Layu di hujung jalan |
- Layu di hujung jalan
- Teh terakhir pengembala lembu
- Gadis rebutan persis model Eropah
- Penyamun amatur
- Tiada lagi baby-t
Posted: 03 May 2014 02:40 PM PDT SKUAD hoki negara gagal ke pentas final Cabaran Juara-Juara 1 apabila tewas 4-5 di tangan Kanada dalam penentuan penalti shoot-out selepas terikat 2-2, dalam masa permainan sebenar. Malaysia tampil bersemangat dengan sorakan kira-kira 7,000 penyokong di Stadium Wisma Belia, Kuantan apabila mendahului menerusi pukulan sudut penalti penyerang negara, Faizal Saari pada minit ketiga. Anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menambah tekanan buat Kanada apabila Ismail Abu melakukan jaringan padang pada minit ke-14 sebelum kapten Kanada, Scott Tupper merapatkan kedudukan pada minit ke-21. Cubaan untuk menambah jaringan gagal dihasilkan pemain negara dengan lawan sebaliknya bangkit menyamakan kedudukan apabila Tupper sekali lagi meledak pukulan sudut penalti pada minit ke-60.
Malaysia akan menanti pasukan yang tewas pada satu lagi aksi separuh akhir membabitkan Korea Selatan menentang Ireland yang dijadualkan berlangsung pada 9.30 malam, ini (Ahad). Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/03 |
Posted: 03 May 2014 02:36 PM PDT Teluk Intan: Seorang pengembala lembu bersama seekor ternakannya, maut selepas dipanah petir ketika hujan lebat dalam kejadian di Tali Air 6, Chenderong Balai, Labu Kubong, dekat sini, petang tadi. Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa Muhamad Ramli Rais, 59, dikatakan sedang membawa 20 lembu miliknya ke kandang, sebelum dipanah petir bersama seekor daripada terkanannya itu. Seorang rakan mangsa, Amir Din, 46, ketika ditemui berkata, ketika kejadian hujan lebat dan arwah bersamanya sempat minum petang di sebuah warung. "Saya bersama arwah sedang minum teh di sebuah warung berhampiran, sebelum arwah tiba-tiba beredar kerana mahu membawa pulang kesemua 20 lembunya ke kandang.
Katanya, sebelum keluar rumah arwah tidak berkata apa-apa dan kami sekeluarga tahu arwah ke padang ragut berhampiran untuk membawa pulang kesemua 20 lembu peliharaannya. "Kami sekeluarga sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku dan bersedih atas permegiannya, namun walaupun kejadian ini begitu tragis dan menyayat hati kami sekeluarga reda serta menerima ketentuan tuhan," katanya sebak. Ketua Polis daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika di hubungi mengesahkan kejadian itu dan menurutnya mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat sebelum di tuntut ahli keluarganya. "Polis mengesahkan mangsa mati akibat dipanah petir dan mengklasifasikan kes ini sebagai mati mengejut," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/03 |
Gadis rebutan persis model Eropah Posted: 03 May 2014 09:00 AM PDT Kuala Lumpur: Jika dulu sukar mendapatkan wanita dari negara bekas Soviet Union sebagai pelacur, namun sejak setahun lalu kemasukan ramai wanita dari rantau berkenaan untuk tujuan melancong memungkinkan mereka dieksploitasi sindiket pelacuran bagi memenuhi permintaan lelaki tempatan. Kebanyakan wanita berkenaan adalah dari Uzbekistan, Tajikistan, Russia, Kyrgyzstan dan Ukraine. Metro Ahad difahamkan, pembabitan warga negara berkenaan dalam aktiviti pelacuran mula meningkat selepas pelanggan dikesan menukar 'selera' mereka. Namun, sukar mendapatkan khidmat wanita terbabit kerana dikawal ahli sindiket pelacuran dan dikhaskan kepada pelanggan yang 'berpoket tebal'.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04 |
Posted: 03 May 2014 08:45 AM PDT Machang: Walaupun berjaya menarik keluar mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini, semalam, dua lelaki bertopeng berputih mata apabila gagal memecahkan mesin mengandungi wang RM178,550 itu, dipercayai kerana kurang pengalaman selain kesuntukan masa. Pemangku Ketua Polis Daerah Machang Asisten Superintendan Loo Lian Lai berkata, dalam kejadian jam 5.30 pagi, kedua-dua suspek menaiki Proton Waja sebelum turun dari kereta, mengikat mesin ATM dengan kabel dan menariknya menggunakan kereta itu. Katanya, seorang saksi yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis. "Mesin ATM ditarik 50 meter dan kedua-dua suspek cuba memecahkannya untuk mengeluarkan peti wang, tetapi gagal sebelum mereka melarikan diri," katanya. RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek menarik keluar mesin ATM. ANGGOTA polis memeriksa mesin ATM yang ditarik keluar oleh perompak.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04 |
Posted: 03 May 2014 05:58 AM PDT Hampir 10 tahun membina kerjaya sebagai pelakon, baru sekarang Zara Zya, 28, dikenali dan digilai ramai. Drama bersiri popular Love You Mr Arrogant membuka jalan buatnya hingga mengubah perjalanan seninya. Peminat setia siri itu turut menubuhkan kelab Love Zara Zya FC dan mereka menjadi tulang belakang kejayaannya meraih anugerah apabila majlis anugerah membabit�kan undian peminat berpihak kepadanya. Bermula dengan Pelakon Artis Baru Meletop dan Artis Top Top Meletop (Wanita) di Anugerah MeleTop awal tahun ini, kemudian Anugerah Drama Festival KL 2013 untuk Hero & Heroin Pilihan bersama pasangannya dalam siri itu, Azlee Khairi. Bagaimanapun, populariti diperoleh datang dengan harga yang perlu dibayar. Antaranya gosip dan fitnah apabila timbul cerita mengatakan hubungan cinta antara Azlee Khairi dan Zarina Zainoordin putus kerana ada kaitan dengan dirinya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |