BELASUNGKAWA: Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat |
- BELASUNGKAWA: Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat
- Perak berkabung 100 hari
- Dewan Negara Perak tentukan pengganti
- Hakim adil, tegas, sabar
- Tujuh peringatan Sultan Azlan pedoman kepada pemerintah
- Majlis tahlil, bacaan Yasin ganti kempen
BELASUNGKAWA: Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat Posted: 28 May 2014 04:25 PM PDT Dikenali sebagai Sultan berjiwa rakyat, kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah pada usia 86 tahun meninggalkan kesan mendalam dalam setiap hati rakyat negara ini khususnya rakyat Perak. Negara umpama kehilangan mutiara berharga kerana baginda banyak menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara, khusus dalam bidang perundangan, pendidikan dan sukan. Menyusur sejarah hidup baginda, Sultan Azlan Shah dilantik sebagai Sultan Perak, susulan kemangkatan Sultan Idris Shah II pada 3 Februari 1984. Baginda yang ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Perak ke-34 pada 9 Disember 1985, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, memakai gelaran Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Pelantikan dibuat Dewan Negara Perak yang bersetuju melantik baginda yang ketika itu bergelar Raja Muda, Raja Azlan Shah Yussuf Izzuddin Shah. Yang di-Pertuan Agong ke-9 Pada 1984, Sultan Azlan Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Baginda kemudian ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-9 pada 1989 untuk tempoh lima tahun berakhir pada April 1994. Ketokohan baginda sebagai pemerintah terserlah ketika kerajaan Perak dilanda krisis politik pada 2009. Baginda selaku ketua negeri yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara memainkan peranan penting dalam penentuan kerajaan negeri dengan memutuskan penukaran kerajaan daripada pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) tanpa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Dalam menangani krisis itu, pengalamannya dalam bidang perundangan membolehkan baginda membuat keputusan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negeri. Almarhum yang diputerakan pada 19 April 1928 di Batu Gajah, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan Inggeris di Batu Gajah, sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Baginda kemudian meneruskan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang di University of Nottingham, United Kingdom, sebelum diterima sebagai ahli Lincoln's Inn, London, pada 23 November 1954. Sekembali dari United Kingdom, baginda menyertai perkhidmatan kerajaan sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, sebelum meneruskan kerjaya dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan negara. Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Pada usia 37 tahun, baginda mencipta sejarah kehakiman negara Komanwel, apabila menjadi individu paling muda dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, mulai 1965 sehingga 1972. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Posted: 28 May 2014 02:59 PM PDT Ipoh: Sultan Azlan Shah, Sultan Perak ke-34, mangkat tengah hari semalam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah yang pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-9, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari. Seluruh rakyat jelata negeri Perak kehilangan seorang Sultan dikasihi dan berjiwa rakyat. Saya Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, mewakili seluruh rakyat jelata Perak Darul Ridzuan merafak sembah takziah dan mendoakan semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan para ambiya, syuhada dan solehin, katanya yang sebak ketika membacakan teks pengisytiharan kemangkatan baginda di Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini. Zambry berkata, jenazah baginda akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi penghormatan terakhir dan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar, di Masjid Ubudiah selepas solat Asar, hari ini. Perak diisytihar cuti umum Bendera Negeri Perak perlu dikibarkan separuh tiang sepanjang tempoh berkabung selama 100 hari mulai hari ini (semalam), manakala bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari. Sepanjang tempoh berkabung selama tujuh hari itu, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan, katanya. Beliau berkata, penghormatan terakhir oleh orang ramai bermula jam 9 hingga 11.30 pagi. Bagi pembesar negeri, orang kenamaan dan perwakilan asing jam 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari manakala Sultan, Raja-Raja, Yang di-Pertua Negeri dan pembesar negara asing mulai jam 1.30 tengah hari hingga 2.15 petang. |
Dewan Negara Perak tentukan pengganti Posted: 28 May 2014 02:50 PM PDT Kuala Lumpur: Tidak seperti kebanyakan negeri yang menabalkan anak atau waris sebagai Raja Pemerintah selepas kemangkatan Sultan, Raja Pemerintah negeri Perak dipilih daripada kalangan kerabat dan susur galur Diraja Perak. Apabila Sultan mangkat, pemilihan Raja Pemerintah baharu ditentukan dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak yang dihadiri semua ahlinya. Seterusnya, Raja Kechil Besar, Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah; Raja Kechil Sulong, (Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah); manakala Raja Kechil Tengah dan Raja Kecil Bongsu tiada penyandang. Berdasarkan portal Raja Kita Negeri Perak Darul Ridzuan kelolaan Perpustakaan Negara, yang boleh dilayari menerusi laman web rajakita.perak.gov.my, istiadat pemasyhuran dilangsungkan pada sebelah pagi dan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja mengumumkan nama Raja Pemerintah baharu dengan membacakan perisytiharan itu. Istiadat pemasyhuran Raja Pemerintah yang baharu diadakan sebelum istiadat penghormatan terakhir dan pemakaman. Selesai istiadat pemasyhuran Raja Pemerintah baharu, jenazah Almarhum akan dibawa dan diletakkan di atas persada khas empat segi tujuh tingkat bersalut kain kuning dengan pegawai tentera darat, udara dan laut serta polis berkawal pada keempat-empat penjuru. |
Posted: 28 May 2014 02:48 PM PDT Kuala Lumpur: Almarhum Sultan Azlan Shah yang pernah memegang jawatan Ketua Hakim Negara dikenali dalam kalangan anggota kehakiman dan perundangan sebagai seorang hakim yang adil, tegas dan sabar dalam menegakkan undang-undang. Saya pernah hadir di hadapan Almarhum dan baginda memberikan pendengaran yang adil dengan tidak mengganggu hujah kedua-dua pihak ketika perbicaraan, kata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria. Malah, katanya, Almarhum sangat komited terhadap kedaulatan undang-undang, hak asasi manusia dan kebebasan badan kehakiman. Kesungguhan Almarhum terhadap kebebasan badan kehakiman dapat dilihat dalam penghakimannya dalam kes Sri Lempah Enterprise Sdn Bhd 1979, yang menjadi rujukan sehingga hari ini. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Tujuh peringatan Sultan Azlan pedoman kepada pemerintah Posted: 28 May 2014 02:47 PM PDT Ipoh: Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah, semalam, diratapi kerabat, pemimpin negeri dan negara serta rakyat jelata. Pemerintahan baginda akan terakam kemas dalam lipatan sejarah negara, sebagai antara Sultan yang hebat, berjiwa rakyat, dihormati dan disegani di dalam dan luar negara. Baginda yang pernah mengetuai Institusi Kehakiman dengan menjadi Ketua Hakim Negara, turut dihormati dalam dunia kehakiman. Pada 3 Februari lalu, genap 30 tahun pemerintahan baginda. Majlis kesyukuran genap 30 tahun pemerintahan diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada hari berkenaan. Pada hari bersejarah itu, Almarhum menitahkan supaya dizahirkan tujuh peringatan yang disampaikan melalui anakanda baginda, Raja Dr Nazrin Shah selaku Pemangku Raja Perak. Tujuh peringatan berkenaan adalah: Berpegang kepada prinsip ketuhanan, menginsafi kebesaran Yang Maha Mencipta, berbanding kedaifan insan bertaraf hamba dengan memperlihatkan sifat tawaduk, kemanusiaan serta kasih sayang sesama insan, di samping tidak melakukan kezaliman sesama makhluk dan tidak melakukan kemusnahan kepada alam ciptaan Ilahi. "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia maha kuasa atas setiap sesuatu." Hargai anugerah Ilahi Pangkat dan jawatan adalah anugerah Ilahi dan hendaklah dilaksana dengan penuh amanah, senantiasa mengingati akauntabiliti kepada rakyat, begitu juga akauntabiliti ketika diadili di mahkamah Rabbuljalil di Padang Mahsyar, selaras dengan peringatan yang terkandung dalam ayat 9 Surah Ali 'Imran bermaksud; "Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya." Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji." Negeri Perak dan negara Malaysia dilimpahkan dengan nikmat kekayaan sumber dan hendaklah diuruskan secara cekap, jujur, telus lagi berintegriti, menjauhi amalan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran agar negeri dapat dimakmurkan dan kehidupan rakyat disejahterakan. Perpaduan rakyat hendaklah senantiasa diutamakan dan tidak boleh dikompromikan. Perpaduan rakyat adalah asas kekuatan negara yang memungkinkan kemerdekaan dicapai, ancaman komunis dimusnahkan, kemajuan dicipta serta kemerdekaan tanah air dapat dipertahankan. Bahawa rakyat di negara ini adalah pelbagai kaum, mengamalkan pelbagai agama, berlatar belakangkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa. Kepelbagaian itu adalah aset negara jika rakyat berjaya dibimbing untuk berfikiran rasional, mengamalkan sikap saling memahami, saling menghormati, serta tidak mudah dipengaruhi dengan sentimen yang dicetuskan oleh pihak yang berfikiran sempit dan memilih untuk mengadu domba rakyat untuk berkonflik secara mensensasikan isu agama, kaum, budaya dan bahasa. Mengamalkan pemerintahan yang berlandaskan undang-undang. Undang-undang tidak sahaja perlu digubal, tetapi lebih penting dihormati, dikuatkuasakan secara adil, saksama, malah dipastikan dilaksanakan secara adil tanpa prejudis, tanpa diskriminasi melalui amalan kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan berlandaskan prinsip tanpa gentar, tanpa pilih kasih. Tonggak kestabilan Takhta pemerintahan menyempurnakan amanah berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan, berfungsi sebagai tonggak kestabilan, keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan. Raja pemerintah wajib mengamalkan dan mempamerkan sifat tidak memihak, tidak partisan, tidak berkepentingan demi menjamin keadilan, membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman, lantas meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan demokrasi, bertunjangkan doktrin pengasingan kuasa. |
Majlis tahlil, bacaan Yasin ganti kempen Posted: 28 May 2014 02:44 PM PDT Bangi: Semua program kempen Barisan Nasional (BN) khususnya anjuran UMNO, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, digantikan dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri selaku Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK Teluk Intan, berkata penangguhan sehingga istiadat pemakaman selesai itu, tanda menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Saya terkejut dan sebak sejurus menerima berita kematian baginda. Sebagai menghormati kemangkatan baginda, saya tidak akan mengadakan kempen secara terbuka, katanya ketika ditemui semalam. Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata semua program membabitkan ceramah parti itu dihentikan sementara. Langkah ini tanda kita hormat dan dukacita kita atas kemangkatan baginda, katanya selepas mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada beberapa rumah keluarga miskin sekitar Kampung Sungai Kerawai, semalam. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |