Binatang!

Binatang!


Binatang!

Posted: 29 May 2014 12:42 PM PDT

Kuala Lumpur: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi.

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

Foto

FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli


"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.


Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan marble berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.

Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/30

Tak betul

Posted: 29 May 2014 12:28 PM PDT

Canberra: Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) memutuskan kawasan Lautan Hindi, kawasan isyarat akustik dikesan dan pencarian dasar laut dilakukan sejak awal April lalu dianggap sebagai bukan tempat penerbangan MH370 berakhir.

Keputusan itu dibuat selepas kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-21 menamatkan operasi pencarian bawah air petang kelmarin selepas mencari di kawasan seluas 850 kilometer persegi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) semalam, AUV itu selesai melakukan pencarian di kawasan dikesan isyarat yang dipercayai dari kotak hitam pesawat MH370 awal April lalu.

Data yang dikumpul hasil pencarian itu dianalisis dan JACC mendapati tiada serpihan pesawat berkenaan dikesan AUV itu sejak menyertai operasi pencarian.

Foto

KRU kapal Ocean Shield mengendalikan Bluefin-21 di Lautan Hindi.


"ATSB menasihatkan pencarian di kawasan berhampiran kerana isyarat akustik dikesan kini boleh dianggap selesai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/30

20 penyamun serang asrama

Posted: 29 May 2014 12:09 PM PDT

Puchong: Tujuh warga asing berdepan detik cemas apabila diserang lebih 20 lelaki tempatan bersenjatakan parang, pisau dan kayu dalam kejadian samun di asrama pekerja warga asing di Taman Puchong Intan Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, kumpulan terbabit merempuh masuk ke asrama dua tingkat itu lalu mengancam untuk mencederakan penghuni terbabit.

Seorang mangsa, Makaram Ali, 35, berkata, ketika kejadian, dia ingin keluar bekerja sebelum melihat kumpulan terbabit yang berada di hadapan pintu asramanya itu.

"Mereka terus mengacukan parang kepada saya lalu merempuh masuk ke dalam bilik dan memaksa saya serta rakan-rakan lain menyerahkan wang dan barangan berharga.

Foto

MANGSA cedera di bahagian mata.

Foto

BELAKANG dan lengan mangsa turut dipukul.


"Saya dan rakan-rakan lain terkedu dan hanya mengikut arahan mereka," katanya kepada Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/30

Bumbung koyak

Posted: 29 May 2014 11:37 AM PDT

Kangar: Impian Perlis untuk menjadi antara tuan rumah terbaik temasya SUKMA, dihantui mimpi ngeri apabila venue paling kontroversi, pusat akuatik kembali menjadi tajuk perbualan.

Sehari selepas Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) meluluskan penggunaan venue terbabit, bumbung kanvas di pusat akuatik terkoyak dan sebahagian besarnya jatuh di permukaan kolam gara-gara gagal menampung hujan pada jam 2 petang semalam.

Mujur ketika kejadian, tidak ada atlet yang turun berlatih kerana saringan acara renang yang menyingkap tirainya semalam, berhenti rehat dan sepatutnya bersambung di sebelah petang.

Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dipersalahkan sebelum ini, mengeluarkan kenyataan bahawa semua isu teknikal dan keselamatan di pusat akuatik terbabit sudah diselesaikan.

Foto

Foto

PUSAT akuatik banyak timbul masalah.


Kenyataan sama turut berkata, kelewatan pembinaan pusat akuatik adalah disebabkan kelemahan pengurusan dalaman kontraktor reka dan bina (design and built) yang dilantik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/30

Bangga nyanyi lagu pop Melayu

Posted: 29 May 2014 07:12 AM PDT

Gara-gara terlalu meminati lagu romantis Rindu Serindu Rindunya ciptaan Eddie Hamid dan lirik Allahyarham Man Toba membuatkan penyanyi terkenal Indonesia, Firman Rahmat Siagian merakamkannya semula sebagai single terbarunya. Lagu yang pernah dianggap 'muzik kampung' itu masih lagi diminati ramai.

Bukan saja menjadi lagu malar segar dalam kalangan penggemar muzik di negara ini, tetapi inisiatif Firman merakamkan semula lagu Rindu Serindu Rindunya itu turut berjaya menambat hati kira-kira 600 rangkaian stesen radio di seluruh Indonesia. Ternyata, pilihan dibuat Firman tepat untuk karier nyanyiannya.

Ditemui pada sidang media pengumuman persembahan istimewa Exclusive Night With Firman In Kuala Lumpur jam 9 malam esok di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, Firman berkata, pada sekitar 1994 iaitu ketika lagu Rindu Serindu Rindunya dipopularkan kumpulan Spoon, dia masih bersekolah menengah.

"Disebabkan terlalu meminati lagu ini, saya memberanikan diri bermain gitar di hadapan gadis dengan memainkannya. Jadi, lagu ini amat bermakna buat saya ketika remaja dulu kerana ia mengingatkan pada kenangan pertama kali bermain gitar. Selain itu, saya sukakan lagu ini kerana melodi dan lirik Melayunya yang indah.

Foto

FIRMAN rancang terbit album Aku Anak Melayu tidak lama lagi.


"Meskipun, suatu ketika dulu saya lebih memilih genre muzik rock dalam lagu yang dinyanyikan, namun jauh di sudut hati saya akui jiwa ini cukup tebal dengan bahasa dan budaya Melayu. Jadi, saya memilih untuk menyemarakkan semula kehebatan lagu pop Melayu kepada masyarakat di Malaysia dan Indonesia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/30