Hutan Belum cetus budaya cintai alam |
- Hutan Belum cetus budaya cintai alam
- Subsidi haji 2014 ditambah RM600
- PSPTN dijenamakan semula
- Keluarga yakin kematian bukan akibat MERS-CoV
- Pemimpin, ahli perlu sepakat
- Pastikan penipuan tidak berulang
Hutan Belum cetus budaya cintai alam Posted: 09 May 2014 02:23 PM PDT PM minta agensi kaji potensi diiktiraf Tapak Warisan Dunia UNESCO Gerik: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedia untuk membangunkan Hutan Simpan Royal Belum sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO jika kawasan berkenaan mempunyai asas, garis panduan dan kriteria yang cukup untuk membangunkannya.
"Hutan Royal Belum ini dari satu segi mempunyai nilai warisannya yang tersendiri dan keduanya, ia juga mempunyai nilai ekonomi. "Lebih ramai lagi pelancong akan datang ke sini tetapi ia mesti dibawa secara terkawal dan terancang... tidak boleh pelancongan dalam skala besar tetapi pelancongan berkualiti," katanya berucap pada pelancaran Fasa Kedua Belum Rainforest Resort di resort berkenaan di Pulau Banding di sini, sempena lawatan dua harinya ke Perak, semalam. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Subsidi haji 2014 ditambah RM600 Posted: 09 May 2014 02:17 PM PDT Tabung Haji peruntuk RM130j bagi kekal bayaran pada RM9,980 seorang Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan RM130 juta untuk menampung subsidi jemaah haji tahun ini bagi memastikan bayaran menunaikan haji kekal pada RM9,980 seorang. Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 09 May 2014 02:14 PM PDT Tindakan sejajar penggabungan Kementerian Pelajaran, Pengajian Tinggi Seremban: Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang diperkenalkan sejak tahun 2007 dijangka dijenamakan semula sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi). Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Keluarga yakin kematian bukan akibat MERS-CoV Posted: 09 May 2014 02:11 PM PDT Kuala Lumpur: Keluarga bekas personaliti televisyen, Allahyarham Jamal Mohamed atau Pak Cik Jamal yakin kematian beliau pada pagi Rabu lalu bukan kerana virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS-CoV). Anak Allahyarham, Sheila, 47, berkata, mereka masih menunggu laporan perubatan rasmi dari Hospital Putrajaya sebagai pengesahan rasmi bapanya bebas daripada jangkitan virus itu. "Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam pernah memberi jaminan akan memaklumkan kepada umum apabila mendapat keputusan berkaitan," katanya kepada BH. Jamal yang dikenali ramai menerusi program, Mini Parlimen siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghembuskan nafas terakhir jam 11.07 pagi, pada Rabu lalu di Hospital Putrajaya. |
Posted: 09 May 2014 02:09 PM PDT Menjelang Sambutan Ulang Tahun Ke-68 UMNO: UMNO perlu gilap kemampuan pemimpin muda Kuala Lumpur: Mencecah usia ke-68 penubuhannya, sambutan ulang tahun UMNO esok wajar menjadi wadah terbaik dalam menelusuri susur-galur perjuangan parti terbesar orang Melayu itu. Veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa, 87, berkata pemimpin dan ahli di akar umbi harus sepakat melaksanakan transformasi yang bersifat menyeluruh ke arah memastikan parti kekal relevan. "Kudrat dan bakat pemimpin muda yang semakin menonjol dalam UMNO perlu digilap dengan mengetengahkan golongan itu untuk mewakili kerangka utama parti. "UMNO perlu tegas dengan pendirian dan berani berubah jika ditegur ahli atau rakyat. "Kepemimpinan tertinggi parti dan ahli juga perlu mewujudkan elemen untuk melestarikan UMNO supaya seiring dengan peredaran masa," katanya ketika dihubungi BH, semalam. Jana idea Katanya, gandingan ahli lama dan baharu berupaya menjana idea bersesuaian untuk memenuhi keperluan rakyat, terutama pengisian membabitkan pembangunan serta kemajuan. "Gunakan pertemuan (sambutan) ini untuk mengeratkan silaturahim dan rapatkan jurang antara kepemimpinan tertinggi dengan ahli akar umbi," katanya. Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Zaleha Ismail, 78, berkata pertemuan keluarga besar UMNO esok seharusnya menyuntik semangat untuk menyemarakkan perjuangan parti yang berdepan pelbagai cabaran. "Semua pihak dalam UMNO perlu bersatu mengembalikan kecergasan UMNO, khususnya usaha memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu. "Manusia lazimnya kurang cergas dan banyak berehat apabila usia mencecah 68 tahun, namun bukan UMNO. "Seluruh jentera parti perlu terus bekerjasama menyuburkan perjuangan parti. "Selagi nadi berdenyut, jangan kita lupa bahawa ketuanan Melayu, kesucian Islam dan kedaulatan negara adalah tiang seri UMNO yang perlu dipertahankan walaupun hebat dikecam musuh," katanya. |
Pastikan penipuan tidak berulang Posted: 09 May 2014 02:03 PM PDT Petra Jaya: "Pastikan jangan berulang lagi," demikian peringatan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian kepada petugas pemilihan semula parti itu bagi cabang Batang Sadong. Baru berkata, pembatalan pemilihan sebelum ini seharusnya menjadi pengajaran bagi semua pihak terutama petugas yang diamanahkan mengendalikan pemilihan itu.
Katanya, walaupun pemimpin PKR negeri tidak terbabit dalam proses pemilihan itu, beliau bertanggungjawab untuk mengingatkan semua yang terbabit supaya melakukan kerja dengan jujur. "Kita tidak menerima sebarang cubaan penipuan dan kita juga tidak mahu timbul masalah teknikal dalam pemilihan semula ini nanti. Gangguan elektrik "Saya berterima kasih kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) kerana membenarkan pemilihan semula diadakan, tetapi pada masa yang sama, saya mahu petugas pemilihan itu melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab," katanya ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini semalam. Difahamkan, berlaku gangguan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi yang dilakukan di tiga bilik hotel bajet di Batang Sadong. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |