'Saya sayangkan perjuangan UMNO' |
- 'Saya sayangkan perjuangan UMNO'
- ADUN Bukit Besi, Ajil ikrar sokong MB baharu
- 10 peserta perdengar bacaan
- Tragedi MH370: Isyarat ping mungkin daripada hidupan laut
- Calon DAP kena marah ketika kempen
- Manifesto PCM garis 10 perkara
'Saya sayangkan perjuangan UMNO' Posted: 14 May 2014 02:31 PM PDT Chukai: Kemelut politik Terengganu selama kira-kira 36 jam sejak petang Isnin lalu yang mungkin menyebabkan pilihan raya diadakan, selesai semalam apabila Datuk Seri Ahmad Said dan dua yang lain menarik balik hasrat keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas. Ahmad berkata, perkara itu selesai selepas beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bermaafan dan mengakui kesilapan masing-masing. Ahmad: Untuk makluman, saya dah bincang dengan PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) tengah hari tadi dan beliau mengaku sedikit kesilapan berlaku, salah faham dan sebagainya kerana saya beritahu PM, saya nak kahwinkan anak 17 hari bulan (17 Mei) dan PM kata itu masalah personal (peribadi). Jadi, agak teganglah antara saya dengan beliau dan akhirnya perkara itu terjadi. Sebab ini membabitkan anak saya dan maruah saya. Saya meletak jawatan dan akhirnya, sebagai pemimpin besar, PM juga akui sama ada sedar atau tidak, beliau tak ingat saya nak kahwinkan anak 17 hari bulan. Dia ingat, bagi dia 10 hari bulan majlis dah selesai. Sedangkan 17 hari bulan di sini ada lagi dan satu lagi di Kuala Lumpur dan dia minta maaf pada saya dan saya juga minta maaf atas apa yang telah saya lakukan. Justeru, sebagai orang UMNO, sejak umur 18 tahun saya berjuang dengan UMNO, saya buat keputusan untuk tarik balik peletakan jawatan sebagai ahli UMNO dan wakil rakyat DUN Kijal bersama Ghazali Taib. Kes ini selesai dan kami kekal sebagai ADUN UMNO. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
ADUN Bukit Besi, Ajil ikrar sokong MB baharu Posted: 14 May 2014 02:29 PM PDT Putrajaya: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang mulanya mengikut jejak Datuk Seri Ahmad Said meninggalkan UMNO sebelum kembali semula ke pangkuan parti, masing-masing menyifatkan tindakan mereka terburu-buru dan berdasarkan prinsip setia kepada ketua. Saya minta maaf kepada pengundi di kawasan saya. Begitu juga ahli UMNO seluruh negara atas keputusan yang saya buat. Keputusan bukan atas arahan atau desakan sesiapa, ia dibuat atas pertimbangan ketika itu kerana terkejut dengan keputusan (pertukaran Menteri Besar), kata ADUN Bukit Besi, Roslee Daud. Roslee juga menafikan tindakan keluar parti itu sebagai taktik atau strategi untuk meraih perhatian, sebaliknya menegaskan ia berlaku secara tiba-tiba, malah beliau tidak mengadakan sebarang pertemuan pun dengan Ahmad Said selepas pertukaran Menteri Besar, kecuali bercakap menerusi telefon. Di Kuala Terengganu, ADUN Ajil, Ghazali Taib yang dihubungi selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, menjelaskan tindakannya keluar UMNO bersandarkan prinsipnya yang setia pada ketua selain terkejut dengan pertukaran menteri besar yang terlalu drastik. Kita memang orang UMNO dulu, kini dan selamanya. Cuma apa yang berlaku ini terlalu mengejut dan kita tidak bersedia dari segi mental. Adalah menjadi prinsip saya, tidak akan tinggalkan pemimpin dan ketua saya, bukan kerana khianati parti. Seperti saya lakukan terhadap Datuk Seri Ahmad (tidak tinggalkan ketua), begitu juga yang akan saya lakukan kepada menteri besar baharu. Saya buktikan kesetiaan saya terhadap ketua menerusi perbuatan, bukan perkataan, katanya sambil menyatakan sokongan penuh kepada kepemimpinan Menteri Besar baharu. |
Posted: 14 May 2014 02:12 PM PDT Kuantan: Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-57 membuka tirainya dengan 10 peserta memperdengarkan bacaan masing-masing di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, malam tadi. Qari dari Perlis, Mohd Mawardi Jamaludin diundi sebagai peserta pertama dengan bacaan ayat 110 surah Hud manakala peserta dari Kedah, Nor Afifah Abd Rahman pula sebagai qariah pertama memperdengarkan bacaan menerusi ayat 77 surah an-Nahl. Peserta tuan rumah, Ahmad Naeim Mohd@Mat Isa dipilih sebagai qari ketiga dengan memperdengarkan bacaan ayat 85 surah al-Isra' diikuti qariah dari Wilayah Persekutuan, Normalina Alias menerusi ayat 24 surah Hud. Johan qari tahun lalu Johan qari tahun lalu, Anuar Hasin dari Perak turut memperdengarkan bacaan malam tadi menerusi ayat 100 surah at-Taubah dan diikuti pula qariah dari Perlis, Sarina Che Yahaya, dengan bacaan ayat 56 surah an-Nisa. Selain itu, turut memperdengarkan bacaan pada hari pertama adalah dari Negeri Sembilan, Amirahman Abas menerusi ayat 56 surah al-Ankabut, manakala Hidayah Abd Rahman dari Terengganu adalah peserta terakhir dengan membaca ayat 36 surah an-Nahl. Majlis tilawah tahun ini yang bertemakan Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah menyaksikan 30 peserta mengambil bahagian, iaitu masing-masing 14 qari dan 14 qariah serta dua johan pada edisi sebelumnya. Johan qari dan qariah akan menerima sebuah PROTON Preve (1.6 CVT Executive) sumbangan Tabung Haji manakala wang tunai RM30,000, piala pusingan dan iringan, sijil penyertaan serta pakej ibadat haji. Naib johan akan menerima wang tunai RM20,000 berserta piala iringan cenderamata dan sijil penyertaan dan tempat ketiga menerima wang tunai RM10,000 cenderamata dan sijil penyertaan. |
Tragedi MH370: Isyarat ping mungkin daripada hidupan laut Posted: 14 May 2014 02:11 PM PDT Kuala Lumpur: Wujud kemungkinan isyarat ping yang dikesan kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-21 dihasilkan oleh hidupan bawah laut. Pakar Oseanografi Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, berkata perlu difahami bahawa operasi mencari pesawat MH370 dilakukan di kawasan terbuka yang didiami banyak hidupan laut dalam. Katanya, menjadi sifat hidupan seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba mengeluarkan bunyi bagi berkomunikasi dan mencari arah ketika bergerak di kawasan lautan. Memang ada kemungkinan besar frekuensi yang dikesan Bluefin-21 bukan dari kotak hitam pesawat MH370 tetapi bunyi yang dihasilkan hidupan di kawasan Lautan Hindi. Apa yang dikhuatiri pesawat ini terbenam ke dalam mendapan dasar lautan yang menjangkau hingga 300 meter sehingga mengakibatkan isyarat kotak hitam bercelaru dengan bunyi hidupan lain, katanya ketika Sejak pesawat itu hilang pada 8 Mac lalu, pasukan penyiasat mengesan isyarat berfrekuensi 33.5kHz dan 27kHz di lokasi pencarian Lautan Hindi berbanding isyarat 37.5kHz yang sepatutnya dipancarkan oleh kotak hitam. Bunyi gema berbeza Difahamkan, hidupan laut seperti ikan lumba-lumba menghasilkan isyarat bergema pada frekuensi antara 0.2kHz hingga 150kHz bagi mendapatkan maklumat sonik mengenai kawasan persekitaran. Mengulas lanjut Azizan berkata, hampir semua hidupan laut mampu mengeluarkan bunyi gema berbeza-beza dan ada antaranya boleh menghasilkan isyarat frekuensi sangat rendah atau sangat tinggi. Keadaan ini boleh menyebabkan berlaku kesilapan pada isyarat ping yang dikesan pasukan pencari, namun ada kaedah yang berupaya membezakan bunyi dari hidupan laut atau daripada kotak hitam, katanya. |
Calon DAP kena marah ketika kempen Posted: 14 May 2014 02:08 PM PDT Georgetown: Lawatan calon DAP, Ramkar-pal Singh Deo, semalam, menjadi kecoh apabila seorang warga tua meluahkan rasa tidak puas hati dengan mendakwa penduduk tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri. Ramkarpal yang tiba lewat hampir satu jam daripada masa dijanjikan pada mulanya bersapa mesra dengan penduduk yang sedang melakukan senaman tai chi di Jalan Delima, Island Glades, di sini. Soo berkata, aduan penduduk berkaitan lampu jalan di kawasan itu yang dimatikan seawal jam 5 pagi sejak tiga bulan lalu, tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak berkuasa. Menyusahkan penduduk Beliau berkata, alasan langkah penjimatan elektrik yang digembar-gemburkan oleh kerajaan negeri hanya menyusahkan penduduk apabila dua kemalangan dilaporkan sejak lampu jalan di sekitar kawasan itu dimatikan biarpun keadaan masih gelap. Sudah beberapa kali aduan dikemukakan berkaitan masalah ini, bagaimanapun pihak terbabit hanya mendiamkan diri tanpa memberi maklum balas, malah menyatakan ia sebagai langkah penjimatan elektrik. Tidak terurus Soo berkata, keadaan juga menjadi tidak terurus apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan itu diambil alih oleh kroni kerajaan negeri sejak enam bulan lalu. Beliau berkata, aduan penduduk terutama berkaitan kemudahan di padang yang menjadi tempat warga tua berkumpul dan bersenam tidak dipedulikan, sebaliknya mereka diberikan arahan untuk mengikut peraturan disediakan. Hampir lima minit Soo menyatakan kekesalannya itu sebelum Ramkarpal kembali meneruskan sesi berkempen di sekitar kawasan berkenaan. Sementara itu, Ramkarpal menyatakan kesediaannya untuk meneliti semula aduan yang diberikan oleh penduduk tempatan. |
Manifesto PCM garis 10 perkara Posted: 14 May 2014 02:06 PM PDT Georgetown: Memulakan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan semalam, mengumumkan manifesto kempennya yang memberi penekanan terhadap 10 perkara utama. Dengan slogan Cintai Pulau Pinang, beliau berkata, antara intipati manifestonya adalah melobi lebih banyak pembinaan rumah kos rendah, melaksanakan audit tanah kerajaan negeri, memastikan penduduk menikmati kualiti hidup yang baik dan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. Beliau berkata, sejak Kerajaan DAP Pulau Pinang memerintah, kehidupan rakyat di negeri ini semakin tersepit dengan kenaikan harga rumah dan kos hidup seperti tarif air yang membebankan. Katanya, ketika ini, rakyat dibebani dengan kenaikan kos sara hidup, termasuk harga rumah yang melambung tinggi sehingga menyebabkan rakyat tidak mampu memiliki rumah sendiri. Bayangkan rumah di Pulau Pinang kini berharga antara RM400,00 hingga mencecah jutaan ringgit. Tak mampu milik rumah Cheng Guan berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng gagal mentadbir urus Pulau Pinang kerana melaksanakan banyak dasar yang tidak tepat, termasuk menjual tanah milik kerajaan negeri kepada syarikat pemaju untuk menambah pendapatan negeri. Beliau berkata, pendekatan kerajaan negeri yang tidak relevan termasuk menaikkan tarif air sebanyak tiga kali dalam tempoh enam tahun memerintah Pulau Pinang menyebabkan rakyat negeri ini terus terhimpit. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |