'Ibu dah tiada' |
- 'Ibu dah tiada'
- Rayu tidak dilarikan
- Buruan INTERPOL ditahan
- 'Untung bahagi dua'
- Pernah terima upah menyanyi 80 sen
Posted: 08 May 2014 12:28 PM PDT Petra Jaya: "Anisa ada memberitahu yang dia tidak mahu menyambut Aidilfitri tahun ini, tetapi hanya mahu bantu saya membuat kuih raya. "Nampaknya dia memang tidak menyambut raya bersama kami lagi apabila terlebih dulu pergi meninggalkan kami selama-lamanya," kata Raanah Bujang, 55, ibu kepada Anisa Ramblee, 26, yang rentung bersama dua anaknya Nordiana Mohd Hazmi, 3, dan Norsyaza, 5, dalam kebakaran yang memusnahkan sembilan rumah di Kampung Tabuan Haji Drahman, Jalan Foochow di sini, kelmarin. Raanah berkata, Anisa yang juga anak keempat daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang petanda pelik sebelum kejadian, cuma ada memberitahu tahun ini tidak mahu menyambut hari raya kerana mahu menolongnya membuat kuih raya untuk dijual. Menurutnya, arwah nekad mahu membantunya menjual kuih raya bagi membolehkannya mengumpul wang perbelanjaan persekolahan anaknya. RAANAH bersama dua cucunya di pusara Anisa. Gambar kecil, mangsa yang terkorban dalam kebakaran dikebumikan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/09 |
Posted: 08 May 2014 12:28 PM PDT Lahad Datu: "Saya diheret dan diarahkan masuk ke dalam bot mereka. Ketika itu, sebelah kaki sudah berada dalam bot dan saya merayu jangan dibawa lari kerana hanya pekerja. "Lelaki yang mengacukan senjata ke arah saya itu kemudian menolak dahi saya hingga hampir terjatuh ke belakang dan terkeluar dari bot berkenaan," kata Wali Gabi, 26, menceritakan detik cemasnya berdepan dengan sekumpulan penculik yang menculik pengurusnya di pusat penternakan ikan sangkar di Pulau Baik dekat sini, awal pagi, Selasa lalu. Wali ditemui ketika menyambut kedatangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim ke pusat penternakan berkenaan, kelmarin. Menurutnya, sebelum mengetahui pengurusnya (Yang Zailin) dibawa lari, dia sudah terserempak dengan kumpulan penculik terbabit di hujung sangkar ikan dan menegur mereka. AKTIVITI nelayan berjalan seperti biasa di sekitar perairan Lahad Datu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/09 |
Posted: 08 May 2014 12:28 PM PDT Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Afrika Timur berusia 34 tahun yang amat dikehendaki oleh Polis Antarabangsa (INTERPOL) kerana terbabit dalam aktiviti kumpulan pengganas Al- Shabab ditahan dalam satu operasi khas di Selangor, semalam. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, lelaki terbabit ditahan selepas anggota Bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman melancarkan operasi khas bagi memburu suspek yang bersembunyi di Selangor. Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan susulan ke atas aktiviti suspek di Malaysia bagi mengenal pasti rangkaian kumpulan Al-Shabab yang berkemungkinan bersembunyi dalam negara atau menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara. "Suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab VIa kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Keselamatan (Langkah - langkah Khas) 2012 (Akta 747)," katanya. ANGGOTA polis mengiringi suspek yang ditahan, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 08 May 2014 10:32 AM PDT Kuala Lumpur: "Saya cadangkan keuntungan dikongsi 50-50 dengan semua pasukan bertanding dalam Liga Malaysia dan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) usah kedekut sangat." Pandangan itu disuarakan pengkritik bola sepak, Serbegeth Singh yang percaya FAM terlebih mampu untuk meningkatkan pemberian geran tahunan kepada kesemua pasukan bertanding dalam kancah Liga Malaysia musim depan. Serbegeth yang lebih mesra disapa Shebbie berkata, FAM boleh mencontohi kaedah digunakan Persatuan Bolasepak England (FA) mengelola Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan mereka berkongsi keuntungan hak penyiaran sama rata di samping tajaan lain diterima. "Berdasarkan pengalaman bersama Blackburn Rovers, semua kelab di sana akan diberikan geran �70juta (RM384 juta) hasil keuntungan berbilion pound yang diraih melalui hak siaran televisyen dan iklan. SERBEGETH Singh. SAMBUTAN peminat bola sepak tempatan faktor utama peningkatan tajaan dalam bola sepak.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/09 |
Pernah terima upah menyanyi 80 sen Posted: 08 May 2014 07:25 AM PDT Ramai yang jatuh cinta kali pertama mendengar vokalnya yang 'husky' ketika mendendangkan lagu popular Harus Terpisah pada majlis pelancaran albumnya di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur petang kelmarin. Ternyata, keunikan dan kehebatan vokalnya itu, nama penyanyi muda Cakra Khan terus mencetuskan fenomena baru bukan saja di negara kelahirannya Indonesia, malah turut meniti di bibir penggemar muzik di Malaysia, Brunei dan Singapura. Itulah dia aura anak muda kelahiran Pangandaran, Indonesia yang juga penuntut Sekolah Tinggi Muzik di Bandung ini. Secara peribadi, pemilik nama sebenar Cakra Konta Paryaman, 22, ini sendiri tidak menyangka kejayaan yang dikecapinya hari ini walaupun baru tiga tahun membina nama dalam industri muzik Indonesia. CAKRA menghiburkan peminat ketika majlis pelancaran album di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |