5 perkara kukuh persahbatan

5 perkara kukuh persahbatan


5 perkara kukuh persahbatan

Posted: 30 May 2014 02:57 PM PDT

5 perkara kukuh persahbatanPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Presiden China, Xi Jinping pada pertemuan di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai di Beijing, semalam. - Foto REUTERS

40 tahun hubungan Malaysia-China: PM cadang mekanisme perkukuh hubungan diplomatik bagi tempoh 40 tahun akan datang

Beijing: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan mekanisme lima perkara bagi memperkukuh dan memperteguhkan lagi hubungan diplomatik Malaysia-China bagi tempoh 40 tahun akan datang.

Beliau berkata, langkah pertama ialah memperhebat dan memperkasa hubungan sosio-budaya, nilai dan kemanusiaan yang menjadi asas penting untuk membina sebuah negara bangsa yang unggul dengan berteraskan nilai murni dan kemanusiaan.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

KL, Beijing rakan kongsi keamanan, kemakmuran

Posted: 30 May 2014 02:50 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yakin hubungan Malaysia dan China akan terus kukuh bukan sekadar sebagai kawan tetapi juga rakan kongsi demi keamanan dan kemakmuran.

Beliau berkata, kedua-dua negara akan memasuki era Abad Asia menjelang 2050 iaitu kira-kira 40 tahun lagi yang mana China akan menjadi kuasa ekonomi dunia dan Malaysia negara maju yang matang.

Katanya, persahabatan Malaysia dan China sudah membuahkan kejayaan ekonomi dan China menjadi rakan dagang utama Malaysia dengan nilai dagangan dua hala RM371 bilion (AS$106 bilion).

Dalam rencana yang ditulis Najib dan disiarkan akhbar tempatan, People Daily semalam, Perdana Menteri berkata kedua-dua negara juga sedang rancak melabur di antara satu sama lain.

Wujud peluang pekerjaan

"Pelabur China dan Malaysia masing-masing terbabit dalam projek usaha sama di Taman Perindustrian Qinzhou di Guangxi dan Taman Perindustrian Kuantan yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat," katanya.

Najib berkata, hubungan dalam kalangan rakyat juga lebih kukuh dengan masyarakat Malaysia keturunan Cina mahu melihat wujud satu hubungan istimewa dengan China.
"Sebenarnya, tidak ada lambang persahabatan yang lebih istimewa selain kehadiran dua ekor panda gergasi ditempatkan di Zoo Negara," katanya.

Perdana Menteri juga menegaskan dalam persahabatan pasti ada ujian dan Malaysia serta China juga tidak terkecuali dengan tragedi kehilangan pesawat MH370.

Katanya, peristiwa itu adalah sesuatu yang sukar dan menjadi misteri yang tidak pernah berlaku sehingga banyak masa dan tenaga digunakan untuk kerja mencari.

"Namun atas nama persahabatan, kita saling membantu sebaik saja pesawat itu dikesan hilang. Pihak berkuasa China telah memainkan peranan penting dalam pasukan penyiasat antarabangsa bagi mengenalpasti kawasan pencarian di barat Australia," katanya.

Dua mangsa culik di Sabah selamat

Posted: 30 May 2014 02:48 PM PDT

Dua mangsa culik di Sabah selamatHuayun berjaya diselamatkan Polis Diraja Malaysia dengan bantuan pihak berkuasa Filipina selepas dua bulan dalam tawanan penculik.

Warga China diselamatkan PDRM, pasukan keselamatan Filipina

Kota Kinabalu: Selepas dua bulan berada dalam tawanan kumpulan penculik, wanita warga China dan pekerja resort rakyat Filipina, diselamatkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama polis negara jiran itu, semalam.

Kejayaan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi tweeternya semalam.

"Saya baharu saja diberikan penerangan oleh PDRM bahawa dua wanita yang diculik dari resort di Sabah pada April lalu, telah diselamatkan oleh pihak keselamatan kita.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

PRK Teluk Intan: BN tiada taktik kotor

Posted: 30 May 2014 02:44 PM PDT

Teluk Intan: Ketika pembangkang didakwa melakukan pelbagai taktik kotor, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bekerja keras sehingga pada saat akhir bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata jentera parti tidak boleh berehat daripada menarik sokongan sehingga selesai tempoh pengundian.

Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PRK itu berkata, BN tidak akan mengikut rentak pembangkang.

"Suasana kempen walaupun masih tenteram tetapi taktik kempen yang digunakan parti lawan, DAP, agak kotor.

Beri penjelasan bukan tohmahan

"BN tak akan tunduk kepada apa pun tekanan, sebaliknya mengambil langkah proaktif untuk menanganinya. Kita tak lakukan serangan dan tohmahan, sebaliknya memberikan penjelasan dan penerangan mengenai kedudukan dan status sebenar isu dibangkitkan.

"Dalam tempoh beberapa jam ke hadapan, kita akan memberikan tumpuan kepada beberapa kawasan, ini strategi kita dan kita harap pengundi memberi sokongan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat India Teluk Intan di pekarangan Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), di sini, semalam.

Selepas mengadakan pertemuan, Muhyiddin turut diberikan taklimat akhir persiapan PRK berkenaan bersama Pengerusi BN Perak yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau kemudian ke Masjid Sultan Idris II di sini bagi menghadiri majlis tahlil sempena kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah dan menunaikan solat Jumaat serta menghadiri Jamuan Rakyat di perkarangan masjid berkenaan.

Muhyiddin berkata, pengundi seharusnya menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin bahawa Datuk Mah Siew Keong akan dilantik sebagai Menteri Kabinet jika menang pada PRK hari ini.

"Ini satu kenyataan yang harus diterima baik oleh pengundi-pengundi, tetapi jangan disalah tafsir sebagai gimik atau sebagainya. Kalau Ahli Parlimen mana-mana kawasan dilantik menjadi Menteri, lain faedah tentunya kepada penduduk di Teluk Intan juga.

PRK Teluk Intan: Polis nasihat usah beri kad pengenalan elak penipuan

Posted: 30 May 2014 02:42 PM PDT

Teluk Intan: Pengundi di Parlimen Teluk Intan dinasihatkan tidak memberi kad pengenalan mereka sewenang-wenangnya kepada mana-mana pihak selain polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari pengundian, hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ia bagi mengelak penipuan dan memastikan kelancaran proses mengundi.

"Orang awam atau mana-mana pihak tidak mempunyai kuasa untuk meminta kad pengenalan orang lain selain pihak berkaitan seperti polis dan SPR.

"Saya yakin SPR mempunyai anggota dan kakitangan mencukupi untuk memastikan kelancaran proses mengundi esok (hari ini)," katanya di Markas Taktikal Polis (MARTEK), di sini semalam.

Beliau berkata, jumlah anggota dan pegawai polis yang bertugas sepanjang PRK di Teluk Intan adalah mencukupi bagi memastikan keselamatan pengundi serta keamanan di kawasan ini.

Mekanisme tangani seludup diesel dibincang

Posted: 30 May 2014 02:41 PM PDT

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersedia bekerjasama dengan agensi kerajaan bagi mengkaji mekanisme untuk menangani aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi secara lebih berkesan selepas Ops Titik dilancarkan sejak 15 Mei lalu, membuahkan hasil.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek, berkata mekanisme sedia ada akan dikaji antaranya pengagihan kepada pihak terbabit dan kuota atau tarif yang dikenal pasti dapat membendung aktiviti penyelewengan minyak.

Adakan perbincangan

"Kita akan duduk dan membincangkan bersama masalah ini dalam masa terdekat dengan agensi kerajaan seperti Agensi Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Kewangan.

"Selepas diputuskan mekanisme itu, kita akan melaksanakan undang-undang mengikut akta masing-masing supaya dapat diselaraskan secara bersepadu dengan lebih berkesan," katanya, semalam.

Kelmarin, KPDNKK mengumumkan kejayaannya dalam operasi Ops Titik dijalankan sejak 15 Mei lalu membuahkan hasil apabila sebanyak 82 kes penyeludupan diesel berjaya digagalkan, manakala nilai rampasan membabitkan RM2.75 juta.

Tumpuan penguatkuasaan lebih kepada penyeludupan RON 95; diesel dan gas memasak (LPG) dengan tumpuan operasi lebih kepada stesen minyak; sistem pengedaran; Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan syarikat persendirian. Katanya, menerusi operasi ini pihaknya akan melanjutkan Ops Titik untuk tempoh tertentu.