Dikelentong 'loyar buruk' |
- Dikelentong 'loyar buruk'
- Kepala tertinggal di lokasi nahas
- 'Sedekah' tengah jalan
- Ayuh! Ulangi memori 1992
- Sambung belajar jurusan islamik
Posted: 14 May 2014 01:34 PM PDT Kuala Lumpur: Kegembiraan ayah kepada seorang dramatis selepas berjaya memiliki rumah yang menjadi rebutan antara dia dan anak perempuannya itu tidak kekal lama apabila dia ditipu peguam yang menguruskan penjualan rumah berkenaan. Warga emas itu yang mahu yang mahu dikenali sebagai Razif, 70-an, berkata, berikutan penipuan itu dia bukan saja kerugian hampir RM500,000, malah kini hanya tinggal menumpang di sebuah bilik bersama isteri sejak tiga tahun lalu. "Saya impikan kehidupan lebih tenang bersama isteri, namun tindakan peguam wanita itu menyebabkan kami terpaksa hidup serba kekurangan. "Apabila saya membawa perkara ini kepada pihak atasan baru saya tahu rupa-rupanya peguam itu disenaraihitamkan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam berikutan terbabit dalam beberapa kes penipuan sebelum ini," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15 |
Kepala tertinggal di lokasi nahas Posted: 14 May 2014 01:10 PM PDT Kota Samarahan: Pasukan petugas Hospital Umum Sarawak (HUS) terkejut apabila mayat seorang wanita mangsa kemalangan dihantar ke situ tanpa kepala sebelum dimaklumkan ia tertinggal di lokasi kemalangan di Kampung Meranek, kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, Ninie Asmida Hasbi, 20, maut di tempat kejadian dengan kepalanya terputus dipercayai dilanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan. Menurut sumber, mangsa membonceng motosikal ditunggang teman lelaki bersama seorang lagi rakan menaiki motosikal berasingan dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Mang. Katanya, motosikal mangsa dipercayai dilanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-duanya terjatuh dengan wanita terbabit tercampak ke laluan bertentangan. TEMAN lelaki mangsa menangis sambil memeluk mayat mangsa di lokasi kejadian.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15 |
Posted: 14 May 2014 01:07 PM PDT Kuala Lumpur: Tanpa menghiraukan keselamatan diri, pengemis jalanan sanggup menggadai nyawa menagih simpati orang ramai dengan meminta sedekah di jalan raya. Kebanyakan mereka yang mengemis di jalanan terdiri daripada warga emas termasuk Pakistan, Myanmar dan India dengan membawa tisu sebagai tarikan simpati. Tinjauan Harian Metro di sekitar persimpangan Jalan Pantai Baru, mendapati lokasi itu menjadi tumpuan seorang warga emas berkopiah putih yang uzur sering dilihat meminta sedekah dengan pengguna jalan raya yang berhenti ketika lampu isyarat merah. Selain warga emas berusia 70-an itu, seorang wanita bertudung juga berkeliaran di kawasan sama terutama pada waktu pagi dan tengah hari. PENGEMIS dipercayai warga asing meminta sedekah di persimpangan Jalan Pantai Baru.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15 |
Posted: 14 May 2014 11:28 AM PDT Kuala Lumpur: Contohi semangat skuad 1992. Itu nasihat jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek kepada barisan pemain skuad negara yang berangkat ke New Delhi, India hari ini bagi menghadapi saingan Piala Thomas. Ini kerana, bekas pemain perseorangan negara itu melihat ada persamaan antara skuad yang pernah dibarisinya 22 tahun lalu itu dengan pasukan yang bakal menggalas tugas bermula Ahad ini. Jelas Rashid, seperti ketika ini, skuad 1992 juga bukanlah pasukan terbaik negara, tetapi semangat luar biasa setiap pemain menyaksikan Malaysia akhirnya muncul juara dengan menewaskan Indonesia pada pentas final di Stadium Negara. "Paling penting setiap pemain tidak patah semangat. Mereka harus mengambil kira harapan tinggi rakyat Malaysia dan seharusnya menjadikan tekanan sebagai cabaran. PASANGAN beregu negara Cheah Soon Kit(kiri) dan Soo Beng Kiang dipeluk rakan sepasukan selepas mengutip mata kemenangan Piala Thomas 1992.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15 |
Sambung belajar jurusan islamik Posted: 14 May 2014 06:48 AM PDT Cantik dan memikat. Begitulah ayat pertama yang terlontar sebaik menatap wajah Natasha Liana Hudson sekarang. Pelakon filem Chermin yang melakukan penghijrahan dalam diri sejak 2012 ini semakin tenang menjalani kehidupan sebagai isteri kepada Carleed Khaza (Khalid Kamal) dan ibu kepada Neesa Helena dan Naeema Kalila. Sudah rezekinya, tanpa sebarang desas desus Natasha tiba-tiba diperkenalkan sebagai duta terbaru produk AuraWhite dalam satu yang berlangsung awal Mei lalu. Justeru ini membuka satu lagi lembaran baru buatnya selain terbabit mengusahakan bisnes sendiri. Paling penting matlamatnya untuk mencari keberkatan Allah SWT tidak pernah dipinggirkan. "Alhamdulillah sememangnya ini rezeki saya. Saya terima e-mel mengenai tawaran ini dan ingatkan hanya diminta jadi model biasa. Rupa-rupanya saya diambil sebagai duta untuk produk ini. Saya juga kini terbabit sebagai duta Mary Chia Slimming Centre dan Kubiq Kitchen. "Tak dinafikan saya sangat sibuk dengan tanggungjawab ini. Selain itu, saya juga aktif mengusahakan bisnes busana sendiri iaitu Dreamcloud by Natasha Hudson yang dijual secara atas talian di Fashionvalet.com. Saya juga memiliki 'concept store' Muslimah dinamakan 'Modvier' bertempat di Jalan Riong, Bangsar. NATASHA cabar diri melakukan banyak kerja serentak.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |