Malindo rasmi KLIA2

Malindo rasmi KLIA2


Malindo rasmi KLIA2

Posted: 01 May 2014 01:23 PM PDT

Sepang: Projek ikonik negara terbaru, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) memulakan operasi penuhnya secara rasminya tengah malam ini yang menyaksikan penerbangan sulungnya selamat mendarat dan berlepas, masing-masing pada lewat malam dan awal pagi nanti.

Pesawat Malindo Air 0D1027 dari Kota Kinabalu, Sabah bersama 110 penumpang selamat mendarat di Landasan 3 klia2 kira-kira jam 12.05 tengah malam.

Sementara, pesawat Cebu Pacific Airways pula berlepas dari lapangan terbang itu ke Manila kira-kira jam 1.20 pagi membawa bersama 147 penumpang.

Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi; Pengerusi Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Pengarah Urusan MAHB Tan Sri Bashir Ahmad.

Foto

PESAWAT Malindo Air dari Kota Kinabalu selamat mendarat di KLIA2. FOTO Mohd Husni Mohd Noor


Terdahulu, Abdul Aziz turut menyambut ketibaan dan pelepasan penumpang, serta

mengagihkan cenderahati kepada mereka.

Dalam pada itu, sebanyak empat syarikat penerbangan iaitu Malindo Air; Cebu Pacific Airways; Lion Air dan TigerAir memulakan operasi penerbangan hari ini manakala, syarikat penerbangan tambang murah tempatan, AirAsia pula akan mula beroperasi pada 9 Mei ini.

KLIA2 mampu mengendalikan sehingga 45 juta penumpang setahun, berbanding Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang hanya mengendalikan 15 juta penumpang setahun.

Dilengkapi kemudahan berkelas dunia, KLIA2 yang terletak 1.5 kilometer dari terminal utama KLIA menyediakan pelbagai kemudahan dan keselesaan kepada penumpang dan pengunjung termasuk 163 kedai, jambatan udara, hotel transit dengan 80 bilik, bilik menunggu tetamu khas dan penyediaan landasan ketiga yang pertama seumpamanya di rantau ini.

KLIA2 turut menampilkan hab pengangkutan pelbagai untuk bas dan teksi serta kereta api Express Rail Link (ERL) untuk kemudahan penumpang dan orang ramai.

Kemudahan lain termasuk sistem sistem pengendalian bagasi automatik, zon sokongan, kargo dan kompleks penerbangan domestik dan sebuah kompleks letak kereta yang luas.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/02

'Geng hitam' bikin onar

Posted: 01 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim, Mohd Fadly Samsudin, Asmah Rusman, Muhamaad Hafis Nawawi, Mohd Azim Fitri Abd Aziz dan Mohd Rizal Abdullah

Kuala Lumpur: Suasana aman perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) bertukar kecoh dengan tindakan agresif sekumpulan pemuda yang cuba mencetuskan provokasi melampau dan membakar suar.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, kumpulan kira-kira 20 individu berpakaian hitam dan bertopeng itu mula menyalakan suar ketika semua peserta perhimpunan mula meninggalkan kawasan depan Dataran Merdeka di sini.

Kumpulan ini yang berarak sejauh kira-kira 100 meter mula mencetuskan provokasi dengan memaki hamun, mencarut selain menunjukkan isyarat lucah kepada petugas media.

Mereka yang turut dihalang oleh Unit Amal PAS bagaimanapun berdegil dan turut membaling kayu sepanduk kepada wartawan, jurugambar dan jurukamera media yang merakam gelagat mereka di lokasi sama.

Foto

KUMPULAN individu menggelarkan diri sebagai 'Antifa Malaysia' melakukan tindakan ganas di hadapan Dataran Merdeka, semalam.


Kumpulan itu yang turut disertai beberapa wanita dilihat mengibarkan bendera dengan tulisan 'Antifa Malaysia' atau Anti Fasis turut membakar sekurang-kurangnya tiga suar sebelum dan ketika memulakan perarakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/02

Kerja tebuk bongkah jumpa syiling emas

Posted: 01 May 2014 11:02 AM PDT

Melaka: Dua keping syiling dipercayai campuran emas dan tembaga ditemui ketika kerja menebuk bongkah batu di Pulau Nangka, di sini, kelmarin.

Pengarah Urusan Smart Partnership International (M) Sdn Bhd Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, syiling pertama ditemui kira-kira jam 11.15 malam dan syiling kedua 15 minit kemudian.

"Dua keping syiling itu ditemui di dalam hos penyedut mesin gerudi ketika kerja penggerudian dilakukan malam semalam (kelmarin).

"Ketika ditemui kedua-duanya bercampur dengan tanah kesan daripada kerja penggerudian berkenaan," katanya ketika ditemui di tapak pencarian itu, di Pulau Nangka, di sini, semalam.

Foto

DUA syiling dipercayai campuran emas dan tembaga yang ditemui.

Foto

ABDUL Ghafar (dua dari kanan) dan Mohammad Foad Khushairy (kanan) melihat pekerja melakukan kerja menebuk bongkah batu di Pulau Nangka.


Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Datuk Abdul Ghafar Atan dan Kurator Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Nurman Mohd Baroldin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/02

Kejutan skuad negara

Posted: 01 May 2014 10:11 AM PDT

Kuantan: Skuad negara melakar kejutan pada Cabaran Juara-Juara 1 apabila menyingkirkan pasukan keenam dunia, New Zealand untuk melangkah ke separuh akhir.

Malaysia yang berada di kedudukan ke-13 dunia menang menerusi penentuan penalti 3-2 selepas membiarkan lawan bangkit menyamakan kedudukan 4-4 selepas mendahului 4-1.

Namun pengendali negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah tetap mengingatkan pemainnya agar tidak alpa dengan kejayaan itu.

"Kita berpeluang meraih kejuaraan namun pemain perlu merendah diri dan kembali berjuang di separuh akhir.

Foto

TENGKU Abdullah (kanan) mengucapkan tahniah kepada pemain negara selepas menewaskan New Zealand, semalam.


"Mana-mana pasukan dalam kejohanan ini yang mampu menewaskan New Zealand pasti bangga, malah kejayaan ini menaikkan semangat pemain kerana sudah menyingkirkan pasukan pilihan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/02

Simpan kemas kisah peribadi

Posted: 01 May 2014 06:39 AM PDT

Lebih 15 tahun menjalani kehidupan sebagai anak seni tanpa publisiti, baru sekarang nama Yaya Maembong dikenali dan menjadi sebutan peminat. Semuanya berlaku gara-gara pembabitan dua adiknya Emma dan Chacha yang turut sama terbabit dalam bidang seni.

Tempias populariti mereka turut terkena pada pemilik nama sebenar Rabbiati Adawiyyah Ismail, 39, apabila mula mendapat perhatian media. Bahkan pengakuan Yaya yang hangat menjalinkan hubungan dengan pelakon Saiful Redzuan Abu Bakar atau Wan Raja, 35, dan merancang berkahwin hujung tahun ini turut menghiasi dada akhbar.

Yaya yang hadir untuk sesi fotografi yang diaturkan mengakui sedikit rimas dengan situasi yang dilaluinya sekarang. Baginya, memadai peminat hanya mengikuti perkembangan kariernya kerana kisah peribadi mahu disimpan kemas sendiri antaranya dan Wan Raja.

"Sebenarnya saya tak boleh lagi bercakap hal itu kerana tak dibenarkan sangat. Orang yang tegas beri kata putus ini tak lain tak bukan ialah ayah saya sendiri. Dia sangat tegas dalam hal ini kerana tak nak kami terlalu ghairah bercerita sedangkan hasilnya belum nampak.

Foto


"Saya akui ada kebenaran kata-kata ayah kerana setakat ini kami baru merancang. Sekiranya perancangan tak jadi sedangkan kami sudah bercerita kepada semua orang, bayangkan siapa yang malu nanti? Perancangan memang ada, tapi kami berdua sibuk dengan komitmen lakonan masing-masing sekarang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/02