PENGUAT KUASA ADA RM1.5 JUTA

PENGUAT KUASA ADA RM1.5 JUTA


PENGUAT KUASA ADA RM1.5 JUTA

Posted: 19 May 2014 03:25 PM PDT

PENGUAT KUASA ADA RM1.5 JUTA

Kes seludup diesel subsidi

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita akaun seorang pegawai penguat kuasa yang memiliki wang sebanyak RM1.5 juta hasil penyeludupan diesel bersubsidi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull (gambar) berkata, selain itu, SPRM juga mendapat maklumat ada pegawai penguat kuasa yang membeli lori sendiri untuk menyeludup diesel bersubsidi.

Katanya, semua maklumat itu ada dalam 'radar' SPRM manakala beberapa individu sudah ditahan.

"Ini baru seorang (ada duit RM1.5 juta), mungkin ramai lagi yang kita tidak tahu," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Pasar raya LuLu import produk FELDA RM110.16j juta

Posted: 19 May 2014 03:06 PM PDT

Pasar raya LuLu import produk FELDA RM110.16j jutaNajib bersama Sheikh Mohammed Zayed yang juga Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersekutu (UAE) memeriksa perbarisan kehormat Angkatan Tentera UAE dan Malaysia yang menjalankan latihan bersama di Abu Dhabi, semalam. - Foto BERNAMA]

MoU bantu mantapkan perniagaan ke peringkat antarabangsa

Rangkaian pasar raya terbesar di Asia Barat, LuLu Group International bersetuju mengimport pelbagai produk dihasilkan oleh peneroka FELDA bernilai RM110.16 juta (AS$34 juta) pada tahun ini sebelum meningkatkannya kepada RM162 juta tahun depan.

Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, jumlah import pelbagai produk keperluan harian, termasuk makanan itu akan terus ditingkatkan pada masa depan hasil pakatan kerjasama yang dijalinkan oleh Kumpulan FELDA dengan LuLu Group.

Perdana Menteri berkata, menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh kedua-dua konglomerat, mereka akan saling membantu dalam memperkembangkan dan memantapkan lagi perniagaan di peringkat antarabangsa.

PRK Teluk Intan: PAS tak kisah calon DAP tolak hukum hudud

Posted: 19 May 2014 03:00 PM PDT

Teluk Intan: Penentangan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, terhadap hukum hudud tidak mengendurkan sokongan pemimpin PAS kepadanya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata sokongan PAS kepada Setiausaha Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu, adalah tanda persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang.

"Tidak timbul sebarang masalah untuk PAS memberi sokongan walaupun Dyana Sofya menolak hudud kerana dia memang lahir daripada DAP.

"Apa yang penting, persefahaman dalam pakatan perlu diperkukuhkan. Isu mengenai perkara ini (hudud) akan diuruskan dengan baik" katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon PRK Parlimen Teluk Intan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Dyana Sofya yang tidak akan menyokong undang-undang hudud di Parlimen sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat. Kenyataan itu dilaporkan menerusi temu bual video siaran sebuah portal berita propembangkang kelmarin.

Terus perjuangkan Islam

Di sebalik sokongan itu, Salahuddin berkata, PAS masih berpegang kukuh pada prinsip parti iaitu memperjuangkan perjuangan Islam.
"Kita (PAS) tidak pernah longgar atau lemah untuk pertahankan prinsip kita. Itu adalah pendirian PAS.

"Jadi apa yang berlaku pada hari ini, kita hadapi dengan penuh hikmah dan bijaksana.

"(DAP) setuju atau tidak, PAS tetap dengan pendirian memperjuangkan undang-undang syariah Islam," katanya mengulas kenyataan Kit Siang yang dilaporkan berkata, DAP akan terus memujuk PAS supaya tidak meneruskan pelaksanaan hukum hudud.

Sementara itu di Georgetown malam kelmarin, DAP meneruskan kempen antihudud apabila mengancam menamatkan hubungan dengan PAS, jika meneruskan hasrat melaksanakan undang-undang syariah itu.

Terus tentang pelaksanaan hudud

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, berkata pendirian DAP yang menentang pelaksanaan hukum hudud adalah amat jelas dan tidak berubah.
"Kita tegas dalam hal ini dan tidak akan benarkan hudud dilaksanakan dalam negara ini.

"Jika usul ini diteruskan dan Barisan Nasional (BN) menyokong usaha itu, ia adalah penamat kepada hubungan DAP dengan PAS," katanya pada ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor di Kampung Hijau, Air Itam, di sini, malam kelmarin.

Ramasamy percaya penangguhan hukum hudud oleh PAS ketika ini bersifat sementara dan DAP tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

PRK Bukit Gelugor: DAP digesa henti burukkan BN

Posted: 19 May 2014 02:57 PM PDT

Georgetown: DAP perlu menghentikan serangan terhadap Barisan Nasional (BN) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor kerana parti itu tidak bertanding di kerusi berkenaan.

Calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, berkata adalah tidak adil jika DAP terus membuat serangan kepada BN, sedangkan yang bertanding mencabar parti itu adalah PCM dan dua calon bebas.

Tak henti burukkan BN

Tidak adil jika DAP terus serang BN, sedangkan yang bertanding mencabar parti itu adalah PCM dan dua calon bebas" Huan Cheng Guan, Calon PCM


Beliau berkata, sepanjang tempoh berkempen, DAP tidak henti-henti memburukkan BN dalam ceramah dianjurkan berbanding PCM yang mencabar mereka dalam PRK itu.

"Saya tak faham kenapa mereka terus menyerang MCA dan GERAKAN termasuk UMNO, sedangkan parti itu langsung tidak bertanding dalam PRK ini. Sepatutnya, mereka harus mencari salah saya memandangkan PCM yang meletakkan calon bukan BN.

"Malah, hentikan tohmahan yang mengatakan saya proksi BN. Saya berjuang untuk PCM bagi membantu masyarakat," katanya pada sidang media di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Nan, di sini, semalam.

Terdahulu, Cheng Guan turut meluangkan masa kira-kira sejam di pasar dan astaka Taman Tun Sardon, Gelugor, di sini, bagi menemui pengundi kawasan itu. Dalam perkembangan lain, Cheng Guan berkata, jika terpilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, beliau akan membantu SJKC Chiao Nan mencari dana bagi menaik taraf sekolah terbabit.

"Seperti umum ketahui, sekolah adalah tempat penting untuk menimba ilmu, justeru, penting bagi kita menyediakan tempat yang selesa kepada pelajar.

"Jika saya terpilih sebagai wakil rakyat kawasan itu, bagi saya tempoh tiga bulan untuk mencari dana mendapatkan lagi RM5 juta yang diperlukan bagi meneruskan kerja naik taraf sekolah itu," katanya.

PRK Bukit Gelugor yang akan diadakan Ahad ini menyaksikan persaingan empat penjuru antara Cheng Guan, Ramkarpal Singh Deo dari DAP serta dua calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohd Zan dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sattar.

Isteri pramugara dapat anak lelaki

Posted: 19 May 2014 02:51 PM PDT

Isteri pramugara dapat anak lelakiIntan Maizura (kanan) isteri kepada pramugara Mohd Hazrin bersama rakan di hospital, semalam.

Bayi diberi nama Muhammad dilahir secara pembedahan

Kuala Lumpur: Intan Maizura Othaman, isteri pramugara pesawat MH370, Mohd Hazrin Hasnan, selamat melahirkan anak kedua di Hospital Putrajaya, semalam.

Sumber berkata, bayi lelaki yang diberi nama Muhammad itu, selamat dilahirkan secara pembedahan jam 4.30 petang itu mempunyai berat 3.8 kilogram (kg).

Pembedahan dijalani Intan Maizura, menjadi viral dalam Facebook, apabila dua keping gambarnya berada wad di Hospital Putrajaya dimuat naik sebuah akaun mulai tengah hari semalam.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

PM ajak rakyat jayakan kempen derma darah

Posted: 19 May 2014 02:49 PM PDT

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengajak seluruh masyarakat untuk sama-sama menjayakan kempen derma darah yang dilaksanakan pelbagai pihak.

Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan hanya 2.5 peratus rakyat Malaysia menjadi penderma darah tetap berbanding lima peratus di kebanyakan negara lain.

"Marilah kita bersama-sama tanpa mengira perbezaan kaum mahupun agama menyokong usaha kerajaan mahupun swasta dalam kempen menderma darah yang dilaksanakan," katanya.

Bekalan darah tahap memuaskan

Najib berkata demikian dalam catatan laman Facebook beliau yang turut memuatkan pautan berita bertajuk 'Hanya 2.5 peratus rakyat Malaysia jadi penderma darah tetap' yang disiarkan kelmarin.

Laporan yang memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis, di sini, itu menyebut walaupun ketika ini bekalan darah di Pusat Darah Negara berada pada tahap memuaskan, namun dalam tempoh mendatang keperluan itu dipercayai akan meningkat dan bertambah. - BERNAMA