Tidur mata terbuka

Tidur mata terbuka


Tidur mata terbuka

Posted: 26 May 2014 11:37 AM PDT

Pekan: Tujuh bulan tidur tanpa menutup mata. Itulah penderitaan yang dialami seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan, Muhammad Niyaz Furqan Mohd Fazrul Razduan yang disahkan menghidap penyakit Sindrom Crouzon yang jarang ditemui di negara ini.

Malah, lebih menyayat hati apabila muka dan tengkorak Muhammad Niyaz Furqan membengkak, manakala matanya seakan tersembul.

Bapa kepada bayi malang itu, Mohd Fazrul Razduan Kamaruzaman, 32, dari Taman Sri Maulana, di sini, berkata, pada peringkat awal, doktor tidak mengesan sebarang masalah pada bayi yang dikandung isterinya, Norzati Iwani Ab Razak, 29, sehingga anak sulungnya itu dilahirkan.

"Dugaan yang kami tempuh ini amat berat. Selepas penantian hampir dua tahun untuk menimang cahaya mata berakhir, dugaan lain datang apabila dianugerahkan anak istimewa.

Foto

MUHAMMAD Niyaz Furqan


"Doktor turut memaklumkan salur pernafasan di lubang hidung sebelah kanan anak saya terlalu kecil, selain ada air dalam kepalanya," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Periksa semua jenama coklat

Posted: 26 May 2014 11:35 AM PDT

Putrajaya: Pemeriksaan terhadap semua jenama coklat di negara ini akan dilakukan Kementerian Kesihatan bagi memastikan produk berkenaan bebas dari sebarang pencemaran DNA babi (porcine) seperti yang dikesan dalam dua coklat keluaran Cadbury.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, tindakan berkenaan diambil bagi memastikan masalah itu tidak membabitkan coklat berjenama lain.

"Jenama lain juga akan diperiksa, bukan hanya Cadbury. Pemeriksaan membabitkan produk coklat pelbagai jenama di pasaran tempatan, setakat ini hanya dua produk Cadbury yang ada DNA babi, manakala coklat susu didapati negatif.

"Ini adalah tanggungjawab kementerian mengikut Akta Makanan 1983 bagi memastikan setiap bahan yang terkandung dalam sesuatu produk makanan dinyatakan dengan jelas pada label produk berkenaan," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Foto

Dr Subramaniam


Selain itu, Dr Subramaniam berkata, siasatan awal kementerian mendapati kehadiran DNA babi dalam dua produk coklat berkenaan mungkin berlaku akibat pencemaran di sepanjang rantaian pembuatan produk berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Akaun palsu kutip derma

Posted: 26 May 2014 11:34 AM PDT

Sungkai: Waris suami isteri, Jeffri Mohd Zin dan Norsalawati Ibrahim yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Chan Sow Lin, Cheras, Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu, terkilan dengan segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa keluarganya untuk mengaut keuntungan di laman sosial sejak dua hari lalu.

Adik Allahyarham Jeffri, Zainah Mohd Zain, 44, yang ditemui di kediaman mereka di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman, di sini, semalam, mendakwa segelintir menyediakan saluran bantuan dan memberi nombor akaun palsu di laman sosial termasuk Facebook.

"Pendapatan yang mereka peroleh itu adalah harta anak yatim.

"Saya juga turut terkilan dengan tohmahan yang dilemparkan segelintir pengguna laman sosial mendakwa kami sekeluarga meraih simpati masyarakat untuk mendapatkan keuntungan sedangkan bantuan yang kami terima tidak dipinta. Semua itu perbelanjaan dan keperluan lima anak arwah," katanya.

Foto

SHAHRIZAT menyerahkan sumbangan kepada Mohd Haikal.


Menurutnya, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dan sumbangan. Begitupun dia berharap orang ramai tidak terpedaya dengan khidmat saluran bantuan yang dipaparkan di laman sosial.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

'Belum masa saya undur'

Posted: 26 May 2014 11:33 AM PDT

New Delhi: Biarpun dikritik hebat berikutan prestasi hambar pada saingan Piala Thomas yang berakhir kelmarin, pemain perseorangan ketiga negara Liew Daren tidak pernah terfikir untuk berundur daripada dunia badminton.

Sebaliknya, kapten skuad negara itu menegaskan, dia akan cuba memperbaiki persembahan sepanjang baki saingan musim ini.

"Saya hanya mahu melihat cabaran di depan. Kalau saya kenang semula cerita lalu tak guna juga.

"Saya harap segala pengalaman sepanjang beraksi di Piala Thomas akan menjadikan saya lebih matang," katanya.

Foto

DAREN (kanan) tetap disambut meriah peminat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.


Daren berkata, dia tidak mahu meletakkan dirinya sebagai seorang pemain yang terus menemui kegagalan dan bertekad untuk bangkit semula seperti pernah berlaku kepada bekas pemain negara Kuan Beng Hong.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27

Zara Zya: Penat lelah 11 tahun berbaloi

Posted: 26 May 2014 11:32 AM PDT

Hanya kerana lakonannya dalam drama bersiri Love You Mr Arrogrant, Zara Zya sekali lagi menang besar apabila memenangi kategori Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Sabtu lalu.

Pemilik nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini sekali gus mengetepikan pencabar terdekatnya iaitu Atikah Suhaime, Chacha Maembong, Elfaeza Ulhaq dan Hanis Zalikha.

Bahkan, gandingan mantapnya bersama Azlee Khairi dalam drama adaptasi novel popular itu turut melayakkan mereka dipilih sebagai pemenang kategori Gandingan Serasi di Layar.

Langsung tidak menyangka akan memenangi kategori Artis Baru Wanita Popular, pelakon berusia 29 tahun itu terkejut sebaik mendengar namanya dipanggil ke pentas untuk menerima trofi.

Foto


"Selepas mendapat tahu nama saya tersenarai sebagai finalis ABPBH, saya bersyukur namun tidak meletakkan harapan tinggi kerana sedar calon lain dalam kategori artis baru semuanya hebat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/27