4 'Spiderman' tewas

4 'Spiderman' tewas


4 'Spiderman' tewas

Posted: 30 May 2014 12:04 PM PDT

Putrajaya: Dua remaja, masing-masing calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) antara empat suspek dikenali sebagai Geng Asroy yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sembilan kes pecah rumah di sekitar Putrajaya di sini sejak Mac tahun lalu.

Remaja berusia 15 dan 17 tahun itu serta dua lagi rakannya masing-masing berusia 20 dan 21 tahun menjadikan kawasan perumahan di sini sebagai sasaran jenayah diberkas dalam dua serbuan pada 20 dan 21 Mei lalu.

Tiga daripada suspek terbabit ditahan di kediaman masing-masing di Putrajaya manakala seorang suspek ditahan di Kampar, Perak.

Serbuan itu dilakukan selepas polis menerima laporan kejadian pecah rumah di daerah berkenaan membabitkan kerugian RM55,000.

Foto

ABDUL Razak (dua dari kiri) melihat barangan yang dirampas.


Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, kumpulan ini bergiat aktif memecah masuk rumah penduduk sejak Mac tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

'Saya nak dia senyum'

Posted: 30 May 2014 12:04 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang ibu tunggal memerlukan wang RM30,000 bagi membiayai kos pembedahan lelangit anak perempuannya yang berlubang dan sumbing sejak lahir di Hospital Gleeneagles, di sini, semalam.

Kesom Sonvisai, 43, berkata dengan pendapatan RM200 sebulan daripada hasil menoreh getah dia memang tidak mampu menampung perbelanjaan perubatan anaknya, Natasha Nadirah Yunos, 8.

Lebih malang apabila wanita yang kehilangan suami pada Mac tahun lalu akibat darah tinggi itu kini terpaksa menanggung belanja bagi lima orang anaknya yang masih belajar.

"Sebagai ibu, luluh hati saya melihat keadaan bibir anak yang sumbing sehingga orang tidak memahami apa yang dipertuturkan.

Foto

KESOM bersama anaknya, Natasha semalam.


"Saya risau masa depan dia gelap kerana keadaannya menyebabkan dia malu untuk bersemuka dengan masyarakat termasuk rakan kelas," katanya ketika ditemui di Hospital Gleeneagles, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

Ghaib dibawa arus

Posted: 30 May 2014 12:04 PM PDT

Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dipercayai membunuh seorang kanak- kanak di tebing Sungai Klang, Jalan Sultan Hishamuddin malam kelmarin, dipercayai lemas dalam cubaannya melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai berkenaan.

Difahamkan, gerakan besar-besaran dijalankan bermula malam kelmarin bagi mencari suspek namun terpaksa dihentikan disebabkan keadaan cuaca gelap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata gerakan mengesan suspek masih diteruskan dengan dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Lumpur.

"Orang awam yang ternampak kejadian itu cuba menangkap lelaki itu dengan menyusuri Sungai Klang dan ternampak lelaki terbabit tenggelam timbul sebelum terus hilang dibawa arus sungai.

Foto

JENAZAH Siti Sofea Emelda dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, batu Muda, semalam.


"Kita percaya lelaki berkenaan sudah lemas," katanya dalam satu kenyataan media.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

Harapkan tuah

Posted: 30 May 2014 10:41 AM PDT

Kuala Lumpur: Turun bertemu pasukan ranking pertama dunia Australia pada penampilan pertama di pentas Piala Dunia hari ini selepas 12 tahun menyepi daripada saingan berprestij itu bukanlah situasi yang memihak kepada anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.

Apa saja keputusan, hampir pasti ia akan menjadi milik pasukan gergasi itu yang dijangka bakal menampilkan barisan pemain terbaik pada saingan kali ini.

Namun Dhaarma tetap berpegang teguh kepada kemampuan anak buahnya yang konsisten di setiap posisi dan sudah menampilkan persembahan meyakinkan pada beberapa kejohanan sebelum ini.

Hanya nasib memberi sedikit harapan kepada skuad negara untuk mencatatkan keputusan seri atau mungkin menang, tetapi Dhaarma tidak mahu terlalu memikirkan sesuatu yang terlalu jauh dari jangkauannya.

Foto


"Seperti saya katakan sebelum ini, untuk menewaskan pasukan ranking pertama dunia bukan mudah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

'Saya tak undi diri sendiri'

Posted: 30 May 2014 08:14 AM PDT

Dua trofi tersusun rapi di kamarnya. Ditatapnya setiap hari bersama perasaan seolah-olah diselubungi mimpi sedangkan kejayaannya pada Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH), Sabtu lalu menerusi kate�gori Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular sudah seminggu berlalu.

Reaksinya saat menerima dua anugerah berkenaan bersaksikan ribuan penonton yang membanjiri Dewan Plenari, Pusat Konven�syen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan sesudah seminggu memegang gelaran itu masih sama.

Masih ada rasa tidak percaya dalam kata-katanya atau reaksi wajah gadis cantik bernama Siti Saleha Mohd Baharum berusia 24 tahun ini.

"Kemenangan di ABPBH 2013 sama sekali tidak saya jangkakan. Malah untuk kategori drama sekalipun, saya rasa 50/50. Sengaja tidak mahu meletakkan harapan tinggi kerana bimbang jika terlalu berharap kemudiannya tidak berjaya. Saya tidak suka perasaan itu.

Foto


"Jadi lebih baik dari awal saya tidak berharap dan hadir dengan perasaan bersedia untuk menerima kekalahan. Namun, syukur Alhamdulillah saya sangat gembira. Selepas empat tahun menghiasi kaca televisyen, tahun ini ditakdirkan sebagai tahun untuk saya," katanya kepada RAP, baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31