Jawapan wanita atas jejantas |
- Jawapan wanita atas jejantas
- Bahang dari lantai rumah
- Maut tertimbus dalam tandas
- Suami latih saya mengaji
- Cucu tertiarap bawah kerusi
- Ambil dadah demi ibu
Posted: 17 May 2014 08:55 AM PDT Kuala Lumpur: Wanita yang ditemui di atas jejantas berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menunaikan solat dan membaca al-Quran memberi alasan berbuat demikian selepas mendapat alamat melalui mimpi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata kejadian selepas pihaknya menerima maklumat dari orang awam, pada 1.30 petang Sabtu. "Anggota polis yang melakukan penugasan am bergegas ke lokasi kejadian kerana bimbang wanita itu akan dilanggar kenderaan sebelum membawanya ke Balai Polis Tun HS Lee. "Dia kemudiannya dihantar ke Unit Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi.
|
Posted: 17 May 2014 07:58 AM PDT Miri: "Tiba-tiba saya terasa bahang sebaik melangkah bahagian dapur sebelum mendapati api dan kepulan asap keluar dari tingkat bawah rumah," kata Faizah Supri, 27, seorang daripada mangsa kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Pujut 9B, di sini. Kebakaran 3.50 petang itu dipercayai bermula dari bahagian dapur di tingkat bawah rumah dua tingkat berkenaan sebelum merebak ke sebuah rumah kosong bersebelahan. Difahamkan, tingkat bawah rumah berkenaan disewa dan didiami sepasang suami isteri bersama empat anak namun semasa kejadian kesemua mereka tiada di rumah kerana mahu menghadiri sukaneka di Senadin. Faizah berkata, sebelum kejadian, dia bersama tiga anak berusia lapan hingga 11 tahun berada di beranda tingkat atas sedang bersembang bersama seorang jiran sekali gus langsung tidak menyedari kebakaran berkenaan.
Menurutnya, dia bersama jiran bertindak memecah pintu rumah di tingkat bawah dan cuba menyimbah api dengan air, namun gagal berikutan api sudah marak membakar separuh dari rumah di tingkat bawah. "Sebenarnya, kami enam beranak tinggal bersama keluarga mentua di tingkat atas, manakala tingkat bawah kami sewa kepada pasangan suami isteri berkenaan," katanya menjelaskan semasa kejadian penghuni rumah lain tiada di rumah atas urusan kerja masing-masing. Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mereka sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang dan sedang buntu memikirkan tempat tinggal apatah lagi empat anaknya masih bersekolah. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng Eddy Zulkifli Abdullah berkata tiga jentera bersama 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.59 petang. Katanya, sebaik tiba api sudah marak dan membakar keseluruhan dua rumah berkenaan, namun semua penghuni rumah terbabit selamat. "Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta jumlah kerugian, namun kami tidak menolak kebakaran kemungkinan berpunca dari api dapur gas yang lupa ditutup oleh penghuni di tingkat bawah rumah dua tingkat terbabit," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17 |
Posted: 17 May 2014 02:23 AM PDT Sungai Buloh: Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas tertimbus dua meter dalam runtuhan tanah di sebuah gudang perabot di Jalan Kampung Baru Subang, pada 10.30 pagi ini. Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Abul Kasim, 43, dikatakan berada dalam tandas manakala sebelas rakannya yang lain berada di dalam gudang berkenaan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Sani Harul berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan telentang, pada 2.35 petang. Beliau berkata, runtuhan itu berlaku berikutan kerja-kerja pembinaan kilang di atas bukit setinggi 50 meter di belakang gudang berkenaan.
|
Posted: 16 May 2014 03:07 PM PDT Kuantan: "Guru saya ialah suami. Dia yang mencari pengajar melatih saya sehingga kami sama-sama masuk bertanding," kata Sarrul Munirah Haris, 31, qariah mewakili Melaka pada Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-57 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini. Tilawah kali ini adalah kali keempat disertai Sarrul Munirah yang bertugas di Bahagian Kaunseling dan Agama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, bersama suaminya, Azraie Abdul Hak, 34. Ibu kepada lima anak itu berkata, meskipun mempunyai pengalaman bertanding dalam tiga tilawah sebelum ini, dia tidak boleh terlalu yakin sebaliknya lebih menumpukan usaha untuk meningkatkan mutu bacaan. "Syukur ada yang menjadikan kami pasangan contoh untuk melahirkan keluarga yang cintakan tilawah al-Quran tetapi sedikit sebanyak kami agak tertekan kerana pabila sama-sama bertanding. AZRAIE menunjukkan sesuatu kepada isterinya. FOTO Zulkepli Osman
Pasangan itu juga pernah muncul juara qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Melaka pada 2008. Sarrul Munirah berkata, penyertaan bersama suami membolehkan mereka melakukan persiapan bersama selain berkongsi teknik memperkemaskan bacaan. Katanya, dia dan suami yang bertugas sebagai guru di Sekoleh Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka, yang juga pemenang tempat ketiga Akademi al-Quran musim pertama itu, sentiasa berkongsi tips bagi meningkatkan mutu bacaan. "Minat dalam bidang tilawah al-Quran juga disemai kepada anak. Seorang daripada mereka, Athirah, 10, akan mewakili negeri pada tilawah peringkat kebangsaan," katanya. |
Posted: 16 May 2014 12:48 PM PDT Kota Kinabalu: Seorang nenek hanya mampu meraung sebaik melihat anggota bomba membawa keluar mayat cucu lelakinya berusia lima tahun yang rentung apabila rumah didiami mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Pandanan, Inanam Laut, dekat sini, semalam. Dalam kejadian pada jam 11.15 pagi, mangsa, Mohd Sharan Fais Nizam, 5, ditemui tertiarap di bawah kerusi di ruang tamu rumah, sejurus selepas api dipadamkan. Kebakaran membabitkan empat rumah kayu turut menyebabkan sepupu mangsa, Noorsamsiah Alimuddin, 6, yang juga orang kelainan upaya (OKU) melecur di muka manakala datuk mereka, Kans Jamalin, 52, melecur di muka, tangan dan kaki. Kedua-dua mereka dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) II untuk rawatan. MAYAT mangsa diangkat anggota bomba dalam kejadian kebakaran di Kampung Pandanan, Inanam Laut, Kota Kinabalu. IBU mangsa rentung ditenangkan anggota keluarga.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17 |
Posted: 16 May 2014 12:10 PM PDT Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang ditahan kerana positif dadah cuba meraih simpati pihak berkuasa apabila memberi alasan terpaksa mengambil bahan terlarang itu untuk sentiasa 'berjaga' bagi menemani ibunya yang terlantar di hospital. Namun, alasan lelaki berusia 48 tahun itu gagal meyakinkan pihak berkuasa menyebabkannya ditahan dalam Operasi Bersepadu Perdana di Jalan Sepanggar, dekat sini, malam kelmarin. Terdahulu, lelaki itu antara 11 pengguna jalan raya ditahan pihak berkuasa apabila didapati positif dadah jenis syabu selepas menjalani ujian air kencing. Dalam operasi jam 10 malam itu, suspek yang berasal dari Sarawak, mendakwa baru mengambil bahan terlarang itu sejak seminggu lalu kerana mahu menjaga ibunya di hospital. PIHAK berkuasa memeriksa kenderaan yang ditahan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |