Kejutan dari Terengganu |
- Kejutan dari Terengganu
- Jalan Duta tenggelam
- 'Saya tak nampak apa-apa'
- Sifu dari La Roja
- Mahu lebih gegar
Posted: 12 May 2014 03:04 PM PDT Kuala Terengganu: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada UMNO, malam tadi. Ghazali ketika dihubungi tadi mengesahkan perkara itu. Surat perletakan jawatan mereka berdua diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi. Salinan surat peletakan jawatan itu turut dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu Mohd Zubir Embong dan juga dipercayai diedarkan kepada media.
Difahamkan Ghazali dan Ahmad Said akan mengadakan sidang media siang nanti. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13 |
Posted: 12 May 2014 01:17 PM PDT Kuala Lumpur: Hujan lebat lebih satu jam di ibu negara bermula jam 2.30 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah serta jalan raya utama dinaiki air sedalam antara 0.5 meter hingga satu meter. Antara jalan yang terbabit ialah Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin, Lebuhraya Mahameru dan pusat beli-belah Leisure Mall, Cheras. Skuad Bantuan Awal Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, hujan lebat berkenaan juga menyebabkan beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan iaitu di Jalan Pudu, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Chulan dan Bandar Tasik Permaisuri. "Akibat hujan lebat, beberapa jalan dinaiki air serta dilanda banjir kilat yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas luar biasa di beberapa jalan utama di ibu negara," katanya. BANJIR kilat di Jalan Duta mengakibatkan ratusan kenderaan terkandas. SEBUAH kereta dihempap pokok tumbang, semalam. SEBUAH kereta cuba meredah banjir ketika melalui Jalan Maarof, Bangsar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13 |
Posted: 12 May 2014 11:33 AM PDT Alor Gajah: "Saya dengar dentuman dari belakang tetapi tidak nampak apa-apa melalui cermin sisi. Apabila saya teruskan memandu, terasa lori yang saya pandu ini sangat berat, rupa-rupanya ada lori lain melekat di belakang lori saya," kata Mohd Nazir Misran, 32. Dalam kejadian jam 6.10 pagi itu, di kilometer 211.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara itu, lori dipandu Mohd Nazir dirempuh dari belakang oleh sebuah lori lain yang dipandu M Yusak Dahlan, 64, bersama kelindannya Kamarudin Ahmad, 45, mengakibatkan kedua-duanya maut akibat tersepit dalam kenderaan mereka. Lori tiga tan membawa muatan air minuman dipandu M Yusak yang berada di lorong kiri lebuh raya itu hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori lima tan dipandu Mohd Nazir dan terseret lebih 100 meter. Ketika kejadian, Mohd Nazir berkata, dia bersama anak tirinya berusia 18 tahun dalam perjalanan menghantar muatan bunga segar dari Muar, Johor ke Shah Alam, Selangor, sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat. ANGGOTA bomba dan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan pemandu serta kelindan lori yang tersepit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13 |
Posted: 12 May 2014 10:36 AM PDT Bukit Jalil: Bekas pemain tengah Barcelona dan Real Madrid, Luis Milla Aspas kini berada dalam radar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai calon terbaru untuk mengisi jawatan ketua jurulatih kebangsaan yang bakal diumumkan badan induk bola sepak tanah air itu pada awal Jun nanti. Rundingan bersama bekas jurulatih skuad juara Eropah Sepanyol Bawah 21 itu masih lagi diadakan kerana FAM turut mempunyai beberapa calon jurulatih asing lain termasuk bekas jurulatih pasukan kebangsaan Mozambique kelahiran Jerman Gert Engels. Naib Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal berkata, biarpun mereka mencari jurulatih asing, namun dua calon tempatan iaitu pengendali sementara skuad Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee dan jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dollah Salleh masih berada dalam senarai. "Selain Engels, kami juga berbincang dengan Milla. Setakat ini ada lima calon dan dua daripadanya tempatan dan saya percaya anda tahu kedua-duanya," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Kejurulatihan Peringkat Akar Umbi FIFA-FAM semalam. LUIS Milla Aspas
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13 |
Posted: 12 May 2014 06:11 AM PDT Pada penghujung tahun lalu Arja Lee, 30, diuji dengan tuduhan dia sudah sombong dan lupa diri sehingga tidak lagi sudi menegur dan bertegur sapa dengan rakan-rakan yang pernah membantunya ketika dia belum bergelar artis popular. Terbaru dia dikatakan penyebab penyanyi Indah AF putus tunang. Segala kata nista yang dilemparkan kepadanya diterima Arja secara positif kerana katanya, dia bukanlah seorang yang keras kepala atau tidak boleh menerima kritikan serta pendapat orang langsung. Selama tiga tahun dalam industri seni tanah air, Arja sudah bijak menilai mana yang baik dan buruk, tidak mudah melatah serta sedia membaiki kekurangan diri.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |