'Biarlah orang kata gila' |
- 'Biarlah orang kata gila'
- Leka sabung ayam, bola golek
- Mayat tersangkut
- Ujian sebenar Selangor
- Aaron tak gentar saingan baru
Posted: 18 May 2014 11:06 AM PDT Kangar: Seorang wanita warga emas tidak kisah diejek sebagai orang kurang siuman apabila menjadikan rumah pusaka berharga ratusan ribu ringgit di Jalan Kangar-Padang Besar di sini, sebagai sangkar teduhan bagi lebih 200 kucing terbiar sejak 30 tahun lalu. Wanita terbabit, Azni Ahmad, 63, berkata, dia sudah acap kali dihina dengan tuduhan membazirkan sisa hidup atau wang kerana mahu menjaga kucing terbiar itu. "Malah, kata-kata cemuhan itulah yang dijadikan pembakar semangat untuk saya terus melakukan amanah menjaga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW itu daripada terbiar tanpa dijaga. Ini sekali gus menyelamatkan kucing ini daripada dicederakan individu tidak berhati perut. "Mereka yang menghina saya mungkin tidak faham erti perikemanusiaan. Bagi saya, jika kita tidak mempunyai sikap menyayangi haiwan, maka hidup kita tidak akan sempurna. AZNI bersama kucing kesayangannya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19 |
Posted: 18 May 2014 11:03 AM PDT Klang: Polis Selangor menumpaskan sindiket perjudian sabung ayam dan bola golek dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di kawasan perumahan Bandar Putera 2, Klang, semalam. Dalam serbuan berakhir jam 9 malam itu, polis menahan 26 individu termasuk seorang wanita berusia antara 20 dan 60 tahun. Jurucakap polis berkata, dalam serbuan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan itu, wang tunai sebanyak RM21,327 turut dirampas. Menurutnya, polis juga merampas pelbagai peralatan perjudian termasuk 10 ayam di lokasi serbuan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19 |
Posted: 18 May 2014 10:59 AM PDT Kuala Lumpur: Seorang lelaki mati dalam keadaan tersangkut di atas pokok selepas tercampak akibat dirempuh sebuah komuter dalam kejadian di Jalan Kuching berdekatan Kepong di sini, malam kelmarin. Sebelum kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia lingkungan 30-an yang tidak dikenal pasti identiti dikatakan berjalan di laluan kereta api berkenaan secara bersendirian. Mangsa kemudian dilanggar sebuah komuter yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Segambut. Keadaan itu menyebabkan bomba terpaksa dipanggil untuk menurunkan mayat lelaki berkenaan dari pokok. ANGGOTA bomba memotong dahan untuk mengeluarkan mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19 |
Posted: 18 May 2014 10:12 AM PDT Kuala Lumpur: Kapten Selangor, Mohd Bunyamin Umar percaya pertembungan dengan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) Sabtu ini menjadi pengukur sebenar kemampuan mereka merangkul kejuaraan Liga Super musim ini biarpun saingan masih lagi berbaki enam perlawanan. Skuad Red Giants kendalian Mehmet Durakovic kini memimpin liga dengan mengumpul 34 mata selepas melakar kemenangan ke atas Sime Darby dalam perlawanan ke-16 liga kelmarin sekali gus menjarakkan jurang lima mata dengan pencabar terdekat Pahang. Menurut Bunyamin, mereka tidak boleh berasa selesa dengan kelebihan itu dan perlu meningkatkan prestasi khususnya pertemuan dengan pasukan di tangga keempat Johor DT yang dianggap antara perlawanan yang mampu menentukan kejuaraan kali ini. "Kami berpuas hati dengan kemenangan malam ini (kelmarin) dan saya percaya kami kini berada dalam landasan terbaik untuk memenangi liga musim ini. Tapi masih ada halangan yang perlu kami lalui dan perlawanan dengan Johor DT Sabtu ini cukup penting," katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat perlawanan kelmarin. PEMAIN Selangor, A Thamil Arasu (kanan) diasak dua pemain Sime Darby, Fairuz Abd Aziz (kiri) dan Firdaus Faudzi di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19 |
Posted: 18 May 2014 07:00 AM PDT Berkat kerja keras sepanjang 16 tahun berkecimpung dalam bidang seni, pelakon popular kelahiran Kota Singa, Aaron Aziz sudahpun memiliki hampir segalanya dalam hidup. Bukan saja memiliki nama yang kukuh dan karier seni yang stabil, Aaron juga memiliki keluarga bahagia yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepadanya sejak dulu. Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz, 38, mengakui dia sangat bersyukur dengan pencapaiannya dalam bidang seni tempatan hari ini. Aaron juga meniti kemuncak dalam karier seninya dengan menggenggam trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 2011.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |