`La Decima' buat Real Madrid

`La Decima' buat Real Madrid


`La Decima' buat Real Madrid

Posted: 24 May 2014 04:17 PM PDT

LISBON: Gareth Bale muncul wira apabila jaringan semangatnya membantu Real Madrid mencapai impian `La Decima' atau juara buat kali ke-10 selepas mencatat kemenangan 4-1, ke atas Atletico Madrid, awal pagi ini.

Kegemilangan `La Decima' bermula apabila Sergio Ramos berjaya menyamakan kedudukan dalam empat minit masa tambahan selepas 90 minit berlalu.

Perlawanan kemudian terikat 1-1, yang membawa kepada perlawanan masa tembahan.

Bale iaitu anak kelahiran Wales tetapi dibesarkan di Southampton meletakkan Real Madrid di depan menerusi tadukan pada minit ke-110.

Foto


Real madrid yang bagaikan `cencaru makan petang' itu menambah jaringan menerusi Marcelo dan kemudian penalti oleh Ronaldo.


Impian `La Decima' dalam bahasa Sepanyol buat Real bermakna pasukan itu sudah meraih gelaran sama buat kali ke-10.

Real memenanginya sejak 1955 hingga 1960, dan kali terakhir pada 2001/02 iaitu ketika diketuai Zinedine Zidane.

Real Madrid 4
* Sergio Ramos, m-90,
* Gareth Bale, m-110,
* Marcelo, m-117,
* Ronaldo, m-130 (penalti)

Atletico Madri 1
* Diego Godin, m-36

REAL MADRID: Casillas, Carvajal, Varane, Sergio Ramos, Fabio Coentrao (Marcelo, 59), Modric, Khedira (Isco, 59), Di Maria, Bale, Benzema (Morata, 79), Ronaldo.

ATLETICO MADRID: Courtois, Juanfran, Miranda, Godin, Filipe Luis (Alderweireld 83), Raul Garcia (Sosa 66), Gabi, Tiago, Koke, Villa, Diego Costa (Adrian 9).

PENGADIL: Bjorn Kuipers (Belanda)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/25

Renjis guna-guna di bilik tidur

Posted: 24 May 2014 12:43 PM PDT

Kuala Lumpur: Kemaruk 'pucuk muda', seorang suami bukan saja sanggup berkahwin secara senyap-senyap dengan isteri baru berusia 23 tahun, malah cuba menundukkan isteri pertamanya dengan pelbagai amalan khurafat seperti menyembur minyak guna- guna di dalam bilik dan meletakkan tangkal di bawah tilam.

Tembelang lelaki berusia 47 tahun itu terbongkar selepas isterinya hairan apabila hampir setiap minggu sejak tiga bulan lalu, suaminya ke selatan tanah air dengan alasan urusan kerja sehingga dia terbaca SMS berbaur cinta seperti 'minggu depan abang datang sayang' dan 'abang rindu' di telefon bimbit suaminya.

Selepas itu, bermulalah 'perang' membabitkan pasangan itu, namun si suami masih enggan mengaku menjalin hubungan sulit sehingga si isteri menemui sijil nikah Thailand tertera nama suaminya dan madu, dua bulan lalu.

Mangsa permainan suami itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 49, berkata, selepas menemui surat nikah, selama seminggu suaminya bermati-matian menafikan berkahwin lain sebelum akhirnya mengaku.

Foto

WANI menunjukkan barangan khurafat yang ditemui.


"Saya tidak dapat menerima hakikat itu dan mahu suami meninggalkan isteri barunya. Saya pernah berbalas SMS dengan isteri barunya tetapi nampaknya dia juga keras kepala dan tetap mahukan suami saya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/25

Sah ada DNA babi

Posted: 24 May 2014 12:42 PM PDT

Putrajaya: Keputusan ujian analisis dibuat Kementerian Kesihatan mendapati dua daripada tiga sampel coklat Cadbury yang diambil baru-baru ini, disahkan mengandungi DNA babi (porcine).

Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sampel berkenaan adalah daripada Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dengan nombor kelompok 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dengan nombor 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

"Manakala satu lagi sampel iaitu Coklat Susu (Cadbury Dairy Milk Chocolate) tidak dikesan mengandungi porcine.

Foto

SEORANG pekerja mengeluarkan set coklat Cadbury selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan dua produk coklat jenama itu mengandungi DNA babi di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, semalam.


"Sehubungan itu, pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk yang terbabit dari pasaran serta-merta," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/25

Lari tinggal anak, isteri

Posted: 24 May 2014 12:41 PM PDT

Alor Gajah: Seorang lelaki yang tiada lesen memandu sanggup meninggalkan isteri dan dua anak mereka sebelum bersembunyi di dalam semak bagi mengelak ditahan di sekatan jalan raya di sebuah pasar malam di Machap Baru, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 7 malam, lelaki berusia 30-an itu terpaksa dipujuk anggota trafik supaya keluar dari semak selepas meninggalkan motosikal Suzuki ditunggang dan keluarganya sebaik berhenti di sekatan terbabit.

Menurut sumber, lelaki itu dipercayai berbuat demikian selepas tertinggal Mykad dan tiada lesen memandu selain tidak memakai topi keledar.

Katanya, tindakan lelaki itu turut mengakibatkan isterinya yang mengendong anak kecil terpinga-pinga dan seorang lagi anak mereka berusia tiga tahun menangis ketakutan.

Foto

ANGGOTA trafik melakukan sekatan jalan raya ke atas penunggang motosikal.


"Ketika ditahan untuk pemeriksaan, lelaki itu turun daripada motosikal dan berjalan meninggalkan isteri serta dua anaknya sebelum bersembunyi di dalam semak.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/25

Tamatkan kemarau!

Posted: 24 May 2014 12:41 PM PDT

New Delhi: Inilah masanya atau tunggu 22 tahun lagi. Itu mungkin situasi paling tepat menggambarkan betapa skuad negara tidak harus mensia-siakan peluang untuk menjulang trofi Piala Thomas hari ini apabila bertemu Jepun di pentas final.

Jika tidak, skuad negara mungkin perlu menunggu sehingga 22 tahun lagi, tempoh sama yang menyaksikan kali terakhir Malaysia menjulang piala berprestij itu pada 1992.

Malah inilah sebenarnya peluang terbaik mereka untuk memenangi piala itu kerana peluang untuk menundukkan Jepun dilihat lebih realistik berbanding lawan lain seperti juara bertahan, China yang sudah tersingkir di separuh akhir.

Ketua projek yang juga jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek yang menjadi satu-satunya jurulatih dalam skuad Piala Thomas kali ini pernah menjulangnya pada 1992, turut sedar penantian 22 tahun harus berakhir hari ini.

Foto

Rashid Sidek


"Inilah peluang terbaik sebab China sudah kalah dan kekuatan kita dengan Jepun lebih kurang sama.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/25

Cinta tukang masak

Posted: 24 May 2014 12:40 PM PDT

Sebut Kusinero Cinta, perkara pertama menjadi persoalan tentulah perkataan Kusinero itu. Ia bahasa Tagalog bermaksud chef lelaki dan drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd ini dijayakan pelakon kacak, Jericho Rosales bergan�ding dengan Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah.

Tentunya drama disiarkan setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam bermula 26 Mei ini secara eksklusif menerusi Mustika HD menarik perhatian penonton kerana menggandingkan pelakon popular tiga negara, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Bagi Jericho atau yang mesra dengan panggilan Echo, kerjasama dengan pelakon Malaysia bukan baru kerana pernah berlakon de�ngan Carmen Soo dalam drama Kahit Isang Saglit (A Time For Us) dan Bilut dengan Rosyam Nor, hampir 10 tahun lalu.

"Saya terima tawaran ini kerana ia naskhah ringan yang sangat menarik untuk dilakonkan. Apatah lagi dapat bekerjasama dengan dua pelakon dan popular. Ini satu penghargaan buat saya.

Foto


"Di Filipina, saya menjalani penggambaran drama dengan cerita yang sangat berat. Fizikal dan mental saya sangat letih. Berlakon dalam Kusinero Cinta umpama percutian buat saya. Saya ada masa merehatkan diri sebelum kembali melakonkan watak lebih berat," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/25