DESAK HENTI OPERASI

DESAK HENTI OPERASI


DESAK HENTI OPERASI

Posted: 23 May 2014 02:41 PM PDT

DESAK HENTI OPERASI

Isu cermin gelap: Tunggu pengumuman bengkel khas sama ada terus, batal operasi

Kuala Lumpur: Pasukan Trafik Bukit Aman menunggu keputusan bengkel khas berkaitan pindaan peraturan cermin gelap pada 2 Jun ini sama ada meneruskan atau membatalkan Operasi Cermin Gelap di seluruh negara.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff, berkata sebarang perubahan dan pindaan terhadap peraturan itu nanti akan diguna pakai oleh pasukan trafik dalam menjalankan operasi selepas ini.

"Kita tunggu hasil bengkel...operasi hanya akan diadakan bermula 16 Jun ini," katanya.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju untuk mengguna pakai peraturan baharu penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan.

"Pindaan baru peraturan itu akan dimuktamadkan menerusi satu bengkel khas diadakan selama dua hari bermula 2 Jun ini di Hotel Holiday In Gleanmarie, Shah Alam," katanya.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Pererat hubungan ekonomi, politik KL-Astana

Posted: 23 May 2014 02:31 PM PDT

Pererat hubungan ekonomi, politik KL-AstanaNajib bersalaman dengan Nazarbayev ketika Persidangan Antikrisis Dunia Kedua, Forum Ekonomi Astana di Astana, Kazakhstan, semalam. - Foto BERNAMA

Kazakhstan berharap untuk membangunkan hubungan yang lebih bermakna dengan Malaysia dalam bidang ekonomi dan politik.

Menteri Luar Negeri Kazakhstan, Erlan Idrissov, berkata Kazakhstan mengenal pasti Malaysia sebagai negara model dalam pembangunan dan sudah mewujudkan hubungan yang baik dan erat dengan Malaysia.

Dr Mahathir jadi model

"Malaysia adalah rakan dagang penting Kazakhstan dan kami menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang berwawasan," katanya pada taklimat bagi wartawan luar di pejabatnya.

Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara terjalin sejak tahun 1992 dengan lawatan rasmi Dr Mahathir ke Kazakhstan dan lawatan balas Presidennya, Nursultan Nazarbayev ke Malaysia.

Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama tiga hari ke bandar Astana, Kazakhstan, bermula semalam, adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dalam pelbagai bidang.

Beliau diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pagi semalam pada Forum Ekonomi Astana sebagai tetamu istimewa Nazarbayev.
Idrissov berkata, pelabur Malaysia seperti PETRONAS bertapak kukuh di Kazakhstan.

Beliau berkata, pelabur asing seperti Malaysia boleh memanfaatkan kedudukan Kazakhstan dalam Integrasi Ekonomi Eurasia antara Russia, Belarus dan Kazakhstan.

Kesatuan Ekonomi Eurasia antara Russia, Belarus dan Kazakhstan dijangka dibentuk pada 2015 melalui pemansuhan halangan kastam.

Ia bagi mewujudkan satu lagi kuasa ekonomi supaya sama rata dalam kekuatan dan daya saing ekonomi seperti Kesatuan Eropah. - BERNAMA

Rayu Menteri Haji Arab Saudi

Posted: 23 May 2014 02:27 PM PDT

Susulan pengurangan visa umrah: Rayuan antara inisiatif selesaikan isu visa umrah

Kuala Lumpur: Kerajaan mengemukakan rayuan kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi semalam bagi membolehkan bakal jemaah umrah diberikan kelulusan visa berdasarkan jumlah tempahan dibuat sebelum ini.

Rayuan menerusi surat itu adalah antara inisiatif Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk memastikan isu visa umrah yang kian meruncing berikutan 26,000 bakal jemaah sedang menunggu kelulusan dokumen berkenaan, diselesaikan segera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata surat yang dihantar semalam adalah inisiatif awal kerajaan untuk memastikan masalah visa umrah dapat ditangani.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

PRK Teluk Intan: DAP, PAS dicabar nyata pendirian isu hudud

Posted: 23 May 2014 02:22 PM PDT

PRK Teluk Intan: DAP, PAS dicabar nyata pendirian isu hudud Muhyiddin beramah mesra dengan penduduk Kampung Sungai Samak pada majlis jamuan rakyat sempena PRK Parlimen Teluk Intan, semalam. - Foto Abdullah Yusof

Parti tak beri penjelasan tanda wujud percanggahan

Teluk Intan: Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar DAP dan PAS supaya menjelaskan pendirian sebenar mereka berhubung isu hudud kepada rakyat, khususnya pengundi di Parlimen Teluk Intan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pendirian itu perlu dijelaskan kepada pengundi Melayu dan bukan Melayu atau Islam dan bukan Islam.

Perbezaan ketara

"Sehingga kini kedua-dua parti itu tidak dapat menjelaskan pendirian mereka, tetapi nyata mereka tidak dapat menjelaskannya kerana perbezaan agak begitu ketara sekali, percanggahan agak begitu jelas antara kedua-dua pihak berkenaan.

"Jadi soal ini bukan masalah kita (BN), itu mereka (DAP dan PAS) dan kalau mereka tak dapat menjelaskan, itu satu petanda bahawa mereka sendiri tidak tahu apa sikap dan pendirian yang sewajarnya diambil dalam menangani masalah hudud itu," katanya kepada media selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Erong, Hutan Melintang, dekat sini, semalam.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

PRK Bukit Gelugor: Keputusan undi diketahui seawal jam 9 malam

Posted: 23 May 2014 02:19 PM PDT

PRK Bukit Gelugor: Keputusan undi diketahui seawal jam 9 malamAzizal (kanan) pada sidang media di Georgetown, semalam. - Foto Mohd Kamil Rahim

Georgetown: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penuh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, mampu diketahui seawal jam 9 malam esok.

Pemangku Pengarah Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, Azizal Ahmad, berkata pihaknya sudah bersedia melakukan pengiraan terhadap kotak undi yang dikumpul dari 17 pusat mengundi sekitar Parlimen Bukit Gelugor.

"Saya fikir, pada jam 9 malam hari pengundian, kita sudah boleh tahu keputusannya dengan harapan tiada sebarang gangguan terhadap proses pengundian dan pengiraan.

"Pengiraan akan dilakukan di Dewan Sri Pinang. Esok (hari ini) SPR akan membuat pemeriksaan terhadap semua kotak undi yang bakal digunakan," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

SPR menetapkan esok sebagai hari pengundian bagi 82,283 pemilih di Parlimen Bukit Gelugor.

PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan susulan kematian penyandangnya, Karpal Singh, dalam nahas jalan raya di Gua Tempurung, Perak pada 17 April lalu.

Keluar berperingkat
Azizal berkata, SPR menasihatkan pemilih supaya keluar mengundi secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan luar biasa di pusat mengundi.

Katanya, ada tiga pusat mengundi mempunyai jumlah pemilih berdaftar melebihi 5,000 orang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Hitam dengan 18,900; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Ming Dua (14,900) dan SMK Hamid Khan (7,000).

"Tiga pusat mengundi ini akan ditambah kakitangan dan petugas SPR kerana jumlah pemilih yang terlalu ramai.

"Pemilih yang akan mengundi di pusat itu dinasihatkan keluar mengundi secara berperingkat bagi mengelak kesesakan dan beratur panjang sepanjang tempoh pengundian selama sembilan jam bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang," katanya.

Komunikasi dengan keluarga diteruskan

Posted: 23 May 2014 02:04 PM PDT

Kuala Lumpur: Penerbangan Malaysia (MAS) tetap komited untuk terus berkomunikasi dengan keluarga kru, termasuk yang mendapatkan khidmat peguam luar, berhubung kes kehilangan pesawat MH370. Dalam satu kenyataan, MAS berkata peguamnya mengadakan perbincangan dengan peguam dari Amerika Syarikat (AS) yang khidmat mereka digunakan oleh keluarga kru dan hasilnya sesetengah protokol telah dipersetujui.

"Oleh kerana khidmat peguam itu masih diteruskan, MAS tidak boleh membuat ulasan mengenai isu undang-undang berkaitan keluarga terbabit tetapi akan memaklumkan kepada mereka mengenai persetujuan dengan peguam keluarga.

"Beberapa protokol dipersetujui untuk membolehkan MAS meneruskan hubungan dengan keluarga kru pesawat bagi menyediakan bantuan diperlukan pada saat yang sukar ini," katanya.

Media melaporkan firma guaman AS, Ribbeck Law Chartered, memaklumkan secara rasmi kepada peguam MAS ia dilantik mewakili sesetengah keluarga kru. - BERNAMA