MAS dan pernah mengendalikan pesawat B777 selama 10 tahun berpendapat, maklumat bila masa sebenar MH370 berpatah balik boleh membantu memberi pencerahan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu. "Maklumat pusingan balik MH370 sama ada ke kanan atau ke kiri atau ketinggian ketika berpatah balik akan memberi pencerahan mengenai corak kawalan ke atas pesawat. Ia sekali gus akan memberi petunjuk kepada kemungkinan apa yang berlaku kepada pesawat," katanya. Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Perkataan ‘berakhir’ oleh Najib tepat: Duta China Posted: 02 Apr 2014 03:39 PM PDT Kuala Lumpur: Duta China, Huang Huikang, berkata Perdana Menteri Najib Razak memilih perkataan yang tepat ketika mengumumkan kedudukan terakhir pesawat MH370 dalam taklimat minggu lalu. Bercakap kepada pemberita tengah hari semalam, Huang mempertahankan Najib kerana menggunakan perkataan 'berakhir'. Katanya, Najib terpaksa menggunakan perkataan itu untuk mengelak implikasi buruk memandangkan ahli keluarga penumpang warga China dalam penerbangan itu tetap berharap orang yang mereka sayangi masih hidup. "Najib memilih perkataan 'berakhir' berbanding 'terhempas' atau 'hilang'. Saya cukup memahami mengapa kerana tujuannya adalah untuk mengelak sebarang maksud yang memudaratkan. Anggota keluarga warga China masih berharap insan tersayang selamat, jika Najib memilih perkataan terhempas atau hilang, ia akan memberikan impak yang besar kepada anggota keluarga," katanya. Huang yang baru menyandang jawatan berkenaan menegaskan tumpuan kini adalah kepada usaha mencari dan China menyokong penuh kerajaan Malaysia. China tidak marah Huang juga menjelaskan bahawa kerajaan China tidak pernah marah dengan Malaysia, sekali gus menafikan ia tidak berpuas hati dengan cara Malaysia mengendalikan siasatan. "Kita berkawan baik selama bertahun-tahun dan sudah seperti saudara. Kami tidak pernah berkata bahawa kami marah dengan kerajaan Malaysia mahupun mengatakan bahawa kami tidak berpuas hati dengan mereka. Semua tuduhan itu tidak benar," katanya. |
Posted: 02 Apr 2014 03:39 PM PDT Kuala Lumpur: Siasatan kehilangan MH370 kini lebih tertumpu kepada semua 12 kru pesawat termasuk juruterbang dan pembantunya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ia susulan hasil siasatan awal Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang mengklasifikasikan semua 227 penumpang dari 15 negara termasuk Malaysia itu bersih dan bebas daripada elemen rampasan, sabotaj, psikologi dan peribadi. "Berdasarkan keterangan hasil temu duga dan soal siasat ke atas lebih 170 individu, semua penumpang dikategorikan sebagai bersih dan bebas sebelum siasatan beralih kepada kru penerbangan termasuk mereka yang tidak berada dalam pesawat. Belum ada maklumat "Setakat ini, siasatan dibuat mengikut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Kita belum ada maklumat mengenai motif sebenar kejadian," katanya. "Setakat ini, kami belum menerima laporan daripada pakar asing yang menjalankan pemeriksaan ke atas simulator itu serta maklumat lain oleh pasukan keselamatan luar negara yang turut membantu dalam siasatan. Prosedur siasatan sendiri "Kami mempunyai prosedur siasatan sendiri, ada antara maklumat yang boleh diberikan kepada anda (media), ada yang tidak boleh didedahkan kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan," katanya. Katanya, polis juga tidak dapat menjangka berapa lama diperlukan untuk melengkapkan siasatan, namun memberi jaminan kes akan terus disiasat sehingga keputusan mengemukakan pertuduhan dibuat. Beliau juga berkata, polis tidak pernah menerima permohonan daripada mana-mana agensi keselamatan asing untuk mengambil-alih mengetuai siasatan, sebaliknya banyak yang menawarkan diri dan kepakaran bagi membantu siasatan, selain maklumat yang diberikan oleh mereka. Katanya, dakwaan media asing kononnya Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Polis Antarabangsa (INTERPOL) serta beberapa agensi perisikan Britain dan Australia, mahu mengambil alih siasatan, tidak benar. "Setakat ini kita masih mampu menjalankan siasatan di bawah kendalian Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Hadi Ho Abdullah, selain mempunyai pegawai dan anggota berkaliber dan berkemahiran. Dalam perkembangan berkaitan, Khalid memberitahu media mengenai perincian contoh siasatan dalam mendapatkan maklumat lebih terperinci. "Jika sebelum ini, apabila pihak MAS memaklumkan ada empat tan manggis dalam kargo kapal terbang, siasatan polis meliputi dari mana datangnya buah berkenaan seperti siapa yang memetik manggis, siapa membekalkannya, siapa yang membeli dan dihantar kepada siapa. "Bukan hanya buah manggis, kita turut menjalankan siasatan di peringkat dalaman, seperti siapa yang memasak dan menghantar makanan ke dalam MH370, sebelum berlepas ke Beijing," katanya. |
Posted: 02 Apr 2014 03:37 PM PDT Honolulu: Kehilangan MH370 turut membayangi mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) apabila mereka membincangkan bagaimana untuk meningkatkan maklum balas terhadap bencana alam atau kecemasan. Agenda bagi perhimpunan menteri berkenaan di Hawaii menumpukan kepada peningkatan kerjasama bagi usaha bantuan kemanusiaan, bertukar kepada perkara baru lebih penting berikutan tragedi itu. Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel menjangkakan rakan sejawat yang lain melihat kepada pengajaran daripada usaha mencari itu, yang sehingga kini belum menemui sebarang petunjuk sejak pesawat hilang 8 Mac lalu. "Kita akan kembali dan melalui semua ini. Apa yang perlu dilakukan, mungkin apa yang sudah dilakukan," kata Hagel kepada pemberita sebelum mendarat di Honolulu. "Kita akan menyentuh mengenai sebahagiannya dalam mesyuarat selama dua hari ini," katanya. Menteri Pertahanan yang juga pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menghadiri mesyuarat itu di mana beliau dijangka memberi perkembangan terkini mengenai operasi mencari pesawat. Menteri Luar Singapura, K Shanmugam minggu lalu menyifatkan kritikan itu tidak adil dan berkata negara Asia Tenggara kurang peralatan ketenteraan untuk dihantar bagi bencana seperti itu, tidak seperti AS dan China. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |