Penculik bawa pusing 3 jam |
- Penculik bawa pusing 3 jam
- Makmal meletup
- Ibu kaku di tempat duduk
- 'Saya ikhlas'
- Temui kekasih di Singapore Idol
Posted: 06 May 2014 11:32 AM PDT Kuala Lumpur: "Selepas dipaksa masuk ke dalam kereta, kepala saya ditutup dengan kain, tangan diikat dengan wayar sebelum seorang daripada mereka menekan mata pisau ke perut saya." Itu pengalaman dilalui seorang penyelia kedai barangan kesihatan dan kecantikan yang diculik selama tiga jam sebelum wang tunai lebih RM23,000 dibawanya untuk dimasukkan ke bank, dilarikan dua lelaki, kelmarin. Mohd Haizeri Mohd Mokhtar, 32, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika dia berjalan kaki menuju ke bank yang terletak kira-kira 500 meter dari pejabatnya sambil membawa beg galas berisi wang tunai itu. "Sebaik tiba di satu kawasan meletak kenderaan berhadapan sebuah pasar raya, seorang lelaki tiba-tiba keluar dari kereta Perodua Kenari dan menarik saya masuk ke dalam kenderaan itu. MOHD Haizeri menunjukkan kecederaan dialami.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/07 |
Posted: 06 May 2014 11:31 AM PDT Petaling Jaya: "Saya dengar bunyi letupan kecil sebelum terhidu bau bahan kimia ketika berada di dalam kelas yang terletak bersebelahan makmal itu," kata seorang pelajar tingkatan tiga berhubung kejadian tumpahan bahan kimia di sebuah makmal di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, di sini, semalam. Pelajar yang enggan namanya didedahkan itu mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika semua pelajar sedang menjalani peperiksaan pertengahan tahun. "Makmal berkenaan tidak digunakan ketika itu oleh pelajar dan kemungkinan hanya pembantu makmal atau guru saja yang berada di dalam makmal. "Saya dengar bunyi kaca terhempas di lantai dan pecah disusuli letupan kecil sebelum terbau bahan kimia. Kami kemudiannya diarahkan keluar segera dari kelas dan berkumpul di tempat selamat," katanya. PELAJAR terpaksa pulang awal bagi mengelak komplikasi kesihatan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/07 |
Posted: 06 May 2014 11:29 AM PDT Jasin: "Perodua Kenari itu berpusing beberapa kali lalu terseret sejauh 30 meter dan terhenti selepas merempuh pagar rumah penduduk," kata saksi kemalangan yang mengorbankan seorang ibu tunggal di jalan Kelubi-Jasin, di sini, semalam. Supardi Sohot, 67 berkata, dia bersama beberapa pelanggan yang berada di kedai makan berhampiran terus meluru ke arah mangsa bagi menghulurkan bantuan. "Kami berlari ke arah kenderaan yang terbabit dan mendapati seorang daripada tiga lelaki menaiki Proton Saga BLM parah dan tidak sedarkan diri. "Sebaik menghampiri Perodua Kenari, saya nampak seorang wanita yang parah di kepala dan badan kaku tidak bergerak di tempat duduk pemandu," katanya, di sini, semalam. KENDERAAN Norhayati (gambar kecil) yang terbabit dalam kemalangan, pagi semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/07 |
Posted: 06 May 2014 10:14 AM PDT Kuala Lumpur: Walaupun dikritik hebat sebilangan besar pemerhati bola sepak negara, penyerang kelahiran Brazil, Paulo Rangel tetap berharap dia diberi peluang untuk menyarung jersi Malaysia. Penyerang Selangor yang juga penjaring terbanyak Liga Super dengan 10 gol itu enggan mengambil pusing atau memikirkan kata-kata pihak yang mempersoalkan hasratnya itu. "Saya tidak kisah dengan cakap orang yang tidak sukakan hasrat saya itu. Malaysia sudah seperti rumah kedua buat keluarga saya, cuaca dan kemesraan rakyat di sini tiada jauh bezanya dengan negara asal saya. "Jika diberi peluang, saya berjanji akan bermain bermati-matian seperti mewakili negara sendiri.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/07 |
Temui kekasih di Singapore Idol Posted: 06 May 2014 08:31 AM PDT Meskipun Sleeq berasal dari Singapura, namun populariti mereka pada kalangan peminat hiburan tempatan cukup membanggakan. Apatah lagi, gandingan bersama penyanyi Najwa Latif menerusi lagu seperti Untuk Dia dan Sahabat begitu diminati ramai. Dianggotai Muhammad Alif Abdullah atau Alyph, 25 dan Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah (Syarif), 25, nampaknya, kini Sleeq, bukan saja teruja menunggu kemunculan album terbaru mereka, Sleeq The Album 2014 pada sekitar Mei ini, tetapi paling utama impian menamatkan zaman solo. Sudah menemui wanita yang berjaya menambat cinta mereka, Alyph lebih dulu naik pelamin pada September ini dengan pasangannya, Azzah Fariha Samad, 27, yang bertugas sebagai guru. Manakala, Syarif pula memilih November untuk disatukan dengan Syarifah Malak Aimana atau Malaque Mahdaly, 25, seorang chef. Berbicara mengenai karier dan perkahwinan mereka, Alyph berkata, sememangnya, jadual Sleeq untuk tahun ini cukup sibuk. Katanya, bukan sekadar akan muncul dengan album baru, tetapi paling utama adalah seruan jodoh yang sudah sampai.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |