Rompak, culik, campak |
- Rompak, culik, campak
- Budak kecil, jiwa besar
- Mesti nak pegang stereng
- Amaran buat Rangel
- Menang trofi bukan sebab rupawan
Posted: 09 May 2014 01:46 PM PDT Subang Jaya: Seorang pemilik syarikat pinjaman wang berlesen yang baru memulakan operasi perniagaan pagi semalam, tergamam apabila tiga perompak bersenjatakan parang dan besi kuku kambing tiba-tiba meluru masuk ke dalam premisnya. Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, mangsa yang berusia 40-an turut diculik sebelum dibelasah kumpulan perompak yang menjadikan premisnya di SS 15 di sini, sebagai sasaran jenayah. Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membancuh minuman di dapur premis sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian hadapan syarikatnya itu. "Mangsa bergegas memeriksa sebelum mendapati tiga lelaki bertopeng serta bersarung tangan sudah berada di dalam premisnya sambil mengacukan parang selain besi kuku kambing. KAKITANGAN syarikat pengurup wang, Mohd Helmi Hamid (kiri) dan Mohd Ameer Rafeeka menunjukkan cara rompakan dilakukan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10 |
Posted: 09 May 2014 12:41 PM PDT Kuala Berang: Meskipun cacat kaki dan tangan, namun semangat Nur Damia Irsalina Daeng Malis, 7, yang sudah empat bulan bergelar murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong (SKKT), dekat sini, tidak pernah luntur sebaliknya dia semakin bersemangat menuntut ilmu. Ternyata kanak-kanak istimewa itu tidak menjadikan kekurangan dirinya sebagai penghalang untuk belajar seperti rakannya yang normal di sekolah berkenaan biarpun terpaksa menggunakan kerusi dan meja khas. Ibunya Rosnaini Mohamad, 35, berkata, dia gembira apabila melihat Nur Damia Irsalina semakin ceria dan bersemangat ke sekolah, malah menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam pembelajaran. "Ramai guru memuji Damia cepat belajar dan sentiasa bersemangat di sebalik kekurangan dirinya, malah rakan sekelas yang sentiasa memberi dorongan menguatkan lagi tekadnya untuk belajar bersungguh-sungguh. NUR Damia Irsalina membaca buku di dalam kelasnya. NUR Damia Irsalina bergerak menggunakan kerusi roda elektrik.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10 |
Posted: 09 May 2014 12:25 PM PDT Kuala Lumpur: "Sejak umur 20 tahun lagi saya sudah berjinak-jinak dengan sukan lumba kereta kerana terikut-ikutkan hobi suami. Sejak itu, jika tidak pegang stereng dan berlumba, pasti saya rasa ada yang tidak kena," kata Sherrina Lydiawati Nurissabella Saminal. Sherrina, 32, yang bekerja sebagai pembantu peribadi sebuah syarikat perancangan perkahwinan berkata, dia menyukai sukan terbabit kerana mahu menikmati kepuasan memenangi sesuatu perlumbaan itu. "Biasanya, sukan ini dimonopoli kaum lelaki. Jarang sekali wanita menceburinya kategori ini lebih-lebih lagi seseorang itu perlu mempunyai kepakaran terhadap keadaan kereta termasuk enjin dan pakar mengendalikan kenderaan terbabit. "Pada mulanya, saya belajar daripada suami. Lama kelamaan minat itu timbul. Sejak itu saya sering terbabit dengan pelbagai jenis perlumbaan seumpamanya. SHERRINA menunjukkan PROTON Putra miliknya yang sudah diubah suai SHERRINA memeriksa enjin kereta miliknya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10 |
Posted: 09 May 2014 12:07 PM PDT Kuala Lumpur: Paulo Rangel mungkin dianggap 'anak emas' Selangor berdasarkan sumbangan besar penyerang import itu musim ini namun itu tidak bermakna dia boleh memperlekehkan pasukan sendiri. Itu amaran disuarakan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad kepada pemain kelahiran Brazil itu yang secara terbuka menyatakan minat untuk menyertai Johor Darul Ta'zim (Johor DT) meskipun masih mempunyai kontrak dengan Selangor sehingga November ini. Mokhtar berkata, sehingga kini FAS tidak menerima sebarang tawaran daripada Johor DT dan sekiranya pasukan Harimau Selatan itu benar-benar berminat memancing Rangel, baki kontrak perlu ditebus. "Masih tiada tawaran daripada Johor DT. Jika mereka berminat, PBNJ (Persatuan Bolasepak Negeri Johor) perlu menebus kontrak Rangel bersama Selangor. Saya percaya Rangel gembira bersama Selangor dan dia akan fokus bersama pasukan ini," katanya. SELANGOR bijak guna ketajaman Rangel.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10 |
Menang trofi bukan sebab rupawan Posted: 09 May 2014 09:28 AM PDT "Alang-alang hendak bersuami, carilah terus yang kaya. Sayang muka cantik tapi tak pandai guna." Usikan dan dialog sedemikian sering kita dengar di kalangan masyarakat apabila bercakap soal wanita dan pasangan hidup. Pandangan stereotaip terhadap golongan wanita yang rupanya menawan selalu menjadi ukuran bagi mendapatkan jodoh di kalangan orang kaya. Stigma masyarakat ini ada kalanya membebankan empunya diri, tidak kurang juga membentuk pemikiran. Hanya mereka yang cantik saja kononnya layak berdampingan dengan golongan hartawan. Hakikatnya masih ramai wanita di luar sana melihat budi bicara dan keperibadian seseorang sebagai kriteria utama seperti mana aktres jelita, Cristina Suzanne Stockstill, 29, yang menetapkan ciri lelaki idamannya. "Mungkin orang tak percaya, tetapi bagi yang mengenali saya secara dekat mereka tahu saya ini orangnya macam mana. Saya suka bersederhana begitu juga dalam soal memilih pasangan hidup dan paling penting dia itu mestilah seorang yang merendah diri.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |