Perak main tanpa penonton

Perak main tanpa penonton


Perak main tanpa penonton

Posted: 23 May 2014 06:45 AM PDT

Kelana Jaya: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) yang kini bergelut dengan pasukan kelompok bawahan Liga Super apabila mereka bukan saja dikenakan denda sebanyak RM140,000 malah terpaksa beraksi tanpa penonton dalam empat perlawanan berkuat kuasa minggu depan gara-gara kekecohan dicetuskan penyokong sendiri.

Hukuman berat itu diputuskan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas membicarakan lapan pertuduhan ke atas Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) berhubung dua kes kekecohan penyokong The Bos Gaurus di Stadium Perak, Ipoh dalam perlawanan Liga Super menentang Selangor pada 5 April dan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) pada 15 April

Bagaimanapun PAFA sebenarnya bernasib baik kerana jawatankuasa itu memberikan 'diskaun' kepada denda itu apabila mereka mengikut peraturan sepatutnya membayar RM200,000 bagi kedua-dua kes itu serta dihukum beraksi dalam stadium kosong sebanyak lapan perlawanan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufek Abd Razak, pihaknya masih bertimbang rasa dalam mengenakan hukuman itu apabila mereka akan memantau dulu perlawanan pertama Perak tanpa penonton di Ipoh dan sekiranya tiada kekecohan berlaku, mereka akan menarik kembali larangan bagi baki tiga lagi perlawanan itu.

Foto


"Jawatankuasa sudah banyak kali membuat pertimbangan, kita tidak boleh tunggu ada penyokong terkorban baru kita bertindak. FAM pernah menjatuhkan hukuman yang sama kepada Kelantan dan Sarawak sebelum ini dan kami mahu hukuman kali ini memberikan pengajaran kepada semua pihak dan bukan Perak saja.


"Kita akan gantung Perak empat perlawanan tanpa penyokong dan kami akan memantau perlawanan pertama itu, sekiranya kalau di luar (stadium) masih ada lagi penyokong degil, kita akan meneruskan penggantungan tiga lagi perlawanan. Jika tiada kekecohan kami akan menarik balik baki penggantungan itu.

"Sekiranya perlawanan liga tidak cukup, hukuman penggantungan itu akan dibawa ke Piala Malaysia atau ke musim depan," katanya kepada media.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Sehidup semati

Posted: 23 May 2014 03:01 AM PDT

Kuala Lumpur: Dua pasang suami isteri terbunuh dalam dua kemalangan berasingan di Jalan Sungai Paoh, Sarikei, jam 9 pagi semalam dan di Jalan Cheras menghala Jalan Chan Sow Lin, jam 8 pagi tadi.

Mangsa dalam kemalangan di Jalan Cheras, Jefri Mohd Zain berusia 50 tahun dan isterinya Norsalawati Ibrahim berusia 40 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

Mangsa yang menunggang motosikal dikatakan terjatuh sebelum digilis lori muatan tanah ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Difahamkan pemandu lori terbabit melarikan diri.

Foto

MANGSA kemalangan di Jalan Cheras menghala Jalan Chan Sow Lin, pagi tadi.

Foto

KERETA suami isteri yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sungai Paoh, Sarikei, pagi semalam.


Pasangan itu meninggalkan lima anak berusia dua hingga 16 tahun dan jenazah dijangka dikebumikan di kampung halaman Jefri di Changkat Sulaiman, Sungai Perak.


Manakala, mangsa kemalangan di Sarikei yang maut adalah Borhan Junaidi berusia 69 tahun dan isterinya Saleha Baie berusia 67 tahun.

Seorang lagi mangsa, Riduan Junaidi, pemandu kenderaan pacuan empat roda yang bertembung dengan pasangan terbabit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hosiptal Sarikei.

Pegawai Balai Bomba Sarikei, Haron Jenau berkata, kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mangsa itu dikatakan bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux yang datang dari arah bertentangan.

"Mangsa yang tersepit meninggal dunia di hospital dan dua lagi mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pihak kami terpaksa memotong pintu kereta untuk mengeluarkan pemandu dan penumpang hadapannya yang tersepit. Kesemua mereka dari Kampung Nyabor Kabong dalam perjalanan ke bandar Sarikei," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

'Memang saya buta'

Posted: 22 May 2014 11:35 AM PDT

Serdang: "Saya tergamam apabila tiba-tiba ditampar seseorang. Bukan sekali, tetapi dua kali dilempang di pipi kanan dan kiri," kata seorang lelaki buta yang dituduh mencabul isteri orang di sebuah pangsapuri di Serdang, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nik, 32, menaiki tangga menuju ke kediamannya di tingkat empat pangsapuri.

"Ketika itu, saya baru baru pulang dari tempat kerja. Seperti biasa, saya berjalan sambil berpaut pada besi di tepi tangga itu.

"Tangan kanan saya memegang tongkat, manakala tangan kiri meraba besi di tepi tangga itu. Bagaimanapun, saya rasa seperti tersentuh seseorang. Saya mahu meminta maaf, namun saya tidak mendengar suara sesiapa ketika itu," katanya.

Foto

NIK menunjukkan kad OKU miliknya.


Dia yang bekerja sebagai juru urut di Kompleks Kejiranan Putrajaya terus pulang ke rumahnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Bahang jersi tiruan

Posted: 22 May 2014 11:31 AM PDT

Petaling Jaya: Ketika bahang Piala Dunia 2014 semakin membara, jersi tiruan pasukan bola sepak yang bertanding pada kejohanan di Rio, Brazil itu mula membanjiri pasaran Malaysia.

Ia terbukti apabila penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas lebih 5,000 jersi pelbagai pasukan dalam satu operasi di sebuah premis di Taman Petaling Utama di sini, semalam.

Dibawa masuk secara haram dari China dan Bangladesh, peniaga tempatan yang menjual jersi itu bakal mendapat untung berlipat ganda kerana ia dijual pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga sepatutnya.

Difahamkan pihak sindiket membeli sehelai jersi tiruan itu pada harga semurah RM2 sebelum dijual kepada pengedar tempatan pada harga RM8, namun ia dijual dengan harga antara RM30 hingga RM60.

Foto

JERSI bola tiruan yang dirampas dari sebuah premis di Taman Petaling Utama, semalam.


Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK Selangor Othman Nawang berkata, sudah menjadi kebiasaan sindiket terbabit mengambil kesempatan daripada 'demam' Piala Dunia untuk memasarkan jersi tiruan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Kudeta kali ke-19

Posted: 22 May 2014 11:25 AM PDT

Bangkok: Panglima Tentera Thailand Jen Prayuth Chan-ocha semalam mengumumkan kawalannya ke atas seluruh kerajaan dalam rampasan kuasa yang berlaku dua hari selepas undang-undang tentera dikuatkuasakan.

Dalam pengumuman disiar stesen televisyen Thailand, Prayuth berkata langkah itu diambil bagi mengembalikan keamanan dan membolehkan reformasi dilaksanakan.

"Bagi memulihkan keadaan semasa dengan segera dan demi mengembalikan keamanan kepada rakyat serta membawa perubahan politik, ekonomi dan struktur politik, tentera perlu mengambil alih kuasa," katanya.

Keputusan itu dibuat sejurus selepas Prayuth memanggil semua pemimpin kumpulan yang bertelagah supaya berunding selepas Thailand dilanda kebuntuan politik sejak enam bulan lalu.

Foto

ANGGOTA tentera berkawal berdekatan tempat perhimpunan kumpulan pro kerajaan di Bangkok.

Foto

ANGGOTA tentera lengkap bersenjata mengawal keadaan.

Foto

PENYOKONG anti kerajaan bersorak gembira selepas tentera mengambil alih kuasa pimpinan, semalam.


Tentera turut menguatkuasakan perintah berkurung dari jam 10 malam hingga 5 pagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

Tepati sasaran

Posted: 22 May 2014 11:05 AM PDT

New Delhi: Skuad negara melangkah ke saingan separuh akhir Piala Thomas hari ini selepas mempamer aksi memukau dengan menewaskan Denmark 3-1 pada saingan suku akhir di Kompleks Sukan Siri Fort, malam tadi.

Datuk Lee Chong Wei yang turun selaku perseorangan pertama meresahkan kem negara apabila tewas set pertama 20-22 kepada Jan O Jorgensen. Bagaimanapun pemain nombor satu dunia itu kembali bangkit dalam dua set berikutnya 21-14, 21-17 meskipun dilihat menahan kesakitan akibat kecederaan lama kaki kirinya.

"Hari ini (semalam) memang saya tidak dapat beraksi baik, tapi saya mula mendapat rentak selepas itu. Di set kedua, kaki saya mula rasa sakit selepas terjatuh dan mula berasa bimbang. Tapi saya tetapkan teruskan dan fokus kepada permainan sendiri "Sakit biasa, tidak perlu bimbang," katanya selepas perlawanan itu.

Kemenangan Chong Wei bagaimanapun gagal diteruskan gandingan Tan Boon Heong-Hoon Thien How yang tewas kepada Mads Pieter Kolding-Mads Conrad Peterson 14-21, 18-21.

Foto

CHONG Wei (kanan) raih mata pertama negara.


Chong Wei Feng kembali meletakkan Malaysia di depan selepas menewaskan Hans Kristian Vittinghus, 19-21, 21-14, 21-8 .

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23