Hasrat tunai umrah termakbul |
- Hasrat tunai umrah termakbul
- Bertenggek bumbung tingkat 11
- Sebak lihat foto bayi
- 'FAM patut bagi RM1j'
- Hazama makin seronok berlakon
Posted: 07 May 2014 12:18 PM PDT Putrajaya: "Walaupun keadaannya uzur, arwah tetap bersemangat menunaikan umrah. Alhamdulillah, hasrat arwah mahu menunaikan umrah tahun ini dimakbulkan," kata Zainab Serat, 67, balu Allahyarham Jamal Muhamad, 75. Jamal juga personaliti televisyen veteran lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal menerusi program Mini Parlimen pada era tahun 1980-an meninggal dunia jam 11 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya (HPj).
Zainab berkata, sepanjang menunaikan umrah di Makkah, arwah kelihatan amat gembira dan bersemangat walaupun menyedari dirinya dalam keadaan uzur.
Zainab Serat Turut kelihatan melawat keluarga arwah adalah Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat.
Sebelum ini, arwah mengalami masalah pernafasan berpunca daripada penyakit 'ankylosing spondylitis' yang dialami sejak 14 tahun lalu menyebabkan tulang belakangnya membengkok hingga mengganggu paru-paru.
|
Posted: 07 May 2014 12:18 PM PDT Petaling Jaya: Seorang wanita yang mengalami masalah gangguan emosi bertindak 'berani mati' apabila memanjat keluar dari tingkap dapurnya di tingkat 12 pangsapuri di Desa Mentari, di sini, sebelum bertenggek di atas atap dapur jirannya di tingkat 11 bangunan sama. Aksi ngeri wanita berusia 30-an itu menyebabkan penghuni di kawasan pangsapuri itu gempar apabila mangsa seolah-olah cuba terjun dari bumbung berkenaan dalam kejadian jam 7.20 pagi semalam. Mangsa yang juga ibu kepada tiga anak itu dilihat meracau sambil meluahkan perasaan berhubung masalah peribadi dihadapi selain turut mengacah untuk terjun dari bumbung dapur jirannya itu. Susulan itu ahli keluarga wanita terbabit terpaksa menghubungi talian kecemasan untuk menyelamatkannya. PASUKAN penyelamat membawa turun wanita yang ingin terjun dari tingkat 11 pangsapurinya, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/08 |
Posted: 07 May 2014 12:17 PM PDT Ampang: Seorang jurujual farmasi yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan membuang bayi yang dilahirkannya di dalam tandas di Taman Melawati di sini, Jumaat lalu menangis sebaik melihat gambar mayat anaknya ketika ditunjukkan polis mahkamah. Dengan pengakuan remaja berusia 18 tahun itu, Majistret Noor Farah Hazwani Osman menetapkan 16 Julai ini untuk jatuh hukum dan mendapatkan laporan akhlaknya. Remaja itu pada mulanya mengaku tidak bersalah, namun menukar pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula kepadanya. Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan membuang mayat bayi itu tanpa diketahui sama ada itu bayi mati selepas atau semasa dilahirkan. TERTUDUH di Mahkamah Majistret, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/08 |
Posted: 07 May 2014 10:12 AM PDT Kota Bharu: Tan Sri Annuar Musa berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat mengagihkan geran tahunan sekurang-kurangnya RM1 juta musim depan memandangkan kos pengurusan pasukan yang makin meningkat. Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu berkata, geran tahunan RM300,000 yang disalurkan kepada pasukan Liga Super tidak cukup berikutan kos operasi pasukan Liga Malaysia (Liga-M) kini mencecah hingga RM8 juta. Pemberian geran itu dilihat jauh lebih rendah berbanding ketika zaman bola sepak semi pro dari 1989-1993 apabila setiap pasukan Liga Perdana menerima RM1.2 juta. "Dulu (FAM) boleh bagi RM1.2 juta masa semi pro dan kos operasi ketika itu cuma RM1 juta, tapi sekarang dengan kos operasi RM7 hingga RM8 juta, pasukan (Liga Super) hanya diberikan RM300,000. TAN Sri Annuar Musa
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/08 |
Posted: 07 May 2014 07:46 AM PDT Bakat nyanyian Hazama memang terbukti hebat. Bukan itu saja, pemilik nama sebenar Hazama Ahmad Azmi ini juga menyerlah dalam bidang lakonan. Hingga kini, dia sudah membintangi filem seperti Apa Celop Toqq, Lari dan Hantu Nan Sempit. Mengakui lakonan hanya sekadar memenuhi minat dan mengembangkan bakat seni dimilikinya, Hazama, 30, berkata, keutamaan tetap pada nyanyian. Kata penanyi Relakan Jiwa ini, kecintaan pada muzik tidak pernah pudar walau pun dia makin aktif berlakon. "Sebenarnya saya berlakon pun bukan kerana mahu jual muka untuk muncul di televisyen setiap masa. Saya akan terima tawaran berlakon yang wataknya dirasakan sesuai dan mampu dilakonkan dengan baik dan berkesan. BABAK lakonan Hazama (tengah) bersama Along (kiri) dan Joey dalam telefilem Rock Sangkut. GENERVIE, makin intim dengan Hazama.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |